Skip to main content

Meluat habis dengan kualiti PKR.

Oleh : AdukaTaruna

Cadangan awal ialah wa nak kurang sentuh hal PKR menjelang PRK. Tapi, bila fikir balik, betapa wa perlu bersuara dan menyampaikan mesej kepada pembaca, wa perlu juga.

Dari sumber albanjari dan MSK, sempena perasmian jentera Keadilan Bukit Gantang, dilaporkan :

Dalam majlis itu, Pengarah Pilihanraya PKR, Hj. Ismail Yusop hentam dua ekor katak yang melompat tu betul-betul kow. Sampai keluar perkataan ‘pengkhianat’, dari mulut Tuan Haji ni.

Tetapi apabila Pengerusi Perhubungan PKR Perak, Hj. Osman berucap..terbalik pulak!! Hj. Osman defend dua barua ni…sehinggakan keluar dari mulut Hj. Osman, “dia keluar untuk sementara!!!” What’s goin on, man?” Dan bila Azmin pulak berucap…Azmin jugak cakap ala Hj. Osman…”jangan hentam kuat-kuat!”


1. Intelek 2 ekor bangsat PKR ni dah la tahap orang kampung gua yang bernama Makcik Lela. Lepas jadi bangang sebab tak selesa bermesyuarat dengan para intelek PAS dan DAP, merajuk pulak.

2. Sekor posmen, sekor skolah tak tinggi, masuk soljar. Lepas tu PKR bangsat tamak kerusi. Calon kualiti takder ni beb. Tapi tamak punya pasal, semua sapu. Khalid sampai 2 kerusi. Azamin 2 kerusi. Posmen pun sebat. Askar pemalas dan bodoh pun sapu. Janji kerusi PKR punya.

3. Dah lah begitu, ada hati pulak nak terima balik pengkhianat nih. Sebagai apa? Mendapatkan kerajaan BR Perak melalui lompat parti semula. Mana damage control lu orang ni? Memang bangsat sungguh la PKR nih.

4. Kalau genetik Eropah atau Jepun, Haji Osman dah letak jawatan. Anwar dah mohon maaf kepada rakyat Perak dah. Tapi sebab genetik superb punya bangang Melayu, Melayu PKR = Melayu UMNO.

Wa teringat laporan Penarik Beca hal Azmin menengking, marah2, pemimpin PAS kerana berjumpa dengan Mahathir dulu. Wa lambat tahu. Nasib baik pemimpin PAS jenis cool. Penebat stress tinggi. Kalau gua la, memang wa lulit melalui tulisan punya.

Jumud! Sepatutnya PAS lah paling benci kepada Mahathir. Kerana tangannya basah dengan darah pejuang PAS. Setakat Anwar punya aniaya apa barang. Paling derita pun sakit belakang. Keluar penjara sure pulih punya. Tapi sebab PAS pro dan merujuk Islam, maka, atas tujuan tertentu dia berjumpa Mahathir dan mendapatkan kerjasama.

Wa bukan suruh PAS meninggalkan BR, tetapi perlu bersedia untuk ini, dan rakyat perlu difahamkan kedudukan ini. Ini bukan kerja somebody PAS, tapi kerja individu / organisasi lulit.

Tahaluf PAS dgn BR untuk jatuhkan BN.

Jatuhkan BN untuk dapatkan revolusi politik tanah air.

Kemudian, demi Islamic State, tawaran terbuka luas sama. Jikalau UMNO bersih selepas terguling teruk, maka, tidak mustahil PAS bertahaluf dengan UMNO.

Kelab non muslim PAS perlu diperkuatkan bermula sekarang.

Comments

  1. wa xsetuju satu bab je..
    mane lu tau intelek posmen ngan askar x tinggi beb..
    dulu bukan nye ade nanotechnology ke, ntah ape2 logy lagi...
    so keje posmen ngan askar ah paling fofular..haha
    wa bukan ape, cara lu cakap tu mcm general sgt..kalau lu specify 2 homo sapien tuh wa xkesah..
    wa pun keje basuh pinggan je bro...
    tapi wa baca blog lu, so boleh kata intelek wa tinggi ah gak...kan??

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  2. bro aduka , waa memang angin bila azmin marah pemimpin PAS, sape dia nak marah orang PAS ni, kulup dia tu bersih sangat ker...

    geram siot...apa la PKR nie..sokong kenyataan lue...

    Fanatik aduka

    ReplyDelete
  3. setakat yang wa perati, ahli PKR yang berumur yang kebanyakannya berakar umbi dari UMNO dan bermentalitikan UMNO adalah pemangkin untuk kejatuhan PKR di masa depan, ahli PKR yang fresh kalau diasuh secara UMNOisme akan turut hancur seperti pemimpin mereka yang hancur.

    seperti yang wa analisa di tempat wa di Terengganu, semua pemimpin PKR yang datang dari UMNO adalah perosak, wa bimbang anak muda yang penuh semangat dalam PKR akan turut menjadi perosak seperti pemimpin mereka.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.