Skip to main content

Updated Bukit Gantang. - UmmiAnni.

hari ini dah 27 Mac 2009..banyak cerita yang tak tulis lagi...sepanjang 4 hari di Bukit Gantang hari tu..tak banyak yang dapat nak tulis...start Rabu lepas ummi sampai ke Trong..terus lapor diri untuk bertugas...tapi tygas ummi ada 2..satu sebagai petugas parti dan satu lagi sebagai bloggers..sebagai petugas parti ummi bertugas di Trong..kalau blogger merata tempat ikut arahan..

Khamis ummi bergerak ke Pengkalan Hulu bersama BlogNet untuk mewawancara Pak Teh...misi adalah untuk mengetahui perkembangan permohonan tanah yang Pak Teh buat untuk sekolah pondoknya...kisah Pak Teh ni DS Nizar selalu sebut bila dia berceramah..maka hari khamis lepas ummi dan team BlogNet dapat berdepan sendiri dengan tuan punya cerita dan lihat sendiri persekitaran pondok Pak Teh...video rakamannya akan diterbitkan tak lama lagi...nak cerita apa yang Pak Teh cakap dana pesanan2 dia terhadap pemimpin dan rakyat..banyak sangat lebih baik tunggu video dia boleh dengar sendiri apa luahan hati dia...



Tanah luas terbentang dekat belakang sekolah tu lah yang sekarang dah jadi hak milik Pak Teh sampai bila-bila dengan bantuan Kerajaan Pakatan Rakyat... nak harap KERAjaan HadHari? sampai bila tak tau la dapat...


kebun yang diusahakan oleh pelajar pondok Pak Teh dan Pak Teh sendiri

dari Pengkalan Hulu kami bergerak ke Grik..kampung Rui untuk berjumpa dengan penduduk kampung baru yang telah menerima geran tanah hak milik kekal...bila lihat wajah2 mereka nampak kegembiraan mereka kerana selam ini kata mereka hidup sentiasa dalam kebimbangan..apa tak nya kata salah seorang penerima geran kekal tu..dulu sebelum dapat geran ni bila2 masa saja mereka boleh dihalau..itupun dah terdapat 3 perkampungan yang telah diambil dari penduduk alasan untuk pembangunan...

dulu tempoh pajakan tanah adalah 30thn..maka setiap 30thn mereka kena membuat permohonan baru....ada yang dah tinggal disana sejak mereka lahir sehinggalah dah beranak bercucu..tapi masih lagi hidup menumpang bak kata mereka.."mau mohon tanah sama kerajaan(BN) macam tunggu loteri...kalau ada nasib dapat..kalau takda kena mohon lagi...itu pun kita punya borang depa simpan dalam peti ais..takmau kasi rosak..lambat mau bikin..ini Nijar dia kasi hak kekal..hati pun banyak senang..tapi sekarang itu BN sudah kacau ..tak tau apa macam lagi banyak orang belum dapat.." masa tu sudah 11 orang yang dapat geran hak kekal..tapi masih ramai lagi permohonan mereka yang dalam proses..

Balik dari Grik ummi terus balik ke Trong...petugas muslimat masih lagi bertugas..mereka menghadiri majlis bacaan Yassin dan menziarah penduduk setempat...besan tuan rumah yang menjadi tempat penginapan ummi ada buat kenduri kesyukuran..maka sampai ke petang baru kawan2 ummi balik dari bertugas...malam pulak ada ceramah di Sg.Tinggi..penceramah Mat Sabu..dan dia satu tempat lagi di Bukit Chempedak...yang asalnya patut dibuat di Simpang tapi disebabkan gangguan polis maka terpaksa pindah ke Bukit Chempedak..penceramahnya DS Nizar dan DS Anwar Ibrahim...

Hari Jumaat..inilah hari yang kami terjumpa dengan risalah biadap menghina sultan dan mufti..korang boleh baca disini

Sabtu 21hb Mac 200muslimat mengadakan majlis sambutan hari wanita...sukaneka PASTI di 3 lokasi yang berasingan...Trong..Kuala Sepetang dan Changkat Jering...ummi sempat ke 2 lokasi saje..Kuala Sepetang ummi hantar Sya dan Zura sebagai wakil Sri Kandi PKR..ummi duk dalam kereta aje masa tu ..perut meragam sikit...kemudian kami bergerak ke Trong untuk meraikan program tersebut...







acara yang diadakan seperti pameran..membuat kek dan melelong kek...cabutan nombor bertuah..sukaneka anak2 PASTI..


kami dijemput juga untuk memenuhi undangan walimatul urus seorang penduduk tempatan...selamat pengantin baru buat kedua mempelai...



sebelah petang ada majlis Hi-tea di Simpang...kami gerak dari Trong menuju ke Changkat Jering..turun aje dari flyover dari jauh nampak satu kumpulan manusia yg berbaju kuning...kami kata takkan ada perhimpunan BERSIH pulak kat sini..barisan moto2 dah siap sedia diletakkan di jalan..mungkin ada perarakkan bermotor kot...anjuran BN...





[DSC05330.JPG]

majlis Hi-tea dan pelancaran jentera wanita PR dengan slogan 'Kita Bersaudara' 'We Are Brothers'...dikesempatan itu juga sambutan Hari Wanita dibuat dimana semua tetamu diberikan setangkai bunga setiap seorang..tetamu yg hadir dari berbilang kaum...diserikan pula dengan persembhan budaya 3 kaum..melayu ..india dan cina....

[DSC05426.JPG][singa.jpg]

selepas selesai majlis tu ummi terus ke rumah blogger yg baru..pasai ummi tak berapa boleh nak lepak kat tempat lama tu...sesuatu yang tak menyenagkan kat rumah blogger yg di Taiping tu...kemudian ummi balik ke Trong untuk siap2 balik ke Bagan Datoh...

InsyaAllah..ummi akan turun lagi Sabtu ni untuk penamaan calon pada hari Ahad nanti....

sekarang team ke-2 dari muslimat Bagan Datoh sedang bertugas di Trong...semalam laporan yang ummi terima mereka masuk ke Kg Baru..dari 9.00 hingga 11.30 pagi..rumusan yg dapat dibuat..rata2 pengundi yang berumur 40 thn ke bawah terang2 menyokong kita..40 thn keatas..masih dalam samar2..insyaAllah tak lama lagi terang la tu..pasal bulan akan bagi nampakkan cahayanya...

petang semalam mereka di program ke majlis minum petang bersama masyarakat cina bersama DS Nizar di Trong...

hari ini...petugas akan bergerak ke Kg Salak Baru..apa cerita tunggu depa balik...

wallahualam..

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...