Skip to main content

Pening politik? Kita releks dulu.

Oleh : AdukaTaruna

Wa ada satu story-morry nih. Masa wa kekecik la. Masa tu pantang kenduri lepas Isyak kat mana-mana rumah, pasti kitorang akan main polis-pencuri. Masing2 cam biasalah, pakai T-shirt hitam. Sebab senang nak menyorok dalam gelap. Dulu mana ada lampu jalan.

Cara kitorang bagi2 ahli antara 2 kumpulan macam biasalah. One Two Jus dulu. Dengan riak dan bongkaknya, wa maklumkan wa mesti menjadi rebutan pertama punya. Kuang3.

Pendek cerita selesailah upacara membahagi kumpulan. Skang wakil antara kumpulan kena One Two Jus sekali lagi. Sapa menang jadi pencuri. Best wo melarikan diri nih. Hahaha. Takda siapa suka jadi polis. Ni takda kena-mengena hal Perak tadi nih.

Kawasan tmn perumahan wa dah macam kampung. Tanah lot sebijik2. Banyak pokok2 dan kawasan melarikan diri. Dulu, stail orang kampung buat jamban atau bilik air, mesti bahagian atas dinding buat 'batu bunga'. Kira macam laluan angin la.

Pendek cerita team polis mengejar team wa. Time bincang dah sepakat. Kalau terserempak dengan team polis, lari secara berpecah. Tapi, bila terserempak, mana gua lari, diorang ikut. So, terjadilah satu upacara team polis mengejar team pencuri secara berjemaah giteww. Hahaha.

Wa lari masuk satu rumah makcik kepoh. Kitorang panggil dia makcik kepoh. Semua ikut lari. Team polis mengejar dengan laju sekali.

Bila sampai kat belakang rumah makcik kepoh tu, Tiba-tiba team wa, yakni team pencuri terpelanting secara jemaah gak. Wa pedih bahagian tekak. Rasa nak menangis beb. Ada yang pedih bahagian dahi. Member wa si pendek tu lepas, dan terus hilang melarikan diri.

Rupa2nya team wa langgar dawai sidai kain. Wakakakaka. Berterabur sepit kain makcik kepoh tu wa cakap lu. Keadaan kecoh. Team polis kalau nak tangkap kena bilang 1 sampai 3 untuk sahkan dah ditangkap.

So, diorang pon sibuk tangkap sampai bilang 1, 2, 3 untuk sahkan tangkapan. Tiba-tiba makcik kepoh keluar beb. Bawak kayu mop.

Dengan sumpah seranah dia kejar kitorang beb.

"Ni mesti anak ***** punya kerja ni! Korang intai aku mandi yeeee!!! Kurang ajar punya budak." Nama bapak gua kena petik beb. Sebab gua blacklist kat area tuh. Hahaha.

Hilang pedih tekak wa. Terus lari wa cakap lu. Tak pandang belakang punya. Makcik kepoh tu dah macam dinasour dah wa rasa. Dia kejar dengan berkemban beb. Seb baik suami dia takde. Sebab hadir kenduri.

Sekali wa dengar bunyi nangka jatuh beb. Makcik kepoh tersepak dawai sidai kain yang putus tadi. Kah kah kah. Seb baik wa dah jauh meninggalkan rumah tu. Kalau tak wayang free beb. Wayang free wa cakap lu!

Lepas tu macam biasa. Wa kena soal siasat dengan abah gua. Huhuhu....

Comments

  1. Bro. seb baik lu x tgok wayang free tu. Kalo x, hilang selera makan lu seminggu. Makcik Kepoh ma.. bkn Rita Rudaini, haha.

    ReplyDelete
  2. dah lu main ngan budak2 kecik, mesti ah org berebut nak geng ngan lu..
    wa memahami perasaan budak2 kecik yg dapat title tayar pawau..
    time tuh xpaham lagi pesal dapat title..haha, rasa canggih ah ada gelaran...

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  3. Kelakar jgk citer lu..
    Nasib baik tak putus leher..
    Gua tgh tunggu lu punya komen pasal bersidang bwh pokok semalam..

    ReplyDelete
  4. hahaha...... semasa kecik dolu² pun wa penah gak kena tuduh skodeng.... nak ke surau umah wa kena lalu belakang umah orang yang ada tandas/ bilik air.... satu ari ada sorang mamat dok ngendap satu bilik air..... keesokan bising pasal kes tu.... apa lagi wa la kena tuduh..... alahai ..... orang nak pegi surau di tuduhnya pegi ngendap.... teruk wa kena kat arwah ayah wa..... tapi redha la....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Simpang Renggam adalah University Jenayah Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Ada 2 tajuk berbeza pada gua dalam isu Simpang Renggam. Mekanisme pencegahan rekrud baru Pusat Tahanan itu sendiri Mekanisme pencegahan rekrud baru. Yang ini gua rasa KDN perlu ambil serius. Memang terjadi dan berleluasa rekrud-rekrud baru muncul dari dalam suasana penjara. Golongan penjenayah persendirian akan berbaiah dengan kumpulan gangster dari dalam penjara. Dan membentuk kumpulan yang besar apabila keluar. Kita tolak sebentar dahulu kes untuk bangsa India, kita rujuk satu sejarah Pak Long Burung Pengasas 36. Kumpulan Gangster Melayu. PEKIDA dan gangster Cina adalah satu entiti yang berbeza sebenarnya. Gangster Cina mempunyai fahaman komunisme, mempunyai sistem pengenalan diri komunis, buah-buah komunis, etc. Manakala PEKIDA menyerapkan budaya Arab dan berfahaman Islam (sekarang sudah sesat). Pak Long Burung (arwah) adalah pangkat 'Abang Besar' dalam PEKIDA. Akan tetapi, apabila berada dalam penjara, dia direkrud dengan unsur-unsur gangste