Skip to main content

PKR buat bangsat lagi...

Amizudin guna media tekan pemimpin atasan PKR

BUKIT MERTAJAM 5 Mac - Terpaksa menggunakan media untuk memberi tekanan.

Begitu pengakuan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kepala Batas, Amizudin Ahmat yang mengakui menggunakan media tempatan untuk memberi tekanan kepada pucuk pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya bertindak terhadap dua pemimpin PKR negeri yang didakwanya melakukan penyelewengan.

Dalam isu itu, beliau mendakwa salah seorang daripada dua pemimpin berkenaan menerima sejumlah wang daripada perusahaan kuari manakala seorang lagi melakukan penyelewengan tanpa menyebut jenis penyelewengan itu.

Amizudin bagaimanapun enggan mendedahkan nama dua pemimpin terbabit sebaliknya menegaskan akan mendedahkannya apabila dipanggil oleh Jawatankuasa Khas Siasatan parti itu untuk memberi keterangan, Sabtu ini.

"Tunggulah Sabtu ini, saya akan serahkan segala bukti yang ada dan berharap jawatankuasa berkenaan akan meneliti dan menyiasat dengan seadil-adilnya," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Dakwaan mengenai penyelewengan dua pemimpin PKR terbabit dibuatnya pada 26 Februari lalu dalam sidang akhbar di pejabat Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

Amizudin mendakwa, beliau mempunyai bukti dan dokumen termasuk slip bank mengenai transaksi kemasukan wang ke dalam akaun peribadi salah seorang yang didakwanya terbabit menerima wang daripada perusahaan kuari.

"Saya tidak sebut dua pemimpin tinggi PKR negeri ini terlibat dengan rasuah.

''Saya sendiri tidak tahu duit apa yang diterima tetapi yang saya nyatakan, saya ada bukti tentang itu," katanya.

Menurutnya, beliau kecewa kerana tiada tindakan diambil terhadap dua pemimpin berkenaan walaupun telah menyerahkan dokumen berhubung isu itu pada 8 Januari lalu kepada Presiden parti.

Dalam pada itu, Amizudin menyatakan rasa tidak puas hati kerana dirinya pula dituduh melakukan penyelewengan.

Katanya, beliau dituduh menerima rasuah berjumlah RM5,000 sebulan daripada kuari berkenaan, mempunyai empat buah kereta dan mendedahkan perihal dalaman PKR Pulau Pinang kerana jawatannya sebagai Ahli Majlis MPSP tidak lagi disambung.

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...