Skip to main content

70 000 sambut Najib beb.

  1. NAJIB Tun Abdul Razak bersalaman dengan masyarakat pelbagai kaum yang menyambut kehadiran beliau pada majlis sambutan sempena pelantikannya sebagai Perdana Menteri di Padang Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) 1 di Kuantan, semalam. - MINGGUAN/ RUSHDI SALLEH

Hahaha. Gua tak nak ulas bab 70 000 tu, tapi gua nak ulas teknik pemberitaan Utusan.

1. Gua tercari2 gak kalau wujud gambar yang berperatus tinggi diedit macam zaman Paklah. Masa zaman Paklah, 2-3 kali gak kalau tak silap gua Utusan guna teknik superimpose. Tapi tak nampak pulak kali ni. Satu hal la. Bab paksa semua agensi kerajaan hadir bab lain.

2. Gambar tu pulak menggambarkan satu Malaysia. Haha. Pelbagai etnik ma. Susah gak tu nak dapat situasi camtu. So, gua tuduh tanpa bukti, upahan ma. Mereka diberi bantuan laluan menghampiri Najib. Then, klik. (abanghensem gua percaya tak paham, sebab mata dok usha awek tudung putih dalam tu)

3. Highlight penting camni, gua pelik nape utusan tak siarkan Rosmah beb. Berita Harian pun gua tak jumpa. Najib sensorang jer. Apakah media UMNO tahu yang dugong air tersebut, ex girl friends dugong_darat (blogger tanah air), adalah liabiliti kepada pembinaan jenama Najib?

Comments

  1. awek umno ada gak noo yang cun..

    wakaka...

    -bukancalon-

    ReplyDelete
  2. wah!!!.... lu tau wa dok usha awek tudung putih tu..... baru jer terniat dalam benak wa nak tanya sapa kenal awek tu..... lu dah sound wa awal².... hadoih!!!... tensen wa ni....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  3. Gua pun nak jugak laaa.... cun tuuuu... lemah badan gua....

    ReplyDelete
  4. 'Awek' tudung kuning pakai sun glasses tu xdak yg berkenan ke?

    -mak awek

    ReplyDelete
  5. untung la mamat mic blakang awek tudung putih tu.. siap main himpit2 lg. keh keh keh

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...