Skip to main content

Golok besar Atok gua

Atuk gua Penghulu. Penghulu kat N9 kira bangsawan gak la. Wa tak pernah tgk Atuk wa, sebab Atuk wa takder sebelum abah wa kawin lagi. Abah wa kawin pun tak ajak gua.

Kalau lu orang tgk gambar Atuk gua, sebijik macam panglima beb. Hitam putih + rosak2 punya gambar. Kira wa ni genuine punya gen Melayu la nih. Hahaha. Atuk wa romeo la wa ingat. Sebab bini dia 2. Nenek gua bini no 2. Mementang Atuk wa bangsawan. Hahaha. Kalau Atuk wa pakai Alfa Romeo time tu mesti lagi gempak.

Atuk wa ada golok besar. Balut kain kuning. Letak kat atas tiang rumah nenek gua. Golok tu ada 2 bilah. Sama bentuk. Satu rumah nenek tiri gua, satu rumah nenek gua. Masa tu wa kecik lagi. Tengah lasak manjat memanjat.

Kedua-dua golok tu tak boleh buka. Bersarung. Sorang anak-anak Atuk wa pun tak dapat buka golok tu. Mistik ni beb. Tak tau la berkarat ke hape. Tapi, nak dijadikan cerita, masa wa panjat-memanjat, wa capai golok tu. Bawak turun bawah...

Dan buka. Masa wa buka jer, terus abah gua, pakcik-makcik, nenek wa terpa kat gua. Terpinga gua. Wa ingat2 lupa lah. Cuma yang wa ingat abah wa enggan terima golok tu dan enggan benarkan wa try buka golok rumah nenek gua satu lagi. Wa pun tak tahu. Yang wa ingat, wa ada sikit demam la lepas tu.

Skang ni bila ingat2 balik, rasa ingin tahu tu ada juga. Hahaha. Golok tu pun wa tak tahu mana perginya dah. Wa ingat kalau ada, bila sebut thunder 3 kali, leh panjang golok tu. Siap effect kilat lagi.

Thunder Cat!

Comments

  1. kakakak !
    bukan karat bro .. !
    tapi memang tunggu waktu bro !
    tak semua orang boleh bukak. lu cuba bukak lagi sekali. kalau lu punya rezeki .. lu boleh buka.

    wa ada satu. tapi tak boleh buka.
    tunggu waktu katanya .. kalau bukan waktu, dia tak mau keluar.

    kakakak ...
    gua bukan tunder .. wa power rangers !!!

    ReplyDelete
  2. okeh jom battle..wa pakai cincin captain planet..hahaha

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  3. bro,
    lu rasa lu nak itot atuk lu tak?
    kawen 2?....hehe.

    ReplyDelete
  4. adeh deh deh...
    geli usus wa...

    ReplyDelete
  5. wa ni kureng skit la pasal alam mistik ala² melayu ni.... keris dibalut kain kuning la.... jamu makan pulut kuning la.... kena perasap golok la..... bagi wa semua amalan camni menyusahkan anak cucu seksok jer...... kalau tak syirik la..... kalau ada somtin camni elok dibuang jr awal²..... tak kira la baik ke buruk jer....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...