Skip to main content

Layan Melayu pendek akal jap..

Sikap pembangkang keterlaluan


Pertamanya, laporan sebuah akhbar dalam talian menyebut yang Pengerusi DAP, Karpal Singh dibaling botol oleh penyokong Barisan Nasional (BN) akibat tersalah memasuki jalan. Laporan itu menganggap politik kekerasan dan keganasan seperti ini perlu dihentikan.

Suka untuk saya menjelaskan kejadian yang menimpa Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada pagi tersebut.

Pada pagi ketibaan beliau dan rombongannya di pekan Taiping, Muhyiddin juga telah memasuki gerombolan besar penyokong Pas yang sedang berarak.

Saya dapat saksikan sendiri bagaimana bertambahnya kekuatan sorakan ejekan yang dilemparkan kepada rombongan beliau oleh penyokong Pas yang sedang berarak.

Bagaikan gempita bandar Taiping apabila Muhyiddin melintasi mereka. Usahkan hendak memberi laluan dan bersalam (sekurang-kurangnya menghormati pemimpin negara walaupun berlainan parti), tetapi sebaliknya dilayan sebegitu rupa.


Hahaha. Setakat kena boo, tak bleh, tak payah jadi pemimpin la beb. Macam bebudak la. Isu taraf apa ni. Tapi kali ni wa nak jadi Roslan sms jap. Muahahaha.

Kekerasan fizikal+mental terhadap Karpal dibandingkan dengan kekerasan mental? Cedera parah kot telinga Muhyiddin. Hahaha.


Kalaulah dibandingkan perbuatan Karpal Singh sejak akhir-akhir ini berbanding dengan Muhyiddin, maka Karpal Singh sememangnya wajar mendapat layanan sebegitu.

Wajar dapat? Hahaha. Apa punya standard intelek la. Yang pemimpin UMNO bunuh-membunuh, langgar-melanggar, kebas-mengebas bini orang tu, nak layan cane plak? Ni mesti orang kampung Berg ni. Mamat Johor. Muahahaha.


Sudahlah begitu, akhbar-akhbar Harakah diletakkan di merata-rata tempat dengan beberapa orang jemaahnya memakai baju Pas apabila memasuki masjid. Keadaan ini menimbulkan rasa tidak selesa kepada pengunjung yang singgah dan juga jemaah-jemaah lain.

Yerla2. Lepas ni gua pakai baju spiderman full set g masjid. Jangan majuk lagi tau. Mcm budak2 la..


ANAK PERAK
Bukit Gantang, Perak

Alamak. Ingat orang kampung Berg. Rupanya orang kampung uma. Wakakaka. Sepapat dengan Albanjari.



Comments

  1. Woit..apa plak..wakakaka...makin keracunan wak macam gini..huhuhu..batuk ku yg semakin teruk..!

    AT lu bila nak turun ..wak tunggu ni!

    ReplyDelete
  2. tak nak ah.. nanti berjangkit. wakakakaka. wak kerja la sensorang. muahaha

    ReplyDelete
  3. haha...
    tu zamnic punye kg tu..haha

    ReplyDelete
  4. time ni lah sume nak ngaku dok bukit gantang
    megi oh megi

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.