Skip to main content

Hantu pokok pisang.

Sebab bro mountdweller cite pasal hantu kubur, wa nak story hantu pokok pisang plak. Hahaha. Masa gua kekecik dulu. Gua suka nyakat orang beb. Pernah nak kena tembak dengan senapang patah. Kah kah. Member wa, si ahmad_garang mesti gelak baca story ni balik. Skang la kelakar, tapi masa kejadian tu, rasa nak meletup jantung wa. Ngeeee.. Nanti wa cerita la kes sadis tuh.

Wa mendapat cerita dari member wa, cara2 tgk hantu. Mana dia dapat citer tu, wa dah lupa. So, kitorang plan la nak wat ujikaji.

1. Penyapu lidi buruk
2. Colok Cina
3. Lokasi pokok pisang yang seram.

Penyapu lidi buruk, rembat rumah member gua. Colok rembat kat tokong. Pokok pisang area rumah makcik kepoh, dekat2 dengan rumah gua la.

Di mitoskan, kalau kita sandarkan penyapu lidi tu kat pokok pisang, then bakar colok, then kencing penyapu buruk tu, nanti penyapu tu akan terbang kejar siapa yang kencing. Hahaha.

Wa tubuhkan skuad ala2 mythbusters cam kat TV tu. Berlima semuanya. Setelah kelengkapan dan prosedur dilakukan, tibalah prosedur terakhir. Yakni kencing beramai2.

Sebab semuanya takut2 berani, maka acara kencing beramai2 tu sedikit kalutlah. Sebab kalut punya pasal salah seorang tersepak penyapu lidi tu, dan tumbang.

Penyapu tu pulak tumbang sedang kitorang kencing. Mangkuk2 ni semua kelam-kabut lari. So, kencing kena kaki sesama sendiri la. Kah kah kah. Ada yang kencing sambil berlari, ada yang basah seluar (gua la tuh). Paling kelakar si member wa (skang komando tu beb), tersepit zip.

Kah kah kah.

Comments

  1. Selebet la lu kencing b'lari.

    Wa kalo nak cite bab mistik ni, 1 hari 1 mlm x abis. Pokok pisang sinonim dgn pontianak, kononnya sbb kawasan tu sejuk & nyaman. Lg 1 pokok ara, sinonim dgn tarzan, haha.

    Wa rajin gak t'jumpa makhluk2 ni. Ms remaja slalu panjat gunung, masuk utan. Smpt gak t'serempak dgn istana Puteri Gg. Ledang, haha.

    Uncle Seekers tau ni, mesti cari wa, haha.

    ReplyDelete
  2. waa lak masa duk asrama dulu kecoh pasal hantu pompuan yang nak rogol budak lelaki, semua takut masa tu...tak tau betul atau tidak cite tu he he he...

    ReplyDelete
  3. ni lah dia cerita budak2 asrama.
    hantu jepun lah ,hantu locker la, hantu org lagi ramai

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.