Skip to main content

Bodohnya Najib.

Oleh : AdukaTaruna

Semenjak baik dari demam ni, gua tak insap2 plak. Kerap plak membodohkan orang. Kuang3. Bodoh gua kata bodoh, bangsat gua kata bangsat, pandai gua kata pandai, bagus wa kata bagus. Semua tu ikut kayu pengukur suka-suki gua sendiri la.

Skang ni, merujuk Bukit Gantang, dengan mengenepikan seketika Kuala Terengganu, sekan mengiyakan sokongan Melayu kepada BN mula majority. Majority la. Bukan petanda Melayu dah kembali kepada UMNO. Sebab 47% jer. Lain la kalau 60-100%.

So, dah orang Melayu sokong lu, yang lu sibuk berjuang untuk bangsa lain apsal? Lu kan parti perkauman. MeCD dimansuhkan la, Satu Malaysia la, etc. Kalau nak tarik sokongan bangsa lain, dulu, masa bukan Melayu 60% ke atas sokong lu pun, lu musnahkan juga kepentingan Melayu.

Biasiswa, tanah2 rezab, etc. Pelik gua. UMNO ni, sama ada Melayu sokong atau tidak, perjuangan dia menjahanamkan Melayu.

Tapi macam biasalah, Melayu ma... kuang3..

Comments

  1. sebenarnya... poll pembaca glemer tu utk galakkan org komen kat blog ni

    bila ramai org komen... takde la nampak macam syok sendiri sangat blog ni

    hahaha

    ReplyDelete
  2. pjuangan mhapuskan melayu kot..haha

    sepatutnye
    dah lama berjuang
    melayu pas,melayu umno,melayu pkr
    byk dpt kemudahan
    or keistimewaan
    tp makin lama perintah
    makin abis lupus bede
    yg org melayu miliki...haha

    pastu claim,
    pjuangan melayu...haha

    ReplyDelete
  3. konsep satu malaysia yang dibawa najib razak lebih cenderung kepada memenagi hati kaum bukan melayu yang telah menjauh dari menyokong kerajaan kini.

    Sebagai bukti, pemansuhan MECD meragut keistimewaan yang dikecapi oleh melayu, dimana pelbagai kemudahan disediakan khusus untuk orang-oarng melayu selama ini telah hilang sekelip mata.

    Walaupun janji dibuat, hak melayu tetap diutamakan, tetapi sejak awal lagi saf kabinet baru menampakkan penghinaan kepada melayu.

    Koh Tsu Koon dilantik sebagi menteri di JPM, dengan tugas untuk perpaduan dan memantau prestasi menteri-menteri dan timbalannya, adakah beliau seolah-olah timbalan perdana menteri kedua???

    Dalam PRK Bukit Gantang,boleh dikatakan hampir tiada undi dari kaum cina, dan jarang nampak pemimpin mca atau gerakan yang turun padang membantu pihak umno. Tiba-tiba mereka ini diberi tempat dalam kerajaan.

    Kita boleh terima perkongsian kuasa, tetapi perkongsian hanya untuk yang menang, bukan yang kalah macam Koh Tsu Koon. Apakan Najib dah hilang pertimbangan???

    Saya menyeru..wujudkan semula MECD, buang menteri yang x patut dilantik...ATAU...menerima keklahan yang memalukan dalam beberapa PRK yang mendatang dann PRU13 nanti.

    Nantikan...

    ReplyDelete
  4. orang yang komen
    dalam blog ni
    dah lama
    sejak setahun lalu

    poll tu
    baru aje seminggu
    dulu mereka pun tak tau
    ada poll ni

    cuma Cherry hairan
    yang jarang bagi komen
    atau bagi komen merapu
    komen tak membina
    tinggi pula undinya

    agaknya
    kalau di pejabat tu
    ada 50 komputer
    semua access blog ni
    untuk undi dia

    tak telus macam tu
    walaupun untuk suka-suka
    tapi ada yang anggap serius
    sampai sanggup berusaha
    tambahkan vote diri sendiri

    itu pandangan Cherry saja
    maaf kalau ada yang terasa

    ReplyDelete
  5. hahaha...post lain comment lain..
    ini lah keje melayu, orang cakap benda lain dia sibuk hal lain...
    bila dah tertinggal dia salahkan orang..
    wa x kutuk sesapa di atas, ni cuma generalize je..sama ah cam dak AT, suka suki je kata org melaka bodoh..haha

    satu benda wa paling berbulu kat umno ni pasal perjuangan melayu lah..
    mcm lu kata, dulu orang melayu totok semua sokong dia xde plak dia nak tolong...
    sekarang cket2 perjuangan melayu..
    pigi dahh! wa xkesah dipanggil melayu yg bodoh cam AT kata, tapi jangan panggil wa melayu umno..
    sebab diorang bukan bodoh..diorang pandai..putar belit, rasuah, bodek, dasar penyapu...
    kan dah emo dah..isk

    -orang jauh-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.