Skip to main content

Anwar menipu rakyat secara terangan.

Oleh : AdukaTaruna

Gua terpaksa tulis walau PRK hampir. Sebab wa perlu sampaikan pada pembaca tentang ini. Ianya penting demi sistem yang baik, yang ingin diwariskan kepada anak2.

Gua harap PAS tidak melakukan ini. Salah tetap salah, benar tetap benar. Jangan sesekali memperbodohkan rakyat. Jangan sesekali menipu pengundi anda.

Disiplin Fairuz.

Kemelut disiplin ahli PKR harus dinyatakan disiplin. Jujur dan bersedia menyediakan sistem yang baik. Bukan secara terang-terangan menipu rakyat akan alasan bangsat melanjutkan pelajaran.

Cuma, andai kata bertembung dengan situasi penting, PRK contohnya, cukuplah menghantar surat tunjuk sebab dan membicarakan kes disiplin Fairuz selepas PRK. Rakyat harus dibina dengan sistem yang baik, yang jujur. Rakyat tidak harus dibina dengan kaedah menipu, secara gelap.

Anwar terbukti seorang pembohong.

Gua akan buka kuanter penerangan di beberapa forum selepas PRK mengenai pentingnya PAS bersedia bergerak sendirian selepas menjatuhkan regim BN. Anwar sekali lagi terbukti seorang pembohong dalam isu ini. Masyarakat intelek yang bergelumang dengan maklumat di hujung jari tidak dapat menelan alasan lanjut pelajaran. Displin harus dikatakan displin. Rakyat tidak boleh dihina dengan ditipu.

Anwar = PKR = UMNO.

1. Bersama membina jalan demokrasi dengan menjatuhkan regim BN.

2. Bertarung secara demokrasi sihat selepas jalan demokrasi terbina.

3. Penipu seperti Anwar dan parti sekalut PKR tidak boleh dipercayai dalam perjuangan Islam.

Comments

  1. aduka waaa cadang PAS tanding semua kerusi di malaysia lepah ni, parti lain takleh pakaiiii, bab ni waaa sokong lu aduka...

    fanatik

    ReplyDelete
  2. Wa nak cadang, desak dan tekan PAS bertanding di kerusi2 yang PKR buat bangsat.

    Kalau PKR enggan, lawan 3 penjuru. PAS perlu tegas. Baru org respek.

    Ada 4 kerusi yang PAS kena ambil dari PKR bangsat for PRU13.

    ReplyDelete
  3. Bro dalam hal nie wa rasa Nuar x menipu.. cuma dia tidak jujur... memang si Fairuz tu di arah sambung belajar bro.. wakaka... alasan untuk selamat meletakkan jawatan...

    But Depa x jujur alasan sebenar peletakan jawatan tu.. hehe.. alasan nie penting untuk pak cik2 n mak cik2 tahap datuk nenek kat kampung... coz depa nie just ada alasan cukup.. bukan nak selidik ke apa...

    ReplyDelete
  4. slm saudara aduka..
    ttg fairus letak jawatan jgnlah tuduh anwar pembohong...hr tu masa fairus x letak jawatan bloger yg sibuk suruh letak jawatan tp bila dah letak timbul crta lain pula...dahlah jgn kata org bohong..bloger pun pernah bohong gak tol tak...cermin diri..sal pas pula perlu kerjasama ngn PKr n DAP so jgnlah nak bg idea PAsgerak sorang...perlu diakui Pas x bleh gerak sorang sbb pas hanya kuat di kelantan jer. jd perlu kerjasama stakat kes terpencil mcm fairus x perlu diwarkan.tepuk dada n cermin diri...jgn skali kata org bohong kl kita pernah bhg..

    ReplyDelete
  5. Aiseh bro anon. Fairuz punya kes antara la. Byk lagi pont ni. Nanti la wa ulas.

    ReplyDelete
  6. wa setuju ngan berg...dia mungkin diarah sambung belajar utk jaga air muka dia..biasa ah tu..
    macam bila lu xbg adik lu join main teng-teng dulu, lu bagi dia guli suh main jauh-jauh kan?? =p

    -orang jauh-

    ReplyDelete
  7. idea lu bagus untuk PAS bergerak solo... Waktu PKR tak dak dulu pun PAS bergerak solo..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...