Skip to main content

Tok Bomoh kembali..

Oleh : AdukaTaruna

Alhamdulillah. Demam gua dah sikit kebah. Kafarah kutuk ulama bebudak ni cakap. Haha. Semalam wa g klinik kerajaan. Bagus sungguh kerajaan. Bagi klinik. Gua tak faham kenapa lu orang kutuk kerajaan. Tak insap2.

Tapi, sebab pendaftaran pun dah makan hampir sejam, wa angkat kaki, lambung beb. Dari demam terus darah tinggi wa karang. Wa lambung, sambung membuto kat rumah. Air kelapa dah bergelen2 wa telan. Silap2 kalau perah kulit wa leh kluar santan ni beb.

Tadi, wa g klinik swasta. Wa nak check darah jer motifnya. Sebab wa selalunya begini. Susah nak demam, tapi skali demam tu dia...

Sampai klinik, wa terus tanya awek kuanter tu. Kat sini leh check darah tak? Dia cakap boleh, tapi untuk apa? Wa maleh nak cakap panjang, aedes dan chikunkunya, wa cakap jer lah takut kena nyamuk. Pintas punya.

Macam wa agak, awek tu gelak. Bukan nyamuk la bang. Tapi denggi. Ceh.. macam la wa tak tahu.

"Kenapa tu?"
"Tak, abang ni takut kena nyamuk."
"Hehe. Bukan nyamuk la bang. Denggi."

Gua macam biasa, buat muka takda perasaan. IQ bawahan ni maleh wa nak layan. Biar Ali Rustam jer yang layan. Wakakaka. Kutuk lagi. Tak insap nampaknya tok moh ni.

Pendek citer wa dipanggil. Jumpa doktor. Tanya dah demam berapa lama la, itu la ini la, dia terus jelaskan, yang gua tiada tanda untuk denggi atau chikunkunya. Tapi, kalau Khamis ni tak baik gak demam, baru check darah.

Ok. Alhamdulillah. wa lega. Dia bagi wa macam2 dadah. Ni kalau kena urine ni, sah gua masuk lokap ni.

Comments

  1. lu kerap sangat berbohong semenjak dua menjak nie... hospital kerajaan mana kene tunggu sampai 1 jam... Jem...

    ReplyDelete
  2. ujian urin utk pengambilan steroid je bro
    setakat demam sikit takkanlah dpt steroid kot
    tapi boleh jadi juga, buka2 je terus byk artikel update
    biasa org on steroid ni jadi aggresif
    ha ha ha

    adrenalin

    ReplyDelete
  3. cet berg.. hang tak pernah kena lg ma..

    kalo pernah dtg, dia ada fail, kalo x pernah, kena buat fail.

    nak siap fail jer dah 9 lebih dah..

    ReplyDelete
  4. selamat kembali
    dan selamat menurun bro..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.