Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Apr 30, 2009

PAS ditakdirkan bergolak hanya kerana individu Hadi.




Alasan dan hujah eh. Takper, bagus2. Dunia intelek terbuka ma.. Lu lagi berani dan bijak dari Hadi.

Sebab Hadi sama ada bacul dalam menegakkan ideanya atau tidak bijak untuk berfikir akan keperluan itu.

Sehinggakan, untuk sekian kalinya, hanya semata individu Hadi, ramai yang menjahanamkan kredibiliti PAS. Dari TGNA ke anaknya, ke media BN ke media BR.

100% rakyat Malaysia melihat kekalutan PAS. Pembolehubahnya ialah individu Hadi!





Ini bukan hujah. Ini sentimen atau tajuk. Aiseh.. potong stim la. Ahli PAS atau Kepimpinan PAS yang buat artikel ni? Takper, lah. Begini.

Semangat Kepimpinan Melayu. Hujahnya ialah Semangat ini perlu diterjemahkan secara praktikal. Paling praktikal ialah dengan menjadikan dua jawatan tertinggi parti dipegang Melayu.

Then lu datang pada gua bawak ini sebagai hujah. Hahaha... tak tepuk dahi beb. Ini bukan hujah, tapi inilah tajuk. Ni mesti belajar kat Al-Azhar nih..

: )





Kepimpinan Ulama itu harus bersifat individu atau harus bersifat dasar? Hehe.. Cuba powerkan Majlis Syura Ulama (MSU). Kalau Presiden profesional atau ulama atau apa juga bidang sekalipun, MSU boleh batalkan sebarang tindakan Presiden. Baru tepat dasar Kepimpinan Ulama. Kalau nak guna falsafah sempit ni la.

Yang sebenarnya ialah Kepimpinan Islam. PAS bukan parti khusus ulama. PAS ialah parti khusus Islam. Kepimpinan individu ulama, dari Presiden sehingga Mat Despatch, bleh dilaksanakan dalam Persatuan Ulama. Sebab itu perjuangan untuk ulama.

Tetapi PAS perjuangan untuk Islam. Untuk semua peringkat dan bidang Islam. Luas dan universal. MSU perlu dipowerkan, dan serahkan setiap bidang2 itu kepada ahlinya. Bukan terjumud kepada individu ulama.

: )




Masalah syarak diluluskan MSU. Peringkat taktikal atau keberkesanan boleh dibahas di AJK Pusat. Ulama Melayu tidak semestinya mahir ekonomi, mahir taktikal, mahir berpolitik.

Kepimpinan Ulama harus dasar kalau nak guna falsafah sempit ciptaan manusia ini. Bukan secara individu. Ini menyempitkan lagi keuniversalan Islam.

Ilmu syarak perjalanan parti boleh dikawal MSU. Bukan individu ulama. Ianya secara syura, bukan secara individu ulama. Menyempitkan idealogi Allah seperti ulama Yahudi. Hampir tidak terbuat.




PAS adalah Islam, bukan PAS ialah ulama. Persatuan Ulama adalah khusus untuk ulama. Dasar harus Islam. Manakala ulama adalah bidang individu.

Anda sendiri berkata bukan semua boleh memimpin gerakan Islam. So, ini juga termasuk ulama. Ulama2 bukan dijanjikan Allah berkemampuan memimpin gerakan Islam. Jika berlaku ulama lemah dan menjadi punca pergolakan sesama jemaah, sehingga bertembung si ayah dengan si anak, hanya kerana individu ulama, apakah pilihan yang ada?

Kepimpinan secara jemaah (Islam) atau Kepimpinan secara individu (ulama)? Nak diganti kepada yang lebih baik sudah menjatuhkan Kepimpinan Ulama itu sendiri.




Satu soalan perlu dijawab. Antara pencipta falsafah Kepimpinan Ulama ini adalah Mustapha Ali. Dan antara sebab hujah level rendah ini dikeluarkan ialah kerana Hadi Awang.

Di bawah Kepimpinan Ulama, mengapa Hadi Awang menyerahkan PJ Terengganu kepada bukan ulama Mustapha Ali?

1. Retorik Kepimpinan Ulama?
2. Level IQ rendah Pemuda Pengkalan Chepa untuk menilai situasi?

Tiada Kepimpinan Ulama yang dicipta Allah. Ianya ciptaan sempit Melayu.




Enam - Siapa Yang Layak Menduduki Kerusi Itu Daripada Kalangan Bukan Ulama’?Sistem pendidikan kita bukan seperti sistem pendidikan di Mesir atau negara-negara Arab yang lain. Sekadar contoh, jurutera atau doktor mereka menguasai Fiqh, Usul Fiqh, Tafsir, Usul Tafsir, Hadis dan Mustalah Hadis dan ilmu-ilmu syarak yang lain. Tetapi jurutera dan doktor kita sebahagian besarnya adalah asing dengan disiplin ilmu itu. Memang ada yang boleh berbahasa Arab, tetapi kemampuan berbahasa sahaja bukan bermakna berupaya menguasai semua disiplin ilmu itu.

Jadi layakkah Mustapha Ali, Mat Sabu menduduki 'Presiden gerakan Islam Negeri'? Adakah sistem pendidikan Mesir terbaik untuk menjadi pemimpin gerakan Islam? Belajar U negara pro Israeli beb. Macam belajar U negara UMNO la. Mandul.

Dalam sejarah PAS, sepanjang pengetahuan wa, hanya individu Hadi yang menimbulkan masalah, keretakan dalam PAS. So,

Kepimpinan Ulama atau Kepimpinan Islam?

Idealogi manusia atau idealogi Allah?

Ulama bukan Islam. Islam bukan ulama. Ulama individu, dan Islam agama. Ulama hanya sebagaian dalam Islam.





Lapan - Kita Bakal Mundur Ke Belakang.Kita sedang mara dengan identiti kita sendiri. Masyarakat bukan Islam menerima kita dengan identiti kita ini. Adakah, setelah kita diterima dengan begitu baik dengan identiti itu, kita ingin mundur ke belakang semula? Kemudian selepas beberapa puluh tahun, kita ingin gagaskan semula kepimpinan ulama’ apabila parti kita tidak lagi menghayati ruh itu?

Hayati Kepimpinan Islam, bukan Kepimpinan Ulama. Kepimpinan Islam adalah dasar. Manakala Kepimpinan Ulama ialah individu.

Rakyat suka PAS kerana Islam, bukan kerana individu. Kepimpinan Ulama adalah ciptaan manusia yang terbit di Malaysia. Produk yang harus dibina ialah Islam, bukan Ulama. Ulama atau bukan, hanyalah sebagai promoter.

Promoter yang baik ialah yang bijak. Kalau ulama, tetapi tidak bijak, jadilah kecelaruan terbesar dalam PAS era ini hanya kerana individu Hadi.



Sembilan - Buatlah Kerja Masing-masing Dan Buktikan Kecemerlangan Masing-masing.Mereka yang berada di kerusi Naib Presiden sekarang hendaklah meneruskan kecemerlangan masing-masing. Adakah tugas anda sebagai Naib Presiden sudah benar-benar selesai sehingga anda perlu mara dengan jawatan yang lebih tinggi? Kemudian setelah itu anda perlu mara lagi dengan jawatan yang lebih tinggi sebagai Presiden pula, hebat benarkah anda?

Anda bayangkan Hamid Othman PM. Dia pun ulama. Kepimpinan Ulama. TPM pula ialah Mashitah. Ulama juga. So, Kepimpinan Ulama atau Kepimpinan Islam?

Anda bayangkan ABC PM. Ulama Syiah. Kepimpinan Ulama juga. TPM ialah DEF. Pun ulama Syiah. So, Kepimpinan Ulama atau Kepimpinan Islam?

Anda bayangkan Mufti Perak PM dan Noh Gadut TPM. Kepimpinan Ulama juga. Kepimpinan Ulama atau Kepimpinan Islam.

Genetik Melayu adalah genetik yang bodoh. Kepimpinan Ulama adalah falsafah ciptaan genetik bodoh yang dinafikan sendiri oleh penciptanya sendiri di Terengganu. Tidakkah anda melihat mesej dari takdir Allah ini?



Sepuluh - Kewajipan Kita Ialah Memperkukuh Institusi Ulama’ Dan Memartabatkan Ulama’.Majlis Syura Ulama’ masih ditahap seperti dahulu, tidak berkuku dan tidak berbisa. Ketrampilan semangat kepimpinan ulama’ melalui Majlis Syura Ulama’ tidak terserlah langsung. Dalam suasana sebegini, maka semangat kepimpinan ulama' perlu diterjemahkan dengan dua jawatan tertinggi parti.Isunya di sini bukan individu tertentu. Tiada siapa menafikan jasa dan sumbangan sesiapa, tetapi adakah jasa itu perlu dibalas dengan meletakkan mereka di kerusi yang lebih tinggi semata-mata kerana kita tidak berpuashati dengan seseorang sehingga kita sanggup menjadi seperti orang lain.Orang lain itu siapa? Ya, parti yang tidak meletakkan ulama’ di hierarki utama kepimpinan parti mereka.Sesiapa pun boleh berada di dua kerusi tertinggi itu, asalkan dia adalah seorang ulama’


Kewajiban kita ialah membetulkan ini semua. Segala pergolakan dalam PAS disaksikan 100% rakyat Malaysia melalui media BN dan media BR. Bakal2 pengundi teurt menyaksikan. Hanya kerana individu Hadi, PAS bergolak hebat. Sehingga wujud pertembungan anak dengan si ayah. Sehingga wujud si anak memperlekehkan pemikiran sendiri si ayah.

Semua ini takdir Allah untuk manusia berfikir. Kembalilah kepada falsafah Allah. Kepimpinan Islam. Tiada Kepimpinan Individu. Kepimpinan Ulama adalah dasar melalui MSU.

Kita ditakdirkan bergolak hanya kerana individu Hadi. Dan kita ditakdirkan bercakar hanya kerana falsafah ciptaan manusia.





6 comments:

sokong ulamak said...

yang bakal mengahncurkan PAS bukan individu Hadi..tapi adalah kamu wahai penulis jahil..betapa jahilnya kamu tiada faham apa erti ulamak mewarisi kerja-kerja para nabi...!!!!

Anonymous said...

makin besar krisis ni.... kena tunggu TGNA balik ni setel perkara ni..... tak de "sapa" dah nak setel benda ni...

p/s : wa ni junior TGNA.. satu sekolah dulu ngan TGNA... saja nak bagitau... tapi wa bukan mee celup....hehehe

-abanghensem

Anonymous said...

Hujah biarlah berasakan fakta dan maklumat sah.
AT berhati-hati dalam penulis bezakan fitnah dan berbohong / Lakonan dan drama.
Tanda2 org yang jahil agama bercakap tetang agama.
Kalau tak tahu belajor jgn bodoh sombong.

Xenan said...

Bro..org2 ni tak bape paham permasalahan.Maybe kurang makan kismis punca kurang focus(tajuk tu AT.Ala2 isu otk :))).Ker lu saja smokescreen fokus diorg ni?ekekekeke.

Wa tak nampak tajuk masalah ni ialah "kenapa ulama KENE menerajui" atau "kempimpinan islam vs kepimpinan ulama" sbb semua ni bersifat selari,serba memerlukan bukan berlawanan.Fokus balik pd masalah.

Katakan lu semua pemegang saham syarikat.Ok la..koperasi la.lu berhak memilih pimpinan yg terbaik berdasar ciri2 yg terbaik dgn tujuan mengkayakan lagi koperasi.Sbb biler koperasi kaya..dividen lu pon banyak.Faedah utk lu orang.

Tak wujud pulak lu wajib memilih seseorang individu ni sbb die pengasas koperasi pon(Cth isu la ni).

Pasai apa...sbb lu akan fokus pemilihan ni pd org terbaik yg boleh kasi faedah pd koperasi n pastikan dividen lu banyak.Tadak sentimen lain dah.

Samalah pd memilih pimpinan PAS.buatlah kira kira sendiri.Wa bukan pom2 girl AT tapi harap ade yg boleh berhujah balik pd AT dengn hujah ilmiah berkat fokus yg baik.

Wa penyokong jer bukan ahli..tak layak nak memilih pon.Tak guna wa berhujah.

AT wa tatau...ekekekeke.

AToloL said...

AT Lu meme BURITla

Anonymous said...

AT, wa stuju ngan lu. PAS untuk semua, bukan untuk ulama. Sapa2 boleh jd pemimmpin pas laaa... MSU dok wat apa? biar MSU ada power nak potong ke, nak chllen presiden atau sapa2. ni msu macam tak wujud jer. nak buat statemen pun takut kat pres, takut kat musr am. btw, sape yg lebih power...musy am ke msu?