Skip to main content

Guru berpolitik.

Oleh : AdukaTaruna

Masalahnya, kalau kita ni jenis pro, takpa. Ini tidak. Dan keadaan lebih rumit boleh berlaku. So, wa bantah. Bukan sahaja guru, malah pegawai2 kerajaan pun. Tak payah sibuk nak berpolitik. Nak berpolitik, letak jawatan. Nak sokong tak pa, nak berpolitik, memang wa tak setuju.

Lu bayangkan, kerja guru bukan mudah beb. Fokus kat modal insan negara ni. Pelapis2 negara. Tapi, sibuk plak nak hadir mesyuarat kawasan la, kempen2 la, itu la ini la. Yang kena tangkap SPRM pun ada nanti. Meraba nak cari cikgu ganti. Yang kena aibkan musuh pun ada, kena tangkap gambar mandi bogel. Dah bercuti ala Eli Wong. Kan ke tak menyusahkan harta paling berharga negara (bebudak) namanya tu.

Ingat, kalau masuk PAS pun, pegawai2 kerajaan atau cikgu tu dapat pro ke? Jangan mimpi la. Kecenderungan untuk merundum prestasi mereka adalah tinggi. So, tak payah nak memandai2. Rakyat dulu beb. Wa meluat habis kalau rakyat jadi no 2.

Nak sokong mana2 parti boleh. Nak hadir mana2 ceramah boleh. Nak ikut mana2 demo boleh. Nak jadi mana2 ahli boleh. Tapi, tak boleh pegang jawatan parti. Yang menteri2 tu lainlah. Agensi kerajaan buat cara agensi kerajaan.

Comments

  1. org yg beri cadangan ialah menteri pelajaran sendiri. seorang penyokong ppsmi. tak hairanlah. seorang penyokong ppsmi ialah seorang yg tidak memahami masyarakatnya. sesiapapun baik menteri mahupun org biasa.

    ReplyDelete
  2. Bro,
    Kalau jd aktivis politik tuh mungkin ada masalah tapi gi ceramah
    PAS pon selalu dianggap berpolitik dah.Dah kene ngadap PPD.

    Lagi pon tak penah lagi dlm sejarah cikgu geng pas boleh kuar masa mengajar sbb mesyuarat pas.Geng UMNO boleh la.Guru besar pon takut nk tegur

    btw
    lu ingat kalau nak naik pangkat dlm perguruan ni tayah main politik ke?Nak jd nazir pelajaran diorg pakai merit ke?

    Jgn la harap bro...kalau nak meluat baik meluat yg level jusa tuh.Kompom sgt2 main politik high level nya.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...