Skip to main content

Apabila orang lama berjawatan di masa kini.

Peringatan kepada badan penyiaran

KUALA LUMPUR 14 April - Stesen radio kerajaan dan swasta diberi amaran supaya tidak memutarbelitkan kenyataan mana-mana pemimpin sehingga boleh menjejaskan keharmonian kaum di negara ini.

Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim berkata, beliau tidak akan berdiam diri terhadap mana-mana stesen radio yang melanggar garis panduan yang telah ditetapkan.

''Kita ada lunas undang-undang untuk semua penyiar termasuk stesen kerajaan dan swasta. Oleh itu mana-mana pihak yang melanggar undang-undang akan dikenakan tindakan sewajarnya,'' kata Rais ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau diminta mengulas program yang ke udara melalui saluran radio Ai FM pagi ini antara lain membincangkan intipati wawancara Mingguan Malaysia bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Program sejam yang ke udara pukul 9 pagi itu membuka ruang kepada pemanggil untuk mengulas kenyataan Muhyiddin berhubung kekalahan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Bukit Gantang dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau baru- baru ini.

Orang lama beb. Fikrah kuno. Tahun 60an punya bakar jambatan. Nak pegang satu jawatan yang memerlukan perubahan mendesak. Gilo. Lu nak sekat apa beb?



Comments

  1. haha selama ni media2 putar belit kenyataan TGNA xde menda pown..
    tanya soalan lain, kuar berita soalan lain..
    baru kena sekali dah kecoh..
    wa nak keluar topik cket..haha
    sukati wa ah comment wa..(AT kan suka guna ayat nie..hahaha)
    cuba lu pergi depan mat saleh, lu panggil diorg racist..konpem lu masuk icu 5 bulan..haha
    padahal diorg lah yg cop org arab semua terrorist..
    cuba lu panggil melayu racist..lu agak2 ape dia balas..
    ada x bunyi2 mcm ni:
    "dah banyak dah kita ni orang melayu korbankan utk diorg"
    or "kalau kita xtolong melayu siapa lagi nak tolong"...
    if you know what i mean...

    -orang jauh-

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.