Skip to main content

Member UMNO wa.

Oleh : AdukaTaruna

Wa ada sorang member. Pangkat bro gak la. Walau berstatus Ketua Pemuda Cawangan, tapi tak jumud atau karat lah. Maybe sebab dia kaki internet atau darah campuran, atau bukan kategori pengundi saluran emas, atau bergaul dengan ramai PAS.

PAS dia tak kisah sangat member wa tuh. Tapi dia anti PKR. Bila wa bentangkan dengan dia PKR sama dengan UMNO, marah betul dia. Hahahaha. Tapi tak bleh patahkan pembentangan wa lah.

"UMNO semua Islam, Ngah. PKR bukan." Dia takan guna word Melayu depan wa maybe sebab dia pembaca blog wa kot. Dia dah tahu wa AdukaTaruna.

"Dalam UMNO kan ada bumiputera bukan Islam." Terdiam dia.

"Ala.. releks. Islam kan universal. PAS pun ada Kelab Non Muslim." Wa tambah lagi. Wa malas nak berhujah bab perkauman nih.

"Aku tak faham, Ngah. Apsal orang bantah PPSMI nih. Ingat satu-satu bendar besar macam ni boleh tengok hasil setahun dua ke?" Dia tahu wa pro PPSMI.

"Bukan setahun dua bang, 6 tahun dah."

"Yeke?"

"Tapi bagus sebenarnya budak2 guna BI dalam Mate dan Sains. Kau pun cakap."

"Memang bagus bang. Tapi kelam-kabut. Dari kelam-kabut lebih baik tangguhkan atau batalkan. Budak darjah satu pun baru nak belajar konsep tambah-tolak, kena pulak faham BI dulu. 2 kali kerja."

"PPSMI start darjah satu ke?" Dia tanya wa balik macam wa tanya nlye ari tu. Hahaha.

"Takder la.. polis dah bagi permit. Kat Masjid Negara jer kan. Yang korang semua tak ikut arahan nak berarak ke Istana Negara tu kenapa? Memang patutlah kena macam tu."

Dia cakap lagi. Masa ni kitorang kat opis dia. Wa dengan laptop wa. Wa terus tunjuk gambar asap dalam masjid.

"Tu yang wa tak faham tu bang. Kalau kasi kat Masjid Negara jer, apsal dalam masjid pun diorang bedil? Provokasi kot."

Diam lagi member wa.

"Polis ni pun satu. Bangang. Dah la skang ni ramai tak suka kerajaan. Semua ni nak undang bala la nih."

Nasib baik dia tak tuduh polis dipengaruhi pembangkang dan sengaja sabotaj imej kerajaan. Ngeee...

Kah kah. Mesti pedih dia baca tulisan wa nih. Kuang3...

Comments

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...