Skip to main content

Bravo Blogger Perak! (Bukit Selambau, Gantang, Ai, Nizar)


Kalau gua, jangan harap beb. Wa jenis selesa sorang2, mementingkan privacy. Ada, adalah, takda sudah. Standard la. Melayu beb. Ngeeee...

Apa2 pun, wa berdiri dan kasi satu tepukan kat lu orang. Berusahalah! (cam alihsuara kartun plak)

Teka, mana satu gua dalam gambar sebelah ni?





Albanjari akan terus menjadi Anchorman, beroperasi dari Bilik Media 2. Beliau akan mengupdate blog setiap masa, terutama bila krew yang lain berada dilapangan. Kami akan memaklumkan kepada Albanjari secara terus mengenai apa yang berlaku di Bukit Gantang. Untuk mendapatkan berita terkini, layari Albanjari Online @ http://politikbanjar.blogspot.com/.

AT : Serius jer bro. Kengkonon apdet blog la tuh. Padahal macam wa tak tau lu tengah layan Myspace. Hahahaha.






Topeng Perak akan mengendalikan Bilik Media 1. Selain daripada mengemaskini blog, beliau juga akan berada dilapangan untuk merakam peristiwa melalui kamera beliau. Bagi pelayar-pelayar blog-blog didalam team Bloggers Network, pasti sudah dapat memahami tugas beliau.

Berita-berita terkini akan keluar dulu didalam Albanjari Online, dan selepas itu, Topeng Perak akan mengemaskini berita tersebut beserta dengan gambar-gambar. Untuk melihat gambar-gambar tentang apa yang berlaku di Bukit Gantang, layari
http://perisik-rakyat.com/.

Tapi buat masa ni, kemaskini untuk blog Topeng Perak agak terbatas memandangkan kami menghadapi masalah BerukBand coverage tapi jangan risau, masalah ni akan selesai dalam sedikit masa lagi setelah kami memperolehi perkhidmatan streamyx.

Mulai hari ini juga Topengperak_Xinwugi telah menukar nicknya daripada Topengperak_Xinwugi kepada Topeng Perak Unmasked sesuai dengan pendedahan ini.


AT : Apsal la guna gambar stok Kad Pengenalan ni? Hahaha. Tak glamer la. Cuba tangkap gambar pakai songkok tinggi, baru glamer beb.



Dugong Darat bertanggungjawab tentang video. Semua video-video yang dihasilkan oleh Bloggers network adalah hasil suntingan beliau. Kami akan cuba memuatkan video-video terkini, tetapi buat masa ini…kerja-kerja masih slow sehinggalah kami mendapat line streamyx dalam tiga atau empat hari lagi.








Sya-reformis semakin sebok sekarang. Sejak menjadi Ketua Srikandi PKR, beliau lebih banyak terlibat didalam program-program PKR. sejak seminggu yang lalu, dia banyak menghabiskan masa mengikuti program-program Srikandi…dari Bukit Selambau ke Bukit Gantang sehinggalah ke Batang Ai, Sarawak. Tetapi dari dia jugalah team Blogger Network mendapat berita dan gambar-gambar sekitar pilihanraya di tiga tempat ini. Dan sejak tiga hari disini, dah dua kali dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping. layari http://syaomel85.blogspot.com/.




Jangan telefon Cyberboron dari pukul 7 pagi hingga 12 tengahari. Itu masa rehat dia. Disebelah malam, beliau akan menganalisa semua berita-berita dan mengolahkanya mengikut apa yang dia suka. Artikel-artikel yang dihasilkanya agak serius, (bukan posting didalam blog). Yang ditulis dalam blog agak santai, tetapi hasil penulisan beliau akan dapat dilihat beberapa hari lagi dalam bentuk buku. Untuk artikel yang berat sikit, layari http://cacamerbamakhlukpolitik.blogspot.com/.



MSK menjadi koordinator diantara Bloggers Network dengan pelbagai pihak. Dari mencari tempat penginapan, makan minum team members, temuramah dan berurusan dengan Bilik Gerakan Pakatan Rakyat. Kalau nak tau tentang program-program yang dijalankan di Bukit Gantang, layari http://perakexpress.com/.

AT : Huh. Control serius beb. Ni mesti tengah tgk gerak-geri uma kat TKO nih.





Dibelakang Bloggers Network ialah Pak Karamu. Walaupun tidak berada secara fizikal, tetapi beliau sentiasa ada bersama kami bila diperlukan. Kadang-kadang tak payah bagi tau…tiba-tiba saja beliau muncul. Layari http://abnnasution.blogspot.com/.

Ada lagi..yang bekerja dibelakang tabir. Cenangau mungkin tidak sempat mengemaskini blog kerana beliau terlibat didalam Unit IT. Beliau berada dibelakang kamera dan laptop untuk siaran langsung yang akan disiarkan oleh TVPas. Dan tak lupa juga Sam Ahmad yang mengemaskini perakexpress dengan rangkuman berita dari pelbagai sumber.

YANG PALING PENTING…..semua kerja-kerja ini dapat dilakukan dengan bantuan dan sokongan rakyat yang sudah sedar dan meluat dengan kebobrokan UMNO/BN.

Albanjari memulakan tabung seringgit seorang dan hari ini sudah melebihi empat ribu ringgit. Dan hari ini, Bilik Media 1 sudah dilengkapi dengan peralatan yang dibiayai oleh rakyat Malaysia. Bukan hasil komisen kapal selam, bukan dibayar oleh mana-mana parti politik, tetapi dari rakyat yang mahukan kebenaran.

Kami akan membuka satu blog khas mengenai perbelanjaan yang dibuat dari Tabung Bloggers Network. Terima kasih kami ucapkan dan Team Bloggers Network kini sudah mampu bergerak kemana saja diperlukan.

Terima kasih semua.

-
PerakExpress.com

Comments

  1. Bro. Wa tau, lu yg belah kanan tu, yg kurus & gelap tu, haha.

    Lu wat pe kat paya tu? Cari haruan ke? Kena culik hantu kopek baru tau.

    X pe, kalo b'laku pape kat Johor, wa volunter jd blogger sukarelawan cam diorang gak. Alamak wa lupa wa lom ada blog, haha.

    ReplyDelete
  2. wa rasa ...
    papan tanda tu mungkin lu.

    ish .. gua ada masalah mata rupanya.

    ReplyDelete
  3. wakakaka...betul la tu ! Myspace,nospace,mespace,menotspikenglis pun wak layan..hahaha..! Eh lu gambar tepi paya tu iklan jer beb! Yang sebenarnya papan tanda tu ler sebenarnya AT, 2 org dok pacak kaki belakang paya tu,upahan tu..wakakak!

    Salam dari wak !
    Bila nak mai Bukit Gantang. Kat sini paya tak dak,tapi bukit byk..kau nak bukit size apa,,34dd,36dd,38dd pun ada..hahaha.!

    ReplyDelete
  4. smart ah...all the best!!

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  5. pastikan bukit ni takse orang guna c4 letupkan orang, malkumlah banyak bukit.....kuang...kuang...

    ReplyDelete
  6. bolah kanan gombar, eden nampok 4 ekor antu kopek kek seboghang lombong nun......

    ReplyDelete
  7. waa mata rabun kena tukar spek mata dulu....

    fanatik...

    ReplyDelete
  8. alaaa.lu belah kanan tu..sume org tau lu kurus keding(jangan marah bro..hehe)...melainkan lu telah menghadapi rejim diet yang melampau beberapa taun dule..

    ReplyDelete
  9. aduka.... mana aduka.... laaaa.... ingat ada gambar aduka...

    -abanghensem

    ReplyDelete
  10. PASTIKAN PR menang ketiga-tiga pilihanraya kecil ini.Bersatu semua

    ReplyDelete
  11. hahaha,
    memerhati wa ,takut wa salah guna kuasa lah tu yeaa....haha

    mana lah tau,
    kot2 dpt IP aweks obersea lg..haha

    awat diaorg tunjuk muka?
    x best lah...haha

    ReplyDelete
  12. Who knows where to download XRumer 5.0 Palladium?
    Help, please. All recommend this program to effectively advertise on the Internet, this is the best program!

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.