Skip to main content

Dunia impian gua.

Oleh : AdukaTaruna

Dunia umpama bayang2 beb. Makin dikejar makin tak dapat. Kata orang yang iman tinggi la. Iman gua tak tinggi beb. Hahaha. So, memang wa nak kejar gak dunia ni. Kuang3.

Kete impian gua.


Gua tak minat Mercedes beb. Kete orang tua. Hilanglah kebaby facean gua kalau bawak kete Mercedes ni beb. Wakakaka. BMW & Ferrari minat, memang minat. Tapi melampau la plak. Wa suka yang low2 profile ni (kunun).

Maleh jadi tumpuan. Nak selesa dan senang. Tak nak mewah2. Cakap gua hari ni la. Masa depan tak tau. Hati Allah pegang.

Cukup Accord la. Warna ofkos hitam. Ganas, eksklusif. Kena make up sket la. Kete ni kalau standard, wak Albanjari sesuai la pakai. Kena pakai spek, kena pakai tali leher. Blog gua ni pun sepatutnya hitam ni, tapi Kak Memot ugot2 gua, kena tukar putih la plak.

Rumah impian gua.

Dari beli rumah kat syarikat perumahan, baik beli tanah, dan buat rumah ikut suka. Haha. Kalau beli kat taman2 perumahan, persekitaran taman perumahan tu belum untuk match dengan jiwa kita dan sesuai dengan pembesaran anak2.

So, kalau mampu, baik beli tanah kat tempat yang telah dikaji sesuai, dan bina rumah di situ. Hahaha. Ni cerita dah macam cerita orang2 kaya.

1. Dekat dengan masjid surau. (Cakap macam gua rajin g surau jer. Haha.)
2. Penuh dengan masyarakat pro Islam. Persekitaran yang baik utk anak2.
3. Jauh dari rumah Berg. Wakakaka. Tak pasal2 Berg masuk dalam ini cerita.

Anak2 impian gua.


Hahaha. Dah anak2 la plak. Laku pun tak lagi ni, citer bab anak la plak. Kah kah kah.

Wa kalau boleh nak semua anak lelaki. Kuang3. Pompan2 ni wa belum berkompiden nak didik la. Blur lagi nih.

Kalau anak2 lelaki, selain sihat, wa nak jenis lasak camni. Anak sapa la nih, yang jadi mangsa model hiasan gua nih. Mesti habes berterabur rumah. Hahahaha. Pening kepala tapi memang puas hati beb.



Comments

  1. duka... ni semua impian selepas kawin.... jauh lagi niii.... lu kena tunjuk dulu mana bini lu.... baru lu boley nak tayang impian lu kat dalam blog ni.... asyik mimpi basah jer...... buat membazir zuriat jer lu ni.... hehehe

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. Kak Maymot kena minta royalti dr dak AT ni. Mane ble sembarang je guna gambo anak2. Penat beranak x abih lg ni wei.. haha.

    ReplyDelete
  3. AT....blom sempat ko beli kereta warna hitam, mase tu dh kene ban....X mesra alam langsung, cari la warna lain.....ye la mengambil sempena menteri baru kita...teknologi hijau...hehehe

    ReplyDelete
  4. uish abg ensem ni,,tulis tu kaver line la sket bab mimpi2 ni...ishhhh!!



    Ala dis man...dak duka ni nak byr royalti camno,,tunggu la dia kayo dulu...haha


    -->>Ekau ni,,lom beranak memang la nak anak lelaki semua..

    sok2 mesti punya la tingin nak anak pompuan..

    apo neh diskriminasi pendidikan,mana de susah didik anak pompuan..
    tak caya tanya my abah,,semua anak2 dia pompuan ooo...


    Pastu,,hengat la sket,,anak2 tu ingat anak ekau sorang yo ko..bini ingat production line yo ko..?

    cesss x pk perasaan bini neh,sapo nak tulun omak budak2 tu wat kojo2 umah..??

    Lagi satu kono ingat-->>teori tak samo do ngan praktikal bab2 mendidik n membosakan anak2 neh...

    Omak budak tu yg penting-tenaga paling penting tuh..dun play play...!!






    -->> Sok2 kalau ekau dak kayo,,da ado umah bangelo tu,jgn lupo ajak akak n battalion lepak2 sano yo...

    :)

    ReplyDelete
  5. Wa baru perasan satu perkara dalam entry nie...

    haha.. budak duka takut nak buat rumah dekat ngan rumah wa coz takut kehenseman rumahnya dikalahkan oleh kemachoan rumah wa...

    X pe bro... wa paham..

    ReplyDelete
  6. kalo semua org nak anak lelaki je....nnt anak2 lelaki ko nk kawen dgn anak sapa?

    ReplyDelete
  7. Isteri impian yg camne pulak?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.