Skip to main content

Kalau gua jadi Najib.

Oleh : AdukaTaruna

Kalau gua jadi Najib, walau gua PM berahli UMNO, gua akan ambil kesempatan meredakan penentangan rakyat terhadap UMNO itu sendiri.

1. Hapuskan segala undang2 perlindungan UMNO. (ISA, akta mesin cetak, etc)

2. Beri satu (permulaan) lesen akhbar harian pro pembangkang. TV gua tak kasi dulu. Haha. Pelan2. Kang terduduk gua (najib) plak kang.

3. BZ kan Anwar dengan tawar dia sebagai Menteri Luar Negara. Biar penyokong dia tergamam, dan Anwar ada kerja. Taklah serang selalu sangat gua ni (Najib).

4. Presiden PAS, gua lantik Menteri Pelajaran. Haha.

5. Untuk jaga sentimen ahli UMNO, gua tak lantik sekor pun Menteri dari DAP (kalau gua sebagai Najib yang tegak menjadi PM melalui UMNO la)

6. PRU13, wa ishtihar BN tidak bertanding di kerusi Anwar dan Hadi. Hahaha. Atas pagar, penyokong PR kurang fanatik mesti sokong gua punya.

7. Memberi lesen tebas penuh kepada SPRM dengan letak bawah parlimen atau YDA. Siapa kotor, jijik dan rasuah, tebas dari kepimpinan negara.

Amacam lu orang? Nak sokong gua tak? Hehe...

Comments

  1. tapi 1 je masalahnya bro, klau SPRM dok bawah kabinet or YDA, mampuih lah lu (najib) kena cekik kat hantu altantuyah.

    ReplyDelete
  2. kalau lu najib ah..
    sebab wa rasa lu sekarang bukan najib tapi mahathir..
    if u get what i mean...
    PM malaysia selama2nya jadi boneka..haihh

    ReplyDelete
  3. sama idea la kite bro tang lantik anwar tue.... tp wa cdg anwar jd menteri kewangan.... hj hadi menteri keselamatan dlm negeri.... baru gempak.... tv suka ati semua org boleh guna.... hahhahahahha.... mmg meriah malaysia....

    ReplyDelete
  4. ok gak tu..... tapi kat sini gua nak minta lu buat satu versi reverse pasca prk 2 bukit satu batang dengan 2 bukit bn menang dan pr dapat batang je..... sebab gua nak tengok cam ne komen yang datang... he...he..he...

    ReplyDelete
  5. kalau wa najib,wa cerai rosmah.hahaha

    ReplyDelete
  6. Salam....

    Bro jadi PM...

    Wa minta jawatan lama lu ...

    Ahlil NujuM Negara....

    Post Terbaik......Kaki nombor mesti jadi penyokong berani mati wa..

    heheheheheheheee

    ReplyDelete
  7. tang no 7 tu wa kureng stuju la.... kalau wat camtu konfem la lu a.k.a Najib la orang pertama kena tangkap.... abis tu camne lak nak buat yang 1 sampai 6 tu....

    p/s : wa tak dapat bayangkan camne la Haji Hadi pakai songkok....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  8. Aksi2 yg lu cadangkan tu tak menepati konsep Machiavelli.

    Cadangan ditolak.

    ReplyDelete
  9. sirul dgn azhar hukum gantung
    saja nak gelak
    ha ha ha

    ReplyDelete
  10. alah blom lagi ke mahkamah rayuan tu.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  11. Kalau wa Najib, wa minum air sabun banyak-banyak lu tau,untuk cuci dosa.

    ReplyDelete
  12. haha...
    wa sokong najib...haha
    tp undi wa tetap pd pas laaa...haha

    teknik & strategi tu
    utk mereka2 ijau kaler blur leh kot.
    ijau pekat ala wa ni
    manyak susah..
    kecuali wa dpt juta2..
    mungkin wa u turn kot..haha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Simpang Renggam adalah University Jenayah Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Ada 2 tajuk berbeza pada gua dalam isu Simpang Renggam. Mekanisme pencegahan rekrud baru Pusat Tahanan itu sendiri Mekanisme pencegahan rekrud baru. Yang ini gua rasa KDN perlu ambil serius. Memang terjadi dan berleluasa rekrud-rekrud baru muncul dari dalam suasana penjara. Golongan penjenayah persendirian akan berbaiah dengan kumpulan gangster dari dalam penjara. Dan membentuk kumpulan yang besar apabila keluar. Kita tolak sebentar dahulu kes untuk bangsa India, kita rujuk satu sejarah Pak Long Burung Pengasas 36. Kumpulan Gangster Melayu. PEKIDA dan gangster Cina adalah satu entiti yang berbeza sebenarnya. Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme, mempunyai sistem pengenalan diri komunis, buah-buah komunis, etc. Manakala PEKIDA menyerapkan budaya Arab dan berfahaman Islam (sekarang sudah sesat). Pak Long Burung (arwah) adalah pangkat 'Abang Besar' dalam PEKIDA. Akan tetapi, apabila berada dalam penjara, dia direkrud dengan unsur-unsur gangste