Skip to main content

Gadai agama untuk menang

Pertama sekali tahniah saya ucapkan di atas kemenangan pakatan pembangkang di Bukit Gantang, Perak dan Bukit Selambau, Kedah. Juga tidak lupa tahniah kepada BN atas kemenangan di Batang Air, Sarawak.

Sebagai seorang Melayu yang prihatin dengan situasi politik terkini, saya berasa amat risau. Risau melihatkan betapa Melayu kini tidak lagi segan silu menggadai maruah bangsa dan agama semata-mata untuk beroleh kemenangan. Melihatkan ADUN Pantai Remis membaca surah yang menurut beliau Surah Aura, yang tidak pernah wujud pun di dalam al-Quran, dan dengan bacaan yang sama sekali salah dan memalukan dalam satu majlis kempen di Bukit Gantang, begitu memilukan hati. Pilu apabila tiada seorang pun ahli Pas yang tampil untuk membetulkan kesalahan ADUN DAP itu sebaliknya bertepuk tangan tanda gembira kalam Allah dipermainkan.

Pemimpin pakatan pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pula ketika berkempen di Batang Air tanpa segan silu 'membenarkan' nama Allah digunakan oleh penganut agama lain selain agama Islam. Beliau menegaskan, selama ini larangan wujud kerana UMNO. Sedarkah beliau implikasi yang bakal berlaku? Sedarkah beliau agenda tersembunyi puak Nasrani terhadap penganut Islam di negara ini? Ingin saya bertanya kepada pemimpin Pas dan Anwar Ibrahim, berbaloikah kemenangan dengan menggadaikan agama?

Situasi politik di negara ini pada hemat saya semakin buruk dan membimbangkan. Bukan Melayu semakin berani mempersoalkan hak keistimewaan bangsa Melayu, sesuatu yang jarang berlaku sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12. Malahan kedudukan Islam sebagai agama rasmi juga berani diganyang oleh pihak-pihak tertentu. Malang sekali apabila tindakan ini turut didalangi bangsa Melayu beragama Islam.

Soalan saya, adakah bangsa Melayu Islam sudah bersedia untuk kehilangan hak dan keistimewaan? Isu ini amat membimbangkan saya, apatah lagi melihat rakan pakatan DAP, iaitu Pas, sebagai Parti Islam menikus apabila berhadapan dengan DAP mengenai isu Islam dan hak Melayu.

Kebimbangan saya semakin terbukti apabila melihat kesediaan Datuk Seri Nizar Jamaludin dipergunakan oleh DAP untuk menderhakai Sultan Perak dalam peristiwa hitam baru lalu. Nizar bukan saja dipuji oleh ahli Pas, malah dianggap hero yang memperjuangkan keadilan oleh rakan sekutu mereka, DAP.

Drama di Perak memperlihatkan 'ketaksuban sehingga membutakan mata' orang Melayu yang menyokong pembangkang, sehingga tidak mampu lagi berfikir secara waras, malah hingga sanggup berbaring di tengah jalan.

Saya tertanya-tanya, tidak mampukah mereka mengira berapa ramaikah Exco DAP yang menguasai pentadbiran Perak,dan berapa ramaikah exco Pas? Ternyata, minda mereka tidak mampu lagi berfikir siapa sebenarnya yang menguasai Perak semasa pemerintahan pakatan pembangkang sebelum BN mengambil alih kuasa di Perak dua bulan lalu.

Kekalahan BN di Bukit Gantang dan Bukit Selambau sebenarnya menggambarkan bahawa undi bukan Melayu sentiasa bersatu, kerana mereka jelas dengan matlamat dan agenda mereka. Undi Melayu pula dipecahkan oleh emosi dan kedangkalan pemikiran sesetengah Melayu yang gagal menafsir agenda tersembunyi parti serpihan PAP dari Singapura, DAP, yang sentiasa membayangi Pas dalam kempen di Bukit Gantang.

Pesanan saya, ingatlah Singapura yang sudah tergadai dan nasib yang menimpa warga Melayu Singapura. Fikirlah untung nasib anak-anak kita di kemudian hari. Jangan pula mereka yang menjadi mangsa kesilapan kita yang gagal berfikir.

PIAN

Tapah, Perak

Comments

  1. apa istimewanya melayu sampai nak diberi hak istimewa??
    kalau ada sapa2 boleh jawab soklan gua, gua isytihar masuk umno!!kah3..
    wa agak2 yang tulis benda ni kanak2 istimewa lah..haha..tu pasal nak diberi layanan istimewa..mungkin masukkan dia ke sekolah istimewa??

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  2. Sapa yang betul atau maksum..pembaca atau penulis ?
    biasa kita dengor Puak A cakap puak B salah.puak B cakap puak A salah. Jadi serba salah lah adukataruna..!!!!

    ReplyDelete
  3. ape benda kau paste je ni
    mana komen?

    ReplyDelete
  4. 1. Saya setuju je penggunaan nama Allah oleh penganut Kristian. Jgn tanya kenapa la, jenuh nak jelaskan lg. Mau patah jari nak explain nih.
    (p/s: jgn plak change vote I kat poll atas tu pas I ckp cenggini... Ngeee...undilah saya.. keh3x..tak aci main tukar2 tau...)

    2. Org Melayu harus bersedia kehilangan hak istimewa mereka.

    (p/s: kalaula saya org melayu TULEN, sy malu la bila org kata sy ada hak istimewa blablabla.. sbb nampak sgt saya ni mcm tak ada kepala lutut, x mampu berdiri sendiri, jadi bangsa yg nak kena suap je, smpi nak meraung2 nak pertahankan hak2 saya sehinggakan nampak lg Melayu sy dari Islam nya saya.)

    3. Tapi, dalam situasi ari ni, setiap tindakan, mesti berlandaskan fakta. Fakta #1, org melayu bangsa yg corot. Dalam Islam, kita pakai konsep keadilan, bukan konsep sama rata. Sapo susah, kita bantu. Cth: Kalo ramai anak melayu yg miskin tp layak masuk universiti, tp tak mampu, maka gomen wajib bantu. Itu konsep keadilan. Itu tanggungjwb pemerintah membela orang yg corot (tak kira bangsa atau agama).

    Meter pengukur adalah fakta dan realiti, bukan sbb sy cina, kamu melayu. Tapi, menolong pon kena jgn sampai menjahanamkan. Fakta #2: melayu ni makin ditolong makin lembik. Cth: gomen kasi PTPTipuN, dia beli Nokia Arte. tgk je kat universiti2 nun (walaupun bukan semua la.. )

    Ini pasal haaaa.. Selagi org Melayu melihat dirinya lebih Melayu dari Islamnya, sampai kiamat la lu orang kene kencing dgn bangsa Melayu lain yg tau bijak menindas dan bangsa lain yg bijak amik kesempatan..

    Jgn marah...

    nyle

    ReplyDelete
  5. orang jauh: tak semestinya org yg diberi hak istimewa tu, dia istimewa... hahaha.... jgn perasan laa...

    istilah istimewa ni saja ja pemimpin melayu zaman koloni British letak supaya org melayu ter brain wash otak dia ingat dia ni istimewa ja manjang... supaya senang la dijalankan proses sosialisasi dan divide n conquer.. kalu dr dulu org melayu sama ja ngan org cina india, agak2 apo jadi ngan org melayu skrg?

    wa ckp sekerat2 ni, pandai2 la pikey sendiri..

    ngeee.....

    ReplyDelete
  6. Sy lom sedia kehilangan hak istimewa melayu. Tapi sy percayakan DSAI kerana sy dah tengok ketokohan dia masa jadi TPM dulu. Sy dah tak percayakan UMNO sebagai pembela Melayu. Retorik sahaja. Orang PAS tu hipokrit je tak perkauman, tak asobiah. Padahal merekalah paling kuat kepuakan. (kecuali puak erdogan)

    ReplyDelete
  7. kembali pada ajaran islam
    baca ayat 13 surah alhujrat...
    BACA JANGAN TAK BACA,
    TAK FAHAM TANYA USTAZ!

    ReplyDelete
  8. Bagi aku senang:

    SEDAR TAK KORANG ERTI "KAFIR"?

    KAFIR = INGKAR

    Ada 3 jenis manusia sejak Nabi Adam a.s sampai sekarang:

    1)BERIMAN
    2)JAHILLIAH
    3)KAFIR

    Yang BERIMAN tak payah aku syarah panjang budak tadika KEMAS pun tau.

    JAHILLIAH: Manusia / masyarakat sesuatu tempat yang TAK PERNAH SAMPAI KEPADA MEREKA nur agama ISLAM @ agama HANIF @ agama TAUHID yang menEsakan ALLAH s.w.t. Rujuk balik masyarakat Mekah sebelum & semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.

    KAFIR: Manusia / masyarakat sesuatu tempat yang TELAH SAMPAI SYARIAT ALLAH KEPADA MEREKA MELALUI NABI2 & RASUL2 TETAPI MASIH MENOLAK BULAT-BULAT KEBENARAN. Lihat kaum Nabi Musa a.s & sebahagian masyarakat Arab Jahilliah daripada kaum Kafir Quraisy yang tetap menentang Baginda s.a.w hatta kebenaran TELAH dibentangkan di depan mata mereka.

    Jadi, aku berpendapat, dakwah Islam di bumi Malaysia ni telah KORUP sejak sekian lama dek wujudnya ulama seperti HARUS SANA SINI! Korang pikirla, macam mana non muslim nak jinak dengan Islam selagi dorang dichop sebagai "KAFIR"? Sedangkan pengkelasan yang tepat bagi mereka ialah "masyarakat JAHIL"!

    "Masyarakat Jahil" WAJIB kita beri pedoman, BUKAN kita sisihkan awal2 lagi dengan 1001 dogma yang menjauhkan dorang dari Islam! Cuba korang suruh panggil korang "woi KAFIR", apa perasaan korang, mesti down takpun rasa nak terajang muka member korang?!

    Tutup cerita, aku TERAMAT SETUJU bahawa UMNO lah KAFIR sebab INGKAR TERHADAP ARAHAN ALLAH MENDAULATKAN ISLAM & MENGAMBIL HUKUM KUFUR LORD REID DALAM MENTADBIR NEGARA!!

    Ada orang UMNO / "ustad" UMNO tak puas hati dengan statement aku? Aku ucapkan kepada korang yang "KAFIR":

    PEGI MAMPOSSSS!!!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.