TAIPING 12 Mac - Setelah menyepikan diri selama hampir sebulan sejak kejatuhan kerajaan pakatan pembangkang di Perak, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu buat pertama kalinya muncul memberikan penjelasan sebenar.
Beliau yang kini merupakan wakil rakyat bebas berkata, keputusannya meninggalkan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan atas desakan mana-mana pihak tetapi kerana kesedaran untuk memastikan nasib agama, bangsa dan negara terus terpelihara.
''Kehadiran saya hari ini bagi membuktikan bahawa saya tidak pernah lari daripada perjuangan. Malahan saya ingin membuktikan perjuangan saya baru bermula dengan sebuah kerajaan baru yang saya yakin mempunyai wibawa dan lebih menguntungkan agama, bangsa dan negara yang menjadi prinsip hidup saya," katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 500 penduduk di Air Kuning dekat sini, hari ini. Turut hadir ialah Menteri Besar, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir
Menurut Mohd. Osman, beliau perlu tampil memberikan penjelasan kerana tidak mahu tindakannya itu disalah tafsir oleh masyarakat.
''Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Walaupun ia dilihat sebagai satu keputusan politik tetapi ia melibatkan satu keputusan besar merobohkan sebuah kerajaan yang selama ini saya juga salah seorang pendokong utamanya,'' katanya.
Mohd. Osman yang juga bekas Exco kerajaan negeri pakatan pembangkang turut menjelaskan bahawa sehingga kini, beliau masih ADUN bebas dan belum menyertai mana-mana parti politik.
''Walaupun saya bebas tetapi wajib bagi saya untuk memihak kepada sebuah kerajaan dan kerajaan itu adalah kerajaan BN," katanya.
Tambahnya lagi, beliau bertahan selama 10 tahun bersama PKR kerana yakin parti itu mampu membawa perubahan kepada rakyat.
''Selama 10 tahun juga saya menjadi pengkritik hebat UMNO dan BN tetapi 11 bulan saya menjadi Exco bersama kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas merubah persepsi dan kepercayaan saya," katanya.
Sumber mane bro?
ReplyDeleteSalam Tuan aduka.
ReplyDeleteWaah.... anjing yang pernah makan taik dan balik ke tong taik sudah mula bersuara dengan mulut yang penuh dengan aroma taik.
Inikah orangnya yang ingin membela banga dan agama?
Woi... kedudukan kamu tu pun haram. Rakyat undi kamu dulu di atas tiket PKR bukan bebas. Kamu perlu letak jawatan kalau tidak segala habuan/elaun sebagai wakil rakyat yang kamu terima dan beri makan anak bini adalah haram! Kerana agama kepalac hotak!
dasar pkr bangsat, sesekali tidak aku undi suku sakat pkr lagi...hope pas letak semua calon dikawasan PKR..
ReplyDeletewah dia mengaku merobohkan sebuah kerajaan. ppsmi punya ahli politik.
ReplyDelete