Skip to main content

3 ekor calon Timbalan Presiden.

Oleh : AdukaTaruna

Pendahuluan.

Setakat ni, hanya 3 ekor disebut2 sebagai calon Timbalan Presiden. Jawatan ini amat penting. Sama ada menjelang PRU13 mahupun selepas PRU13.

Ada pihak yang mendakwa Timbalan Presiden tidak mempunyai apa-apa peranan. Ianya bergantung kepada Presiden. Jadi, katanya lagi, adalah tidak munasabah Husam mahu menetapkan arah tuju PAS dengan jawatan Timbalan Presiden.

Pada gua, seandainya selain dari Nasha, sama ada Mat Sabu atau Husam, Presiden Hadi akan terhimpit dan tertekan dalam gerakan pintar berpolitik regunya itu. Umum mengetahui kelemahan Hadi dalam berorganisasi dan berpolitik, sama ada terbuka mengakuinya atau tidak. Step by step la sket....

Jadi, Timbalan Presiden PAS berupaya menolak Hadi ke era bersara. Sunnah Allah mendatangkan kesegaran untuk setiap zaman.

Pengkelasan kategori.

Dalam satu2 jemaah Islam, terdapat 3 kategori manusia yang mendukung jemaah itu. Aktivis, pemikir dan ulama. Ulama boleh menjadi ulama semata, yakni almari rujukan semata, dan boleh juga menjadi aktivis dan pemikir sekaligus.

Namun, genetik Melayu, tidak ramai ulama yang berkemampuan menjadi pemikir dan terlalu eksklusif untuk menjadi aktivis. Biar papa asal bergaya. Takan ulama jubah nak kotor2 kot.


Nasha.

Kategori : Nothing. Ulama yang menjadi rujukan pun bukan, aktivis pun bukan, pemikir haram sekali. Serius!

Ulama yang menjadi rujukan lebih kepada Saiful Islam, Zaharuddin, TGNA, MAZA, etc. Ini adalah contoh dan gambaran ulama yang menjadi rujukan. Jadi Nasha gagal melepasi kategori ini. Tak pernah plak masyarakat buru Nasha untuk permasalahan atau isu rakyat.

Aktivis pun bukan. Datang demo sekali dua. FRU ada dia ghaib. Kena tangkap, berguling atas jalan, entahlah. Nasha bukan aktivis.

Pemikir, haram sekali. Belum pernah kita dikejutkan dengan idea2 bernas darinya. Ulama ini IQ level standard seorang Melayu asli.

Watak.

Kebanyakan pengundi atas pagar dan sebilangan ahli PAS berpendapat, Nasha tidak menonjol. Tidak mempunyai prestasi yang bagus. Ada atau tidak, sama sahaja. Tiada isu negara yang dapat diulas, dikupas oleh Nasha dengan baik. Malah, dirinya pula selalu menjadi isu.

Ulama ini pernah melukakan dunia blogger apabila mengugut akan menyaman satu blog atas berita yang dia tidak mengaku. Namun, selepas dikantoikan Paklah, dia koner 180 darjah pada gear 8 dengan meletakkan Majlis Syura Ulama sebagai Rio Ferdenand, jubah pewaris nabi sebagai John Terry.

Pada gua, hanya orang bodoh dan jumud sahaja yang akan mengundi Ostad Nasha. Orang yang mengundi Otad Nasha berada dalam fantasi Malaysia ini hanya didiami oleh 800 000 ahli berdaftar PAS, dan hanya mereka sahaja layak mengundi PRU13 nanti.


Mat Sabu.


Kategori : Aktivis, pemikir dan strategis.

Dalam tajuk kecil aktivis, Mat Sabu adalah Raja Aktivis Malaysia. Apa penderitaan yang tidak pernah dilalui oleh beliau? Operasi lalang? ISA? Kena keronyok? BERSIH? Kepung di lampu isyarat? Gempa bumi? Palestine? Cakap apa sahaja.

Jadi, kerana Mat Sabu berdarah aktivis, dia lebih rapat dengan akar umbi. Dan seandainya definasi akar umbi itu sehingga melepasi peringkat perwakilan PAS, wa percaya Mat Sabu akan mendapat undi yang lebih tinggi.

Di bawah tajuk pemikir, Mat Sabu adalah antara orang yang mengasaskan idea Kepimpinan Ulama. Mat Sabu adalah driver pemikiran ahli PAS. Ceramahnya dinanti dan diletakkan sebagai penceramah terakhir.

Untuk strategis pula, mari kita melihat satu gerakan Mat Sabu yang mustahil dikesan oleh lu orang. Ala2 Anwar sket. Sejak PRU12, nama Mat Sabu agak tenggelam. PRK Terengganu dan Bukit Gantang juga menyisihkan namanya.

Menjelang pemilihan, sebaik sahaja Mat Sabu menegakkan ketegasannya untuk bertanding Timbalan Presiden, Mat Sabu terus mengaktifkan BERSIH. Pakai baju hitam dan sebagainya.

Kemudiannya, dia ditangkap. Ini semua melonjakkan namanya semula ke persada politik tanah air amnya, ke perwakilan PAS khususnya. Taktikal serupa Anwar.

Watak.

Mat Sabu dilihat masyarakat berwatak degil mempertahankan prinsip. Mat Sabu dilihat akar umbi sebagai patuh kepada organisasi. Terbaru, ia terbuka apabila tidak dipilih sebagai calon Kuala Terengganu dan Bukit Gantang, walau undi medium internet, namanya sungguh popular.

Namun, kelemahannya; dikatakan Mat Sabu ialah tidak pandai berbahasa Inggeris. Bahasa Inggeris perlu dalam taktikal politik Malaysia kerana medium media bahasa itu paling luas.

Sukar membayangkan Presiden PAS, Hadi ternganga untuk menjawab soalan media Bahasa Inggeris. Dan kemudiannya Timbalan Presiden Mat Sabu pun tergaru-garu kepala. Ini adalah kerosakan imej PAS.


Husam.

Kategori : Aktivis, pemikir dan strategis.

Level aktivis Husam lebih rendah berbanding Mat Sabu. Tetapi jauh tinggi berbanding Nasha.

Namun begitu, level pemikir Husam lebih tinggi dari Mat Sabu dan sudah pasti bagai langit dengan bumi berbanding Nasha mahupun Hadi sendiri. Banyak idea2, penyelesaian bernas yang dikemukakan Husam sama ada dalam Kelantan atau nasional. Silap sekali skala adalah normal.

Dalam tajuk kecil strategis, Husam lebih berseni berbanding Mat Sabu. Kenyataan, perwatakannya, pergerakkannya berseni, tersembunyi dan halus. Husam jika Presiden, apabila duduk di sebelah para Anwar dalam sidang media BR, percayalah, hanya 6 bulan karisma Anwar akan tersisih.

Anwar memerlukan proganda untuk popular. Husam tidak. Anwar perlu ditangkap untuk momentum diri, Husam tidak. Anwar perlu retorik untuk kekal panas, Husam tidak. Tidak perlu semua itu.

Watak.

Jika Mat Sabu lebih rapat dengan akar umbi, Husam lebih rapat dengan para intelektual, para pemikir dan golongan level tinggi. Dan sudah pasti definasi itu melepasi standard perwakilan PAS.

Jika anda adalah ketua kampung selama 30 tahun, dan Husam berhijrah ke kampung anda untuk 2 minggu, anda pasti tidak akan menyukai Husam. Kerana anda rasa tercabar. Inilah yang berlaku di Kelantan. Ibarat pokok cili yang didatangi benih durian.

Penggulungan.

Pada gua, PAS memerlukan penyegar. Dunia dan alam sememangnya dijanjikan Allah akan ada penyegar. Tetapi, dengan Husam dan Mat Sabu bertanding sekaligus, Nasha mungkin akan menang seperti Khairy Jamaludin di Pemilihan Agong UMNO lepas.

Mat Sabu telah terlebih dahulu menggerakkan buahnya. Husam masih dalam pertimbangan. Halus, seni dan tersembunyi. Jika kesegaran jemaah didahulukan, apatah mungkin memberi laluan kepada Mat Sabu?

Jika peratus kesegaran itu majority mutlak terarah kepada Husam, perlukah menyahut amanah itu?

Comments

  1. Wa terpaksa akui. Komen lu ni memang tepat dengan perwatakan mereka

    ReplyDelete
  2. walau sehebat mana pun ulasan lu aduka.... gen lu tetap gen melayu.... lain la kalau wa atau TGNA.... gen kami lain skit...... jarang² melayu ada .... wahahaha....


    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. pandai2 dia plak komen.semua yang dikomen tu salah.komen dari seorang yang jauh dari jemaah jika diamik kira,boleh menyebabkan jemaah jatuh gaung.dia xtau apa yang berlaku tapi pandai2 nak komen.poraaah!

    ReplyDelete
  4. mesti fasih bi kalau nak jadi pemimpin? memang gen melayu asli kau ni. memang. pemikiran di bawah bahasa inggeris.
    woi samdol dekat malaysia ni berpuluh2 ahli politik cakap bm hancus tapi masih bergelar yang berhormat.
    ternganga jawab soalan media inggeris dan garu2 kepala? memang itu pemikiran tipikal melayu bodoh cam kau. membayangkan aksi bodoh ternganga dan garu kepala. dalam bidang bahasa, pemikiran kau memang tiada inovasi. bongok cam wartawan media bi negara ini yg bodoh bahasa melayu.

    ReplyDelete
  5. lagi bagus kalau pemimpin kurang cakap org putih. lagi berjiwa rakyat. ni sikit2 cakap org putih. sikit2 cakap org putih. rakyat ternganga. garu2 kepala.

    ReplyDelete
  6. saudara aduka, apa pendapat kamu tentang ramai adun dan ahli parlimen yg bm mereka hancus? pada aku tak kisahlah sebab aku tak suka paksa2. tapi aku pun tak kisah kalau pemimpin pas atau
    siapa2 tak fasih bi. itu yg adil bukan? kalau kau boleh terima pemimpin tak fasih bm, kau pun kena terima yg tak fasih bi. jgn bi yg tentukan falsafah hidup kau. islam is universal.

    -penyokong sasterawan negara

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.