Skip to main content

PPSMI : Mana Anwar?


Oleh : AdukaTaruna

Wa tak tahu setakat ni, apa pendirian PKR terhadap PPSMI. Tetapi melalui beberapa bacaan, wa difahamkan, PKR membantah PPSMI juga. Lagipun Anwar jenis pukul borong, asal mendapat kelebihan politik. Jenis tiada pendirian yang mahu disandarkan seperti Al-Quran dan Hadis.

Mungkin wa silap. Tetapi setelah dicari semampu wa, wa tak nampak mana-mana kelibat elite PKR, beb. Memang elite PAS pun ada yang tidak hadir, tetapi, dengan kehadiran Mr. Presiden, sudah cukup menunjukkan hala tuju PAS dalam isu ini.

Untuk tajuk DAP pula, wa difahamkan DAP pro PPSMI. Dong Zhong juga mengambil sikap berkecuali. Macam gua kot. Hahaha. Mesti wa kena tuduh DAP nih.

Kembali kepada persoalan ni, wa mempertikaikan di mana Anwar? Kalau dia tidak hadir, apakah alasannya? Berjumpa dengan PM Turki berbincang dengan gerakan khas menghentikan pencerobohan Israel? Perghhh.... wa tidak semudah itu nak ditipu beb. Citer nak world jer.

Jadi, seandainya Anwar ada, tapi wa yang bongok tak jumpa, abaikan persoalan wa. Yang wa tagih ialah alasan ketidak-hadiran Anwar. Wa mahu tahu. Lu jgn mempersoalkan kehadiran wa pulak. Wo nobody n 50-50 jer soal PPSMI ni.

Tahniah kepada rakyat pro GMP.

Walaupun pendirian tak sama, wa ucapkan tahniah, dan bangga kepada Hasbullahpit, uma, kak memot (datang dr Johor tu beb), Amdang81, dan semua pro GMP yang hadir, dan pro GMP yang memberi sokongan dari jauh. Wa memang caya sama lu orang.

Comments

  1. Hmmmm... perlu ke nk cari Anuar pasal isu PPSMI sebenarnya???

    Ni isu pendidikan, masa depan anak bangsa Malaysia, buat apa nk politikkan isu ni?? Ada korang pikir pasal aku budak yg TERLIBAT SECARA LANGSUNG dalam program ni??

    Sedarlah, DAP tu pro PPSMI sebab kalau patah balik ke BM pun, diorang tak rugi apa-apa. Tapi belajar PPSMI lagi untung, dapat menguasai satu lagi bahasa, selain dari DUA lagi penguasaan bahasa mereke; Mandarin (tambah dgn seribu satu dialek) dan Melayu. Org Melayu?? Satu bahasa je?

    Daripada membuat demo jalanan yang x bermaruah, baik la pikir balik apa pengisian untuk martabatkan Bahasa Melayu.

    Penulis bagitau sikit apa yg penulis tau pasal PPSMI. Penulis terlibat secara langsung ke?

    ReplyDelete
  2. Wa tak tahu apa pun tentang PPSMI ni bro. Hehehe....

    Orang bangkang wa bangkang, orang sokong wa sokong. Kuang3.

    ReplyDelete
  3. lu 50-50 dalam isu ppsmi? kalu itu macam wa anggap lu 100% talam dua muka atau lebih tepat lu adalah saudara kembar Ibrahim al-kataki!

    ReplyDelete
  4. hehehe.... teruk lu kena hantam sebab 50-50 pendapat lu pasal ni.... bagi wa tak kesah la pemimpin mana nak pegi kat demo semalam tu...... cumanya bagi pendapat wa elok sangat la pemimpin PAS ada kat sana....... sekurang²nya rakyat boley nampak pemimpin mana sanggup berjuang bersusah payah untuk rakyat..... walaupun ni bukan perhimpunan politik tapi bagi wa PAS masih juga menerima milage politiknya..... kena terima hakikat ni..... ni akan mengubah sokongan rakyat.... yang sokong BN mungkin akan berpaling tadah.... penyokong Pakatan Rakyat plak mungkin tukar kem secara baik..... untu jangka masa panjang saham ni dapat kat PAS.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  5. Sekarang ni bukan soal bersusah payah untuk rakyat tapi soal mencemarkan institusi pendidikan yg mulia di jalanan.

    Semua org tahu yang HANYA melalui pendidikan, sesuatu bangsa dan negara boleh maju. Tapi sememangnya demo yg diadakan memang mencemarkan institusi ni. Lebih kurang melabel pendidikan di Malaysia ni satu mainan politik. Bukan tak tau dulu bila PAS tubuhkan Sekolah Agama Rakyat sambil menyebarkan dakyah politik mereka.

    Dan paling menyakitkan hati, peserta2 demo yang konon2nya nk memartabatkan Bahasa Melayu sebenarnya bukan pernah dengar syair ke kt RTM, baca paper berbahasa Melayu BAKU mcm Utusan etc. Setakat baca Harian Metro yg penuh dgn kesalahan tatabahasa tu Melayu la sangat. RTM tak tengok sbb berat sebelah dan pro-Kerajaan kan... Baca Harakah tu "suara rakyat" la sangat...

    ReplyDelete
  6. mohamad zulhelmi, kau tau tak ppsmi ni buang masa? org belajar mate nak kuasai ilmu mate, belajar sains nak kuasai ilmu sains. bukan belajar kedua2 tu utk kuasai ilmu bahasa. setelah enam tahun, apa kebaikan ppsmi terhadap bidang sains dan matematik para pelajar kita? yg aku tahu semakin merudum. kau baca tak laporan TIMMS negara kita mengalami kejatuhan tertinggi dlm kalangan 59 negara dlm kedua2 mpelajaran tsebut? sekarang ni kita dah terlebih2 nakkan bahasa inggeris sampai mengenepikan ilmu sains dan matematik. ppsmi ni dah terang2 satu dasar yg salah.

    ReplyDelete
  7. Lu jgn mempersoalkan kehadiran wa pulak. Wo nobody n 50-50 jer soal PPSMI ni.<---- kalu nak jd penCELAKA pun jdla 100%, 50-50 nih cam lubang biawak je @ lidah ulau keguane

    ReplyDelete
  8. wargh!!!! hahaha..... belajar math n sains ngan BI untuk tingkatkan BI???? hahahahahaha.... abis tu camne lak prestasi math n sains yang teruk tu...... belajar la BI sampai boley tahap mana pun..... kalau sains n math hancoooo.... apa guna?????......... apara..... nak tingkatkan BI belajar la BI.... bukan belajar math n sains ngan BI.... ni orang bangang jer pk camtu......

    -abanghensem

    ReplyDelete
  9. Negara Jepun tetap dgn bahasa jepun nya yg pelik je bunyi tpi teknologi mereka bukan main canggih lagi.

    Tak boleh ke malaysia wat camtu??

    BlueHope konpius sebnarnya dgn isu2 PPSMI nih. Mcm ok tak ok je....

    Anyway, visit BlueHope's blog. Salam....

    ReplyDelete
  10. Dah 6 tahun PPSMI, merugikan anak bangsa Melayu.

    Dah 20 tahun lebih Proton, masih buat kereta macam haram, sub-standard, hanya negara dunia ke-3 je nak pakai Proton. Di China, mereka gemarkan kereta2 Europe.

    Jadi, tutup Proton?
    20 ribu pekerja, pedulikan mereka, biar menggangur. Kilang Proton kita jual.

    Beli kereta luar negara lebih murah, kualiti tinggi.

    Itulah logiknya kalau kau katakan, 6 tahun, kesian anak2 Melayu..tak dapat apa.

    20 tahun Proton, apa yang rakyat Malaysia dapat.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...