Skip to main content

Didik PKR di Penanti : Penerangan siri 3

Oleh : AdukaTaruna

Sekarang kita pergi kepada penerangan siri 3. Beberapa persoalan awam telah dibangkitkan dalam siri 2.

Undi protes adalah rugi. Lebih baik PAS yang bertanding.
1. PAS bertanding di Penanti adalah mustahil. PAS terikat kepada kerjasama BR. PAS perlu pro. Mustahil PKR akan memberi laluan kepada PAS.

2. Seandainya PAS yang bertanding juga tidak akan menyelesaikan masalah pokok kepada seruan ini. Yakni, mengajar dan mendidik PKR.

Malaysia perlukan PKR. Tetapi PKR yang PKR, bukan PKR yang UMNO. Gua akan ulas nanti.


Bubar sahaja PKR. Mana yang UMNO masuk UMNO, mana yang Islam masuk PAS, mana yang bukan Islam, masuk DAP.
Malaysia perlukan PKR. Sampai bila, wallahualam. Tapi sekurang2nya sehingga mengambil alih pemerintahan negara.

Tanpa PKR, jangan mimpi kita semua boleh menumbang firaun kejahatan negara, yakni UMNO, BN. Sabah dan Sarawak? Nak harapkan DAP? PAS tak payah sebut lah.

Selagi PAS mengekalkan Hadi atau pemimpin lembab, tidak berkarisma seperti dia, jangan mimpi PAS dapat sokongan rakyat Sabah dan Sarawak, dalam kontek undi demokrasi. Dan dalam konteks pengundi muda. Pengundi tua tak payah cakap. Yang semenanjung pun totok, yang Borneo lagi la.

Parti yang kalah semua sudah berubah dan remaja, PAS pula menunggu kekalahan baru mahu berubah dan remaja.

PKR amat perlu.

Kita amat perlukan PKR dalam tajuk sokongan pengundi baru dan pengundi pro perubahan yang masih tercari2 idealogi dan falsafah kehidupan.

Melainkan PAS ada menubuhkan satu parti baru, untuk golongan pro perubahan yang tercari-cari idealogi umumnya, untuk pengundi muda Borneo khasnya, sebagai satu platform mengenal dan mendorong kepada idealogi PAS. Atau kata lainnya, PAS B la.

So, berbalik kepada PKR, seandainya PAS yang bertanding, ianya tidak menyelesaikan masalah pokok. PKR tetap bangsat dan low kemampuan untuk berada dalam situasi genting negara kelak.

Yakni situasi peralihan kuasa dari BN kepada BR. Macam2 boleh berlaku. Ketika ini, solat hajat, munajat, doa tolak bala harus merebak dan menyeluruh. Ini keadaan genting. Bagaimana kita boleh harapkan keadaan selamat kalau komponen BR, PKR berada dalam kemampuan rendah ketika itu?

So, PAS bertanding di Penanti bukan penyelesaian. Lari dari masalah pokok. Jelas? Pokoknya ialah PKR perlu berubah dan wajib didesak serius dan berubah. Kalau PRU13 mendatang, dah terlewat.

Bukankah satu yang mulia apa yang PKR lakukan sekarang? Yang bermasalah meletak jawatan.
1. Habis? Mengapa tidak telus? Mengapa wujud perbuatan memperbodohkan rakyat. Secara gelap dan belakang. Gua memang pantang dan akan fight apabila berlaku hal ini.

PKR dan Anwar harus menjelaskan secara telus keadaan yang berlaku. Bukan menipu. Lanjut pelajaran kepala otak dia. Mana maruah lu orang sebagai pengundi, sebagai rakyat, sebagai intelektual bebas?

Kenyataan meletak jawatan bukan kenyataan Fairuz. Itu kenyataan dari PKR. Kenyataan Fairuz mengatakan dia disabotaj. Jangan jadi bodoh dan tidak bermaruah wahai rakyat. Mana letak intelektual lu orang?

2. Mana dia permohonan maaf dari Anwar sebagai ketua? Mana dia permohonan maaf dari elite PKR? PAS pernah memperbodohkan pengundi. Gua fight juga. Ramai bloggers fight. Dan Mahfuz memohon maaf kepada rakyat. Tapi, skang, di mana letaknya kepala Anwar? Bangsat bukan?

3. Soal taktikal politik, bukan soalnya. Kalau tak boleh jelaskan secara jujur walau pahit kerana takutkan UMNO, bagaimana lu boleh menyakinkan lu akan berlaku jujur apabila lu memerintah nanti dan mempunyai lebih banyak musuh?

Sekaranglah lu perlu tunjukkan jujur lu kepada rakyat. Memperbodohkan intelektual bebas satu bab, tidak jujur lagi satu bab. Lanjut pelajaran kepala otak dia. Rasuah cakap lah rasuah. seks pramugari MAS cakap seks pramugari MAS. Jangan memperbodohkan rakyat yang sedia ada bodoh dan taksub ni.

Fahami kronologi kes Fairuz.

Lama sudah terutama blogger pro BR yang memekak dan bersuara hal Fairuz. Malah ada yang berkempen meletakkan gambar Fairuz terbalik di blog mereka. Tapi, Anwar tidak pernah alert. Anwar berada dalam ego dan tenggelam dalam bongkak selepas kemenangan besar.

Tetapi, apabila sekumpulan PKR negeri menggunakan media BN, dalam mendedahkan perilaku Fairuz, dan mengugut akan mendedahkan lebih besar lagi seandai PKR pusat tidak ambil peduli, barulah Anwar terhegeh2.

Selama ini tidak peduli blogger sendiri. Tidak peduli suara penyokong sendiri. Sebab dia tahu lebih ramai lagi sokong dan akan sorak dia walau apa yang dia buat. Anwar terkentut ketika ceramah pun penyokongnya akan kata Anwar melakukan taktikal luar biasa. Genius kononnya.

Kesimpulan.

Kepada pengundi Penanti sahaja, dan kepada yang bersetuju sahaja, sila rosakkan undi anda, atau tidak hadir, untuk meningkatkan statitik protes dan amaran kepada PKR, terutama si bangsat politik bernama Anwar Inrahim ini.

Jangan terlewat sehingga PRU13.

Comments

  1. yaya.. kejujuran mmg susah nak dapat bro.. wa paham lu pnya ideologi dan wa sokong lu bro..

    hatta kentut yg kuat tidak menjamin bau yg busuk malahan kentut yang tidak kedengaran pula mampu membodohkan otak dalam satu jangka masa...

    darah umno yg mengalir dalam PKR masih sukar dimatikan sepenuhnya bagi membentuk satu darah perjuangan yang baru yang lebih sejati...

    Kesimpulannya, PKR tidak boleh membodohkan pemuda2 seperti AT dan wa(kerana wa sentiasa dinasihati AT..;)) malah PKR sama sekali tidak boleh mengumnokan PKR dalam apa jua sebab kerana umno 'has completely paralyze"...

    Akhir kata, eloklah juga permasalahan yang sedang timbul sekrang mengenai kebangsatan yang berlaku walaupun diketengahkan oleh setitik dakwat perlu diperjelaskan dan diberi perhatian..

    eloklah juga titik dakwat yang terbentuk dialirkan kepada kertas yang mampu menjadikan titik dakwat ini satu puisi ataupun satu syair yang mampu memberi seribu makna kepada setiap pembaca...

    sekali lagi akhir kata, pemadaman dakwat yang tidak memberi makna ataupun maksud, mampu dilakukan dengan kerjasama tangan,jari, saraf, dan otak yang secara relatifnya memegang pemadam dan menggosok dakwat tersebut tanpa mengoyakkan kertas itu...

    sekian dahulu dari insan yang sedang rajin menaip...

    -bukancalon-

    ReplyDelete
  2. susah la nak mengundi kalau dua2 parti tak leh dipercayai.... sampaikan terpaksa pilih 'which one is the lesser evil? PKR @ UMNO?'
    kalau itulah caranya... i think we're doomed from the start, aren't we?

    X.O.X.O

    ReplyDelete
  3. ade persoalan yg wa hrp dpt lu jwb.. Wa rs, undi protes pd saat ini agk tdk sesuai.. Why? becoz, 4 PRK di semenanjung, sumanya majoriti PR bertmbh. Bila majoriti krg, UMNO akn canangkan berkurun2 lmnya kononnya rkyt menolak perjuangan PR w'pn hakikatnya mereka klh.. Ini membuatkn pengundi2 yg bergntg kpda sumber media umum (tv3), hatta media br pn akn tergugat.. UMNO seolh2 mendpt talian hayat drpd pykg PR sdri yg mahu protes. Kita rujuk kekelahan PKR di btg Ai. Perjuangan PR utk menawan Sarawak dh terjejas. Dan UMNO skrg amt2 bergntg kpda Sabah n Sarawak utk berkuasa. Nk didik, biar kena pd msnya..Jgn hy kerana tujuan mahu mendidik, akhirnya perjuangan PR selama ini terjejas.. Jgn rosakkan gelombang yg sdg kuat di semenanjung.. Stabilkan perjuangan kita dulu.. Jgn terburu2.. Wassalam..

    Sori, coz pjg sgt, wakakaka..

    ReplyDelete
  4. kesilapan lu brader, lu meletakkan anwar dalam kelompok 'akhlak dan sifat' yg sebaris dgn geng-geng PAS. lu takleh tgk anwar dr sudut tu. lu kena tgk anwar sebagaimana anwar itu sendiri. iaitu pembelit dan taksub kepada kuasa.

    setelah lu paham mcmana otak anwar berpikir, lu kena ada skala yg unik utk anwar. anwar mmg takkan mintak maaf. dia takkan ubah sikap tamak kuasa dia, tp satu yg pasti, dia tak akan berhenti berusaha sehingga dia dapat tumbangkan BN UMNO smpi kerajaan PR kuasai malaysia. dia akan buat dgn apa saja cara.

    oleh itu, jika PKR kalah pun kat Penanti, ia takkan mengubah apa2 pada diri anwar. sama jugak mcm kesah 16september nak tubuh kerajaan baru. walau terang lg bersuluh semua org anggap itu retorik yg membodohkan dan menyusahkan rakyat, dia tetap angkuh. lu pikey, kalau dia kalah penanti, dia akan sujud mintak maaf ke. NO WAY.

    kekalahan penanti hanya akan mengubah persepsi MAJORITI rakyat kepada PKR. kita kena pikey bab PERSEPSI MAJORITI jika pkr kalah dalam PENANTI. soal dia angkuh, belagak, parti yg rosak, itu adalah lebih kecik dari akibat sekiranya MAJORITI PERSEPSI RAKYAT MALAYSIA melihat kekalahan PKR dalam Penanti adalah kerana PKR parti yg buruk.

    buruknya anwar nih kita kena telan la. tok guru pun dah faham sgt akan manusia yg bernama anwar nih. tapi depa bleh tolerate lagi sbb anwar nih, seburuk-buruk dia pun, ada guna gak utk masa depan.

    ReplyDelete
  5. wa rasa lu kena wa siri jelajah blog2 pmpinan PR...

    lu kasi henjut pasal lu punya hangin kat segala jenis2 bangsat yang lu xpuas ati..

    lu berhujah dalam blog anwar ka, blog sapa2 la yg lu rasa bleh tolong cuba try test forward kebencian lu kepada pihak anwar..

    pulun beb..lu kena pulun lagi..

    gogogo! camna pon wa sokong lu beb.. kepala hotak lu memang 'perghhh'... wakakaka

    -bukancalon-

    ReplyDelete
  6. macam masuk blog umno je,,takut salah rumah kot.....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.