Skip to main content

Memalukan Persatuan Bomoh Kebangsaan.

Bomoh larikan gadis selepas keluarga tolak pinangan

Oleh Hamid Salleh

KUALA TERENGGANU: Seorang gadis dilaporkan hilang dari rumahnya di Kampung Teluk Menara, Manir di sini sejak dua bulan lalu, dipercayai dilarikan bomoh selepas pinangannya ditolak keluarga mangsa.

Kehilangan Nur Kartini Mamat, 24, disedari keluarganya pada jam 9 malam 21 Februari lalu, sehari selepas bomoh itu menyatakan hajat meminang mangsa.

Keluarga mangsa membuat laporan di Balai Polis Manir selepas gagal mencarinya pada malam itu.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata polis sudah menjalankan gerakan mencari Nur Kartini, tetapi sehingga kini mangsa dan bomoh itu tidak dapat dikesan.

Beliau meminta sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi Balai Polis Daerah Kuala Terengganu di talian 09-6246222.

Nur Kartini mempunyai wajah bulat, kulit cerah dan rambut paras bahu dengan ketinggian sekitar 1.5 meter.

Ibu mangsa, Semek Awang, 61, berkata bomoh yang mendakwa bekerja sebagai kerani di sini, mengenali Nur Kartini ketika mangsa menjalani rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana menghadapi tekanan jiwa.

“Dia juga menyatakan hajat meminang Nur Kartini, tetapi kami tidak setuju kerana Nur Kartini belum sihat sepenuhnya,” katanya.

Comments

  1. Insyaallah,,, nikah kan lah pasti elok.... !!!!

    ReplyDelete
  2. tak sialp wa bomoh tu terkenal ngan panggilan AT.... wakakakakaka....


    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. Salam....

    Tunggu apa lagi bro....

    cepat sambar jawatan ahlil nujum negara.....

    Nie peluang menanggguk di air keruh....

    Menteri Ahlil Nujum Negara Aduka Teruna......

    hehehehehehe

    ReplyDelete
  4. wa rasa nama bomoh dlm berita tu AdukaTakguna la.sama spesis.

    hahaha

    ReplyDelete
  5. bomoh ni
    masuk dlm ahli pertubuhan Bomoh lu je AT...haha
    lu nak cari ahli2 bomoh pon..
    jgn main taram je...haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.