Skip to main content

Wak Albanjari mana?

Gadis seksi pancing undi BN

Jimadie Shah Othman | Apr 2, 09 11:55am
BN memancing sokongan pengundi Cina di parlimen Bukit Gantang dengan konsert gadis manis berimej seksi yang mengiringi ceramah menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Tiga artis Cina menari dan menyanyi lagu rancak sewaktu menteri agama itu berucap, mendorong 1,500 penonton lebih banyak memberikan tumpuan kepada konsert itu yang diadakan sempena majlis makan.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 03Konsert gadis berseluar pendek hitam dan singlet biru muncul di kempen BN malam tadi di Kampung Baru Kuala Sepetang, sebuah perkampung nelayan di DUN Kuala Sepetang bawah kawasan parlimen itu.

Selain Ahmad Zahid, calon BN Ismail Saffian turut menyampaikan ucapan.

Dalam ucapannya, timbalan pengerusi Umno Perak mendakwa sokongan masyarakat Cina terhadap BN dalam pilihanraya kecil semakin bertambah.

"Sokongan pengundi Cina, mengikut laporan, semakin bertambah sekarang ini. Kerajaan pusat mengambil langkah proaktif untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.

"(Sokongan bertambah) setelah kita mengangkat semua masalah (mereka) ini kepada menteri berkenaan. Dan tindakan segera sedang dilakukan," katanya.

Tambahnya, kerajaan telah mengenal pasti beberapa masalah utama nelayan di kawasan itu, termasuk gangguan lanun dan tentera Indonesia, masalah subsidi petrol dan operasi bot haram.

bukit gantang by election zahid hamidi dinner with hot girls performance 020409 04Tindakan lanjut sedang diusahakan kementerian yang berkaitan, tambahnya.

Beliau turut menafikan undi sesuatu kaum tertentu menjadi faktor penentu keputusan pilihanraya kali ini.

"Semua kaum menjadi penentu. Dan semua undi penting, sama ada undi Cina, India atau Melayu. Dalam keadaan pilihanraya umum, lebih lagi pilihanraya kecil, kita tidak boleh abaikan mana-mana undi, daripada mana-mana kaum.

"Satu undi pun sangat bermakna (kepada BN) dalam pilihanraya kecil Bukit Gantang ini," katanya.

Ditanya keberkesanan pendekatan nyanyian dan tarian yang digunakan BN bagi menarik pengundi Cina, Ahmad Zahid berkata, ia "harus dihormati kerana sebahagian daripada budaya Cina."

Comments

  1. pergh!!! best per..... kalau kat tempat aku awek² camni nyanyi lagu dikir la..... terutamanya dekat area sampadan.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. wa rasa lu & berg
    mesti turun ni...haha
    wat malu2 lak...
    letaklan mgambooo skit..haha

    ReplyDelete
  3. wakakaka...wak malu nak bikin posting la AT..nanti lu gelakkan wak...org tua tak sedar dirik..hahhaha..!

    ReplyDelete
  4. Menurut sms drp SK..
    Majlis angkat sumpah Najib yang akan berlansung esok dibatalkan.
    Pak Lah yang mengadap Agung utk menyampaikan perletakan jawatannya telah diterima oleh Agung. Namun Agung belum menerima Najib sebagai PM.

    Aku berharap Agung akan mempertimbangkan sedalam2nya.
    Bacalah petikan ayat dibawah :

    "Hai orang2 yang beriman! Janganlah kamu jadikan
    bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi
    pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan
    kekafiran atas keimanan. Dan siapa di antara kamu
    menjadikan mereka menjadi pemimpin, maka mereka itulah
    orang2 yang zalim" (At Taubah:23)

    to wak...
    jaga2 wak..
    boleh luruh iman tu..

    ReplyDelete
  5. Salam.....

    Wak ABO x tua lagi.....

    Cuma dah matang dan ganteng.....


    hehehehehehehee

    ReplyDelete
  6. wah... ini macam kopiah pun boleh tersimpan dalam poket nie...

    haji malboro...

    ReplyDelete
  7. bukan setakat kopiah terbalik!gambaq anak & bini dlm wallet pun buleh tertutop!

    ReplyDelete
  8. waa tak rasa bagus lu guna cara ini nak hentam umno AT, sebab PKR dan DAP pun sama je buat gitu...kena cari benda lain...Lu hentam gini , nampak murah sangat idea lu...

    ReplyDelete
  9. sape pkr dgn dap nak kena jaga
    cara mereka salah, tetap salah
    ingat kebuloq dgn mereka

    ReplyDelete
  10. mane lu punye komen pasal ni AT? copy paste je.kalau lu just copy paste je,ape maksudnya?wa baru lagi lepak2 blog lu ni.

    ReplyDelete
  11. AT dah takleh komen dah , domam lagi ka atau torkojot..

    fanatik

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...