Skip to main content

Undi Melayu PAS Perak 43%?

Oleh : AdukaTaruna

Dari Hasbullahpit dan Dango Mamat, undi Melayu kepada PAS Perak hanya 43%, malah menurun dari 47% pada PRU12. Adeh.... gua dah agak dah.

Selain pembolehubah terbesar, yakni genetik, faktor media gua rasakan antara yang perlu diperbaiki PAS. Bestnya PAS ni berbanding UMNO ialah, kalah atau menang, mereka tetap bermuhasabah diri. Jadi, walau PAS menang dan selayaknya membangga diri, tetapi di sana sini, bloggers pro PAS membicarakan isu kelemahan yang ada.

Cadangan gua.

Kita hanya ada ruang media sahaja. Gua ingat, pengedar Harakah atau PAS kena berani macam Suara keadilan, yakni menjual akhbar mereka secara terbuka. Masuk ke kampung2. Suara dan media sumber kedua tidak sampai kepada mereka.

Zaman Najib dan sementara Najib tengah bersemangat tak nak usik Harakah, gua ingat PAS kena ambil kesempatan beb.

Harakah perlu berubah.

Untuk market universal, dimana pasaran pembaca kampung juga perlu diambil kira, gua rasa, PAS perlu meringankan sedikit Harakah.

1. Masukkan cerita sukan. EPL, La Liga, etc.

2. Masukan cerita artis pro Islam. Yusuf Islam, Amy Search, Ramli Sarip, M. Nasir, ulasan filem2 terbaru, etc.

3. Berita kampung. Tips usahawan kampung, contoh usahawan, cerita mereka, etc.

4. Komik bersiri ringan.

5.

6.

Masa dah suntuk ni beb. PRU13 dah tak lama. Sampai bila nak harapkan orang kampung sendiri menghampiri media internet? Kita yang perlu sampai kepada mereka. PAS perlu perintah Perak dengan kekuatan Melayu.

Comments

  1. sokongan bukan Melayu pada PR meningkat. Telah dipersetujui PAS akan bertanding hanya di kawasan majoriti Melayu manakala kawasan majoriti bukan Melayu kerusi diberi pada DAP dan PKR.

    Kalau Melayu kurang undi PR, nampaknya kerusi PAS akan semakin kurang.

    PAS kena pandai dalam pembahagian kerusi.

    ReplyDelete
  2. bagi wa sekarang PAS perlu kena tumpu pada pengundi Melayu plak.... yakinkan mereka bahawa hak² mereka tetap terpelihara disamping menjaga hak² non-bumi.... untuk non- bumi biar PKR n DAP fokus kepada mereka..... tapi jangan plak PAS abaikan kelab²PAS tu..... sekarang wa tengok UMNO (bukan BN... bagi wa BN dah makin tak relevan dah) banyak mainkan sentimen negara akan tergadai kalau PR memerintah.... buktikan hak² Melayu tetap terpelihara di negeri² PR.

    satu lagi wa nak ingatkan ( yang ni wa memang cukup hangin ngan pemimpin PR ni)..... JANGAN SESEKALI BUAT SATU KEPUTUSAN YANG KONTROVERSI.... PASTIKAN SETIAP DASAR YANG DIBUAT TIDAK "MENGEJUTKAN" RAKYAT.... tak perlu gelojoh sangat... buat slow²....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. Semasa PR12, PAS banyak kalah dalam parlimen majoriti Melayu. Dari pemerhatian dibuat, Saluran 1 dan 2 memandang ahli PAS sebagai golongan ekstrim ugama. Yang pertama PAS kena buang pandangan ini. Sebagai contohnya PAS kena perbanyakkan aktiviti kemasyarakatan di luar kawasan markas. Semua aktivit hendaklah dibuat luar kawasan markas seperti di padang boleh dan menekankan dasar polisi parti dengan cara mudah. Kurangkan perbandingan dengan pihak lawan. Pemakaian ahli PAS pun mesti dimodenkan sedikit tapi masih beradat. Masih ada 3 tahun, jalankan aktiviti dari sekarang. Gerakkan AJK semua.

    ReplyDelete
  4. klu nk org umno beli baik bubuh keputusan no ekor ,heheh lawak je

    ReplyDelete
  5. wa rasa puak2 bawahan
    diforum2 masih x sedar2 bro...haha

    nasib baik
    puak blogger leh pakai skit..haha

    ReplyDelete
  6. leh kene masuk
    citer2 mcm tu dlm harakah?
    kene check lah bro,
    klu surat kabo biasa tu
    lain lah kot.

    ReplyDelete
  7. tengok dari sudut marketing,marketing,marketing.
    jangan ubah produk semata mata nak lawan umno.

    kfc tetap kfc
    mc d tetap mc d.

    ReplyDelete
  8. Apa salahnya masukkan benda2 yg dicadangkan duka tu dlm harakah..?

    Rasa ok jek..

    Apa salahnya berubah demi kebaikan selagi tak melanggar syara'?

    ReplyDelete
  9. kurangkan mengata tolonglah. imej pas buruk pada sesetengah golongan kerana pas parti islam tapi kuat mengata. contoh tak payah bising sampai 100 kali isteri pemimpin umno tak tutup aurat. lebih baik uar2kan keperluan menutup aurat. org menilai. tak tutup aurat memang berdosa. tapi mengata mencaci pun berdosa. malah lebih besar. riak pun berdosa. asyik ulang2 dosa org macam org pas maksum plak.

    ReplyDelete
  10. Nyla adalah buat thread bertajuk "Menang dalam Kalah". Tujuan Nyla untuk membincangkan bagaimana nak tarik Melayu supaya menyokong PAS. Tak pasal2 Nyla dikatanya pencacai UMNO. Lepas tu dipadamnya thread Nyla tu. Orang UO tak mau muhasabah diri lah bro. Pelik sikit je bunyi tajuk dan melenting.

    ~Nyla (bukan kembar Nyle tau)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.