Skip to main content

Tunggu 'pinangan' UMNO

Artikel ini dibayar oleh seseorang bagi tujuan kempen.

KOTA BAHARU 10 April - Anggota Parlimen Pasir Mas, abanghensem menunggu 'pinangan' daripada pimpinan UMNO untuk membolehkan beliau kembali menyertai parti yang pernah dianggotainya sebelum dipecat tujuh tahun lepas.

"Saya tidak akan meminang UMNO, kecuali UMNO yang meminang saya. Hingga kini saya tidak ada ilham lagi (bila ia akan berlaku)," katanya kepada pemberita ketika ditanya kedudukannya sama ada mahu mengekalkan status sebagai satu-satunya anggota Parlimen Bebas atau ingin kembali semula kepada UMNO.

Bagaimanapun, beliau menegaskan tidak akan terburu-buru menerima pinangan itu, sekiranya ada, dan akan mempertimbangkannya terlebih dahulu.

"Saya akan timbang semasak-masaknya terlebih dahulu kerana sebarang keputusan yang dibuat secara tergopoh-gapah akan menyebabkan seseorang cepat jatuh," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan ke-7, Majlis Tindakan Rakyat Kelantan (MTRK) di sini hari ini.

abanghensem, 57, digugurkan daripada jawatan Ketua UMNO Pasir Mas, pada 22 November 2003 dan kemudian digantung keanggotaannya seumur hidup dalam UMNO kerana bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya umum ke-11, Mei 2004.

Beliau bagaimanapun tewas kepada calon Pas, Ismail Noh.

Beliau sebelum ini membayangkan akan membuat 'satu kejutan' terhadap senario politik dan menunggu bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad melakukannya terlebih dahulu.

Dr. Mahathir mengumumkan menyertai semula UMNO semasa perhimpunan Agung UMNO 2008, Mac lepas. - BERNAMA

Comments

  1. berani lu kacau abanghensem...
    kang dia suh anak2 buah dia bakar kereta lu baru tau..hahaha
    eh lu ada kete ke??=P
    xpe2, suh abanghensem bakar semua accord yg ada, so lu xleh nak ade kete impian lagi..hehe

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  2. ni yang wa tak puas ati ni.... wa ada buat kenyataan ni... KALAU UMNO TAK MASUK MINANG WA.... WA AKAN ARAHKAN BEBUDAK WA UNTUK BUAT HURU HARA, BAKAR KETE PULIS, PECAH CERMIN MATA NAJIB,... LEBIH GANAS LAGI WA NGAN BEBUDAK WA YANG GENNYA TERAMAT BODOH (KECUALI WA... GEN WA CERDIK WOOOO)AKAN SERANG PARLIMEN NANTI....
    tapi apasal press tak siar????? .. buat buat jiwa ganas wa menggelegak ni....

    -abanghensem (afundi A.B.A.N.G.H.E.N.S.E.M... dail 1113 untuk 3 undian, 1115 untuk 5 undian atau 1111000 untuk 1000 undian)

    ReplyDelete
  3. haha aku tahu strategi tu
    bila parlimen umno makin sikit
    makin tinggi harga dia
    kahkah
    kalau ambil dia bertanding pru13 mmg bodoh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.