Skip to main content

Laporan Bukit Gantang - Albanjari

AT : Wa ucap terima kasih kepada semua. Media, bloggers, Azmin Ali, PKR, penyokong sebab menjayakan Majlis Pengistiharan Calon PAS oleh TGHA. Tq aa...


Oleh : Al-Banjari

Hujah awal penuh berapi oleh Ustaz Misbahul Munir adalah mukadimah permulaan majlis. Bravo ustaz ! Ayat-ayat yang keluar dari mulut beliau benar-benar menjadi ayat-ayat cinta yang sebenar kepada wadah perjuangan rakyat menentang kezaliman. 10 minit pertama suasana sudah jadi panas. Panas kerana terbakar dengan hujah-hujah padat dari ustaz. Ustaz..lu memang bravooo..!

Senyuman puas dari ribuan rakyat yang hadir ke majlis malam tadi. Untuk brader baju kuning dan baju biru petak halus-halus, kredit dari wak(foto diremovedkan atas sebab2 keselamatan) kerana dalam sibuk wak di hadapan pentas, sempat lu hantar wakil untuk sampaikan sumbangan untuk Tabung Bloggers, sumbangan ikhlas katanya, RM50 hinggit..banyak tu !! Amboi..hangpa antaq awek noo..tolong sampaikan derma tu..hahaha..! Awek orang tu beb! Wak hanya mampu zoom saja wajah ikhlas pelayar ABO dari jauh, maaf wak mohon sembah derhaka kerana tak dapat bual lama dengan hangpa berdua. Foto dibawah.

Sebahagian muslimah yang sedang bersolat Isyak berjemaah sebelum majlis bermula. Dianggarkan hampir 3 ribu orang jemaah lelaki dan muslimah, dimana sebelum itu juga solat hajat telah juga dilakukan secara berjemaah. Allahu Akbar !!

Apabila Polis mula bersuara. Keadaan mula tidak terkawal lebih2 lagi apabila FRU mula membuat kepungan di sekitar pentas dan Polis meminta untuk majlis ditamatkan serta merta, sedangkan pengumuman calon belum dibuat oleh TGHH. Rakan-rakan Media mula menyerbu ke depan pentas untuk mendapatkan visual yg lebih baik, mana tahu ada insiden yang boleh bakar jualan akhbar esok hari. Wak standby dah..bila FRU dah ramai2 di belakang pentas..tunggu arahan nak naik..saja lagi.

Sambil terus menanti shoot yang baik, wak sempat berbual dengan blogger Anak Sengat tentang kenakalan Polis yang meminta majlis ditamatkan. Alasannya kerana majlis ini dah jadi ceramah politik..hello !! ini kan majlis politik beb ! Mesti la cerita politik, tak kan nak cerita hal gossip artis plak..hampehh la lu !!

Brader dari PDRM ni cuba mempirrahhh...kan majlis, kerana katanya syarat permit tidak membenarkan ceramah politik. Peliknyer? Majlis isytihar calon tak boleh ceramah politik...wakakaka..! Apa dia ingat lelong kapal selam buruk ke ? Apa punya samdol daaa...! Ni wak nak cakap..masa program Najib itu hari Najib pun cerita politik, ceramah politik..wak duduk depan pentas beb ! Wak dah geram ni...Najib boleh belasah MB Nizar kaw..kaw punya, boleh belasah penyokong PR kaw..kaw punya. Tapi bila PR nak sebut hello..pun dah kecoh.plez laa !

Foto Dr. Mujahid Rawa (bawah), yang menjadi pengantara untuk meneutralkan suasana kecoh di tepi pentas, bawah pentas dan beliau minta kerjasama baik dari Polis agar lebih kompromi dan profesional serta adil memberi ruang yang terhad ini, agar tiada insiden yg kita tak mahu berlaku. Keadaan tegang kembali kendur.

Wak nak tanya..YB Mujahid ni ada pakai mandrem ker..?? FRU dan Polis tiba-tiba jadi lembut..dan kendor ! Aksi YB sedang puh kiri..puh kanan..kerana Nizar aku berkorban !wakaka..! jangan marah YB !

Sebelum majlis, team dikir barat layan yang hadir dengan lagunya..oppss..!! sori wak tak faham sebutir apa pun. Maaf tiada ulasan dalam hal ini ! Nak tahu pergi ke blog Idham Lim dia tau sokmo hal-hal ni !

Kebanjiran krew Media dari berbagai aliran, termasuklah bloggers-pejuang rakyat, kelihatan dalam foto, blogger Anak Sengat tengah layan ganti bateri kamera dia yg dah 3 kali kong ! (kopiah putih, duduk tunduk)..mana dia ? cari sendiri !

Kehadiran rakyat yang ribu riban, dapat disaksikan dari foto di bawah dan atas, sori tiada bas sewa khas yang bawak mereka kemari. Jauh sekali duit poket. Kena sedekah lagi. Demi perjuangan, inilah mesej jelas dari rakyat.

Wak teruja bila melihat ramai penyokong dari bukan melayu khususnya cina dan india tidak segan silu memakai baju dan menggunakan jata berlambangkan PAS. Petanda buruk buat Umno lagi ! MCA, Gerakan ? boleh gerak ka lagi ??


Ketika minit yang ke 25, ucapan AZMIN mula diganggu. Ucapan berapi beb ! Dari sini pihak FRU dan Polis dah mula gian nak panjat tangga ayam pentas.

Sokongan berterusan dan sorakan semangat yang diberikan oleh penyokong Pakatan dari Kelab Penyokong PAS. Dianggarkan lebih 5 ribu bukan melayu membanjiri majlis malam tadi. Hebat bukan ?
Apek, Maniam dan tok aji duduk bersila layan majlis malam tadi. Hangpa boleh tengok kaa..sifat majmuk macam ni kat majlis Umno...habaq maii ! Duduk ataih rumput aja..langsung tak dah khemah bumbung, yang ada itu laa...bumbung Allah swt bagi..berbumbungkan langit ! Water Cannon dok tunggu saja kat tepi padang, tunggu nak semboq..kalau semboq juga malam tadi..boleh tau laa..

Barisan pimpinan yang hadir malam tadi.

TGHH diapit oleh Ustaz Ahmad Awang dan YB Azmin di pentas utama. Majlis untuk pengumuman calon mula mahu diisytiharkan ketika ini.


Sebelum calon diumumkan..sedikit alu-aluan dari TGHH, 3 minit selepas itu calon yang dinanti oleh sekelian rakyat diumumkan iatu Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin ( MB yang dirompak).

Tahniah Dato' Seri, jika petang kelmarin Dato' Seri dah menang 5-0 di Mahkamah Federal, malam ni wak bagi Dato' Seri menang 15,000 - 0 plak. Tiada yang kecewa, tetapi semuanya tersenyum puas. Sepuas-puasnya ! Tunggu komen BN esok? kita nantikan..itupun kalau depa berani komen..wakakaka !! Klimaks majlis lihat himpunan foto dibawah..layann !!
Dato' Seri Muhamaad Nizar jamaluddin, Calon PAS PRK Bukit Gantang.


Suasana selepas pengumuman dibuat, rakyat tetap tidak mahu berganjak, yaa.kita nak tunggu Nizar pula bercakap laa..Butiran ringkas ucapan Nizar boleh dilihat di blog dari Bilik Media.

Akhirnya telah terjawab sudah segala persoalan mengenai siapa bakal calon yang akan bertanding melawan calon Umno-BN di P.59. Siapa lagi kalau bukan HERO RAKYAT Dato Seri Ir Hj Mohammad Nizar Jamaluddin yang kini telah SAH bertanding sebagai Calon bagi P059 Bukit Gantang ini.Amatlah bertuah bagi penduduk di sini yang dapat seorang calon dan bakal PEMIMPIN yang menjadi sebutan diseluruh DUNIA!! Wak nak tambah sikit dan juga calon Perdana Menteri untuk Malaysia.

TAHNIAH DATO SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN DARI KAMI BLOGGERSNETWORK@PERAK.
KAMI AKAN BERSAMA DATO SERI SEHINGGA MENCAPAI KEMENANGAN DALAM MENEGAKAN ISLAM DAN HAK RAKYAT!!!!

Wak berkongsi rasa gembira bersama Sya, UmmiHani, MSK dan boron tidak lupa saudara Ajijoi dan Anak Sengat yang turut bersama kami membuatliputan malam tadi. Kongsi gembira saja. Bukan kongsi hal-hal lain noo !! Sya ada bisik sesuatu, inilah bisiknya..kata Sya..hanya satu Sya nak sebut dan ingatkan pada semua ialah mengenai gambar yang akan disebarkan secara meluas selepas ini iaitu gambar mengenai isu mengapa NIZAR tidak duduk dikerusi PIMPINAN ? Suka

Sya nak ingatkan bahawa 4 kerusi yang telah disediakan ialah untuk PIMPINAN PUSAT dan mereka yang duduk di sana ialah wakil dari Parti Kompenan PR, jadi tidak timbul persoalan bahawa NIZAR telah diketepikan..So Rakyat hati-hati isu NIZAR BONEKA akan terus dipermainkan akan tetapi kebenaran akan terus tersebar...!!!

Kita akan bersatu dan memenangkan CALON PRK059 yang akan membawa GELOMBANG PERUBAHAN BARU UNTUK RAKYAT PERAK!!!!

LAWAN TETAP LAWAN!!!ALLAH HU AKHBAR!!!REFORMASI!!!

Dato Seri Nizar HERO RAKYAT akan membawa GELOMBANG BARU DI P059

Rakyat datang memenuhi perkarangan padang...lebih ramai dari masa NAJIB umum calon !

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.