Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Apr 12, 2009

Intelek dan kerja perlu seimbang.

Oleh : AdukaTaruna

Gua tak musuh dengan Roslan Sms. Dari akhlak, iman, etc, dia jauh lebih baik dari gua. Cuma wa bermusuh dengan dia secara intelek, secara hujah.

Walau gua orang luar, gua suka bercakap pilihan2 yang PAS ada. Macam kes Presiden PAS misalnya, antara pilihan dalam PAS, terlalu banyak yang lebih baik dari Hadi. Atas falsafah kepimpinan Islam, maka, kita perlu pilih yang terbaik.

Jadi, untuk mudah bandingnya, katakan calon Presiden PAS ada 3, yakni gua, uma dan Hadi; maka ribu-riban kali bagus la pilih Hadi. Tapi seandainya bercakap pilihan2 yang PAS ada, maka, terlalu banyak yang lebih baik, di mana falsafah Kepimpinan Ulama perlu dirobohkan bagi meletakkan Islam itu ditahap terbaik.

Gua rasa lu dapat apa maksud gua.

Berbalik kepada Roslan sms, dari maklumat bro Bakaq, Roslan Sms tewas dalam pemilihan. Dari tajuk kerja dan tenaga, Roslan adalah permata tak ternilai. Satu lagi contoh tokoh PAS yang kuat berkerja, yang gua respek, ialah Hasan Ali.

Tetapi, dalam gerakan Islam, menurut pecahan yang dilakukan Yusuf Qardhawi, terdapat 3 pendukung. Aiseh.. dah berat la plak N3 gua kali ni.

1. Ulama
2. Aktivis
3. Pemikir

Ulama definasinya besar. Ulama boleh menjadi pemikir, dan ulama boleh menjadi aktivis. Dan ulama juga boleh menjadi ulama semata tanpa elemen aktivis dan elemen pemikir.

Wa malas nak hurai dengan berat, motif gua ialah, untuk jadi pemimpin dalam gerakan islam macam PAS, intelek dan kerja harus seimbang.

Berbalik kepada Roslan Sms, pada gua, dengan suka-sukinya wa mengatakan, intelek Roslan dan intelek Hasan Ali adalah bertaraf rendah. Tetapi gerak-kerja mereka berdua ini jsnis superb lah. Kesimpulannya, tidak seimbang untuk menjadi pemimpin.

So, mengikut pecahan Yusuf Qardhawi tadi, mereka yang tinggi elemen kerja, tetapi rendah elemen intelek, hanya sesuai menjadi aktivis.

5 comments:

malam said...

macam mana nak ukur intelek bro?

"gores dan menang"?

atau

"pakai buang"

Din said...

menarik N3 bro.. bagus buat rujukan PR bila masa pembentukan kabinet nanti..

aku puji ikhlas nie..

perunding said...

kau tak masuk dalam undi popular din,

betul betul kata aduka..
bijak bijak..
tambah lah undi aku..
bodek sudah..
politik wang je belum..
sprm lembu ada tak nak pantau.

zaminc said...

serius neh wa nak tau apa garis ukur yg lu pakai untuk intelek?

takkan hassan ali sekali jumpa khir toyo lepas pru aritu lu dah stamp IQ rendah kt dia?

AdukaTaruna said...

kayu ukur, gua susah nak jelaskan. Objektif sangat.

Tu pasal wa cakap ikut suka-suki wa. Melalui pemerhatian kenyataan2 mereka yang gua follow la.

Lain orang, lain standard level kayu ukur nak kelaskan intelek seseorang.