Skip to main content

Anwar jumpa Paklah.

Oleh : AdukaTaruna

Memula tahniah pada member PAS wa, Hidayat. Dapat baby lelaki. Alhamdulillah. Semoga dipermudahkan segalanya.

Yang keduanya banyak orang suh wa ulas isu terkini yang didedahkan oleh MSO. Bukan ape beb. Stimik rumah problem la. Ada kerja-kerja ubahsuai. So, wayar2 kena alih la plak.

Kaitan dengan skandal-gelap.

Wa menyampah nak guna muqobalah la, muzakarah la. Wa bukan penyokong total Anwar, tapi penyokong sub tajuk jer.

Anwar jumpa secara terang-terangan. Si malaun PAS 3 ekor tu jumpa secara gelap. Lepas tu tak mengaku plak tu. Siap nak saman lagi. Lepas kantoi, bagi dalil. Punya la bangsat ostad berkenaan.

So, kes pertemuan ni, pada wa dilakukan tanpa cubaan memperbodohkan rakyat. Semua open dan tidak terselindung. Sebagaimana TGHA buat cadangan kerajaan perpaduan. Semua open.

Sokong atau tidak terhadap cadangan itu, suka atau tidak terhadap pertemuan ini, soal lain. Masing2 ada hujah. Janji jangan nak memperbodohkan rakyat. Memang wa maki punya. Ingat wa takut dengan dalil-malil lepas kantoi lu tu?

Fraksi Anwar dalam PAS.

Tulangbesi selalu belasah fraksi UMNO dalam PAS. Wa takda masalah. PAS kena hadapi suara2 macam tu. Semua ni buat PAS matang. anti husam pun wa tak kisah. Husam kena lalui benda tu. Hujah beb, hujah. Semua akan menilai atas hujah.

Cuma satu sudut lain, Skang ni, bila Anwar jumpa Paklah, wa terarah kepada Tulangbesi. Adakah dia akan membelasah apa sahaja yang cenderung kepada UMNO? Atau nada sedikit berubah apabila membabitkan Anwar.

Prinsip kena jaga. Kalau tak suka kecenderungan BR terhadap UMNO, Tulangbesi kena kekal seperti itu. Itu pandangan wa. So, dalam kes ini, wa nak lihat nada Pembelasah Fraksi UMNO.

Taktikal.

Dari segi taktikal, pertemuan Anwar dengan Paklah, selepas cadangan Kerajaan Perpaduan oleh TGHA, boleh melajukan degupan jantung kem Najib per minit. Cuma, seperti biasa, taktikal seperti ini menyusahkan rakyat terbawah. Kasihan melihat mereka. Wa tahulah. Sebab wa bukan ahli politik, dan wa bukan golongan kaya. Itu dari sudut rakyat terbawah.

Kalau dari sudut kematangan negara, ini adalah proses lumrah. Dari jakun kepada tamadun. Paling terasa rakyat terbawah. Jika mereka berjaya melalui dan mengharungi ini, insyaallah, generasi depan akan selesa. Negara keluar dari fasa jakun.

Seandainya.

Kita sebenarnya dalam satu proses kematangan. Mahu tidak mahu, sama ada derita atau tidak, kita perlu rempuh keadaan sekarang. BN jatuh bermakna terbukalah segala pintu cahaya. Pelbagai dasar akan dibuat, akan dimansuhkan, pelbagai tawar-menawar akan berlaku. Inilah impian wa. Pintu2 langit bakal terbuka. Tangga2 tamadun bakal terbina.

Tetapi, dalam pada itu, seandainya 2 perkara ini berlaku, wa sifatkan kita semua berundur langkah ke belakang. Ibarat tidak mahu menambah luka, kita sebenarnya tidak menyelesaikan faktor luka tersebut. Dan akan terus-terusan luka itu terjadi kelak.

Kata lainnya, biarlah sekali sakit yang sangat kuat. Dari sakit perlahan tetapi berpanjangan.

a. Kerajaan Perpaduan.

Seandainya berlaku Kerajaan Perpaduan ini, bermakna BN tidak jatuh. Bermakna, mereka tidak diajar. Bermakna, elite BN tidak digulingkan, bermakna tiada peluang permata muncul waktu sukar menggantikan kaca muncul waktu senang.

Oleh kerana Kerajaan Perpaduan dicadangkan kerana keadaan semasa, jadi ianya bersifat sementara. BR akan ditendang kembali apabila tiba waktunya kelak. Pi mai, pi mai, tang tu. Kerana takut sakit yang kuat, kita rela sakit sedikit yang berpanjangan. Kerana takut mencabut gigi, kita rela menahan sengal-sengal derita.

b. Anwar masuk UMNO.

PKR tiada satu dasar rujukan. Sekiranya PKR menggunakan Al-Quran dan Hadis, ketiadaan Anwar sama ada melompat atau mati, tidak akan membabitkan jemaah PKR. PKR tiada sistem ulama. Jika selama ini (andainya) Anwar merujuk Al-Quran, ianya hanyalah berstatus si ketua merujuk Al-Quran, bukan pelembagaan PKR merujuk Al-Quran.

Ianya akan musnah apabila Anwar tiada. Pengganti Anwar sudah pasti tidak seperti Anwar. Sistem perlembagaan PKR pula belum teruji. Maka, PKR akan musnah dalam masa setahun selepas ketiadaan Anwar, ataupun berada di bawah payung BN.

2 keadaan ini perlu ditentang.

Keadaan atau taktikal berbeza. Keadaan bermakna berlaku, taktikal pula lebih kepada lulit. Siapa pun diri anda, apapun idealogi anda, demi sebuah tamadun Malaysia masa akan datang, demi pintu2 langit yang terbuka, anda harus menentang 2 keadaan ini.

BN harus dijatuhkan demi sebuah revolusi politik. Penyelesaian jangka pendek bukan pilihan , tetapi sekadar lulit. PAS perlu dipacu menyelinap ke arah pembentukan Negara Islam mengikut wadah yang dipersetujui.

Ingat! PAS tidak berjuang setulen nabi. PAS tidak boleh menggunakan segala dalil Islam untuk disandarkan kepada wadah pilihan mereka. Ini kerana segala apa yang nabi tinggalkan merjuk kepada cara perjuangan baginda.

Yang penting, selagi tiada nas yang menetapkan itu adalah haram, PAS boleh menggunakan kaedah itu. Ini garis panduan mudah kepada PAS. Rujuan PAS terhad, kerana perjuangan PAS juga terhad.

Yang penting, Negara islam adalah matlamat. Selagi tiada nas haram, maka ciloklah ia mengikut kaedah itu.

Comments

  1. wah!!! marah lagi lu kat 3 stooges tu yer.... ingatkan dah lupa dah.... bagi wa kerajaan perpaduan ni untuk survival politik UMNO jer.... kalau UMNO betul² nak bekerjasama demi untuk rakyat... UMNO mesti terima 3 syarat DSAI.... kalau beri alsan lagi tak payah la PR nak berpadu lagi ngan BN..... memang satu hari nanti sekali jentik jer PAS, PKR n DAP terpelanting entah ke mana.... maka berlakulah pisang berbuah dua kali.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  2. kerajaan ppaduan ni dibangkit oleh hadi pd situasi sekarang pd wa ada logic nya.
    cume adakah kerajaan ppaduan ni, merujuk hanya pd pusat or negeri2?

    bg wa,
    elok kerajaan ppaduaan merujuk pd pusat.bukan negeri2.

    bg wa kerajaan ppaduan ni,
    bukan seperti mana PAS masuk BN di masa yg lampau.
    wa kureng setuju wat masa nie,
    PAS bgabung seperti mana masa lampau.

    bg wa,
    hadi mharapkan dgn terbentuknya
    kerajaan ppaduan ni,
    maka fokus pd rakyat leh diutamakan
    dari permainan politik.

    maka dlm situasi la ni,
    wa setuju dgn hadi.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...