Skip to main content

Penjelasan Kerajaan Perpaduan (2)

Oleh : AdukaTaruna

Edisi pertama :
Di sini.

Sehingga salah satu ditendang.


Yang ini adalah kemuncak kebodohan kepada penubuhan Kerajaan Perpaduan. Ini yang lebih dibimbangi. Kerajaan Perpaduan bermakna UMNO masih memegang agensi kusa. Apabila UMNO atau BN itu masih memegang agensi kusa, bermakna perlembagaan atau undang tiada berguna. Ia boleh dilanggar.

Atau ayat lainnya, salah satu ditendang bermaksud PAS atau komponen BR yang lain menjadi mangsa penendang. Kerana kuasa menendang terletak kepada siapa yang menguasai agensi kusa.

PRU13 atau sehingga keadaan gawat semasa ini tamat.

Jika target masing-masing hanya sehingga PRU13, atau sehingga kemelut ekonomi berkurangan, maka, para parti politik perlu membuat kefahaman awal tentang tempoh itu. Rakyat tidak boleh diperbodohkan. Rakyat perlu diperjelaskan.

Untuk itu, timbul satu persoalan. Wujudkah perjanjian tempoh Kerajaan Perpaduan kelak? Dan sekiranya wujud, adakah asas Kerajaan Perpaduan ini diterima oleh semua parti politik? Dan turun ke bawah lagi, adakah rakyat menerima asas ini?

Jadi, pi mai, pi mai tang tu. Antara telur dan ayam, yang mana dulu. Berpusing2 dan merumitkan lagi keadaan. Kejar pangkal, hujung lesap.

Keburukan yang berlaku.

Idea tulen dari ulama Melayu Hadi ialah Kerajaan Perpaduan. Tidak timbul soal penyatuan Melayu. Hadi mahu semua parti politik mengambil bahagian dan tinggalkan sementara politiking bangsat ala Anwar-PKR. Lompat-melompat, sedekah seks, rasuah, beli-membeli, liwat, gambar lucah dan sebagainya.

Tetapi, anda lihatlah bagaimana UMNO menterjemahkan signal Hadi. Kerajaan Perpaduan diterjemah UMNO sebagai penyatuan Melayu, pergabungan UMNO-PAS, DAP si sanggah anti penyatuan Melayu, UMNO-PAS impian Melayu dan sebagainya. Ini keburukan nombor 1.

(bersambung...)

Comments

  1. Salam. Aduka, lu tahu ke apa bentuk kerajaan perpaduan ni? Wa rasa, lu tunggu dulu apa kebendanya, baru boleh pukul.

    Nampak gayanya, lu pinjamkan andaian lu pada pelopor kerajaan ini ( ust Hadi ) then lu hentam balik dia atas pinjaman lu. Mana aci.

    Betuika akan ada yang kena tendang? Takut sakit ka sampai takut kena tendang? awat dulu kena tendang? Salah bergabung ka salah tak pandai nak runding?

    Jika falsafahnya betul dan oleh terima, cukup la takat tu dulu. Nak kira semua teknikal dan situasi, bergabung ngan DAP di Perak juga satu contoh baik, falsafah bagus dan teknikalnya tak bagus. Tapi, setiap kelemahan pada teknikal dan situasi, ada jalan penyelesaiaannya.

    Mmmm kut kita sorang aje suka kutuk otak sendiri!

    ReplyDelete
  2. Bro, tunggu terjadi dulu, baru pukul bukan cara gua bro.

    Cara gua ialah kemukakan proposel dulu, dan pukul-memukul secara hujah. Semua open.Kemudian baru leh dapatkan keputusan nak buat atau tidak.

    Kalau buat dulu, then baru bagi dalil, itu bukan cara gua. Siyes beb. Wa akan pupuskan cara kono itu semampu wa.

    Malaysia menghampiri dunia terbuka. Nak jadi pemimpin kena berani. Kemukakan idea dan cadangan secara terbuka, dan hadapi pukul-memukul secara terbuka.

    Kalau tak nak, dan rasa tak sesuai berhadapan dengan tahun 2009, kembali di rumah bersama fikiran tahun 60an.

    ReplyDelete
  3. wa pun dok tunggu penjelasan apa itu kerajaan perpaduan..... adakah fungsi untuk piluhkan ekonomi saja.... adakah keajaan perpaduan ni kesinambungan dari muzakarah "underground" dulu.... atau pun sekadar berhenti berpolitik sementara ekonomi dalam kegawatan.... camne plak status negeri dibawah pembangkang..... adakah akan disisih seperti dolu² juga atau pun diberi bantuan sama rata..... camne plak dari sudut kementerian..... adakah sebagai menteri akan diagih²kan bersama pembangkang.... bila berlaku PRK camner plak...adakah akan tiada PRK lagi..... atau kerajaan perpaduan ni sekadar PR sebagai tempelan jer.... bila BN rasa kuat seksok dushhhhh.... melambung PR kena tendang..... ada sapa² boley bagi penjelasan.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  4. Wa stuju dgn buah fikiran lu ttg Kerajaan P'paduan (KP). Byk item sebenarnya perlu diperhalusi sblm keputusan dibuat.

    Setelah b'fikir2, wa menuntut bbrpa prka jika KP setuju ditubuhkan :

    1. Objektif KP bkn sekadar ekonomi, tp lebih dr tu. Politik & pentadbiran, sistem pendidikan, sosial & sistem masyarakat, da'wah & agama, kebajikan rakyat & hak asasi manusia dsb (walaupun sejarah lampau & keadaan semasa m'perlihatkan UMNO agak mustahil utk stuju dgn item2 tu).

    Ni dah kira cam reform la, haha. Lu org bayang, KP stuju engange bab ekonomi tp bab pendidikan saling b'perang. Bole hidup ka?

    2. KP bkn sekadar kerjasama antara parti politik, ttp jg NGO, ahli akademik, pakar professional, atlit dsb.

    Nak pulih ekonomi, byk b'gantung pd kuasa veto para menteri. Suara pakar penasihat b'setuju A, tp menteri nak B sbb x nak Kelantan dpt duit. Lu org bayang, bole bantu ekonomi ka?

    Politik hasad dah sebati bro. So letak je expert figure yg x de kepentingan m'uruskan item2 t'tentu demi memenuhi tuntutan penubuhan KP.

    3. Entiti2 yg b'setuju & b'sepakat dlm penubuhan KP ni perlu kemukakan rangka pelan tindakan & manual p'laksanaan t'hadap usaha2/aktiviti mrka dlm memenuhi item2 di atas setelah KP t'tubuh. Kabinet bayangan pun kena expose.

    Rakyat pakat2 tgok. Rakyat berhak dpt p'jelasan & meneliti manual tu. Rakyat diberi ruang utk bg komen & ulasan. Tempoh ms diberi utk rakyat wat penilaian & keputusan. Sistem dipinda mengikut kesesuaian & p'setujuan.

    Finally baru cite +ve @ -ve. Suara rakyat jadi penentu.

    ReplyDelete
  5. lelaki_ini, geng lu rupenye...
    x kan berg geng lu gak,bro...haha

    ReplyDelete
  6. Wa berkecuali dalam tajuk nie... secara tektikalnya wa cenderung pada TGNA... hehe... tapi wa x tolak pendapat TGHH... mungkin kita tafsir kot lain... apa yang dia nampak kot lain... pandangan orang berilmu nie selalui mendahului zaman...

    so, wa istiharkan diri duk perati je gelagat si duka ngan uma nie... wakaka

    ReplyDelete
  7. Uma, sokongan wa pd KP b'syarat. Jika syarat2 tu diabaikan, wa tolak KP.

    Pilihan rakyat telah menaikkan PR dlm PRU lps. So kali ni pilihan rakyat jg perlu jd penentu, kepentingan rakyat no.1.

    ReplyDelete
  8. Daripada penat2 memikirkan dan merangka draf kerajaan perpaduan tu lebih baik fokus kepada pelan asal. Hadi pun cuma pandai kemukakan cadangan tapi pengisiannya tak dijelaskan. Yang kena jawab Nik Aziz.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...