Skip to main content

Ali Rustam : Wa nak jadi tok bomoh..

Oleh : AdukaTaruna

Sebelum wa tulis bab bomoh membomoh ni, wa nak bersuara satu hal la. Walau wa akur dan sedar medium wa ni kecil, tapi kalaulah ada MP BR yang tersesat masuk blog wa ni, tolong sgt ni beb. Mintak tolong menyalak kat parlimen, lajukan sket, besarkan lagi la server semua web kerajaan.

Kesian gua beb. Bebudak nak apply IPT kena guna internet. Bukannya ada komputer semua. Kena g cc. Yang dok kampung lagi la wa rasa tak sampai hati. G cc siang server manjang bz jer. Nak g tengah malam, lesen cc sampai kul 1.

Penyudahnya rumah wa dah macam cc pulak. Wakaf kejap wireless gua, pc gua dan laptop gua kat bebudak kg. Sembang maut. 60 bilion. Tapi bab modal insan, pendidikan anak Malaysia ni?

Bomoh.

Bomoh power dikira berdasarkan khadamnya. Ini kata gua lah. Khadam ada banyak jenis. Siapa yang dapat khadam jenis Afrit, dia paling power. Macam manusia gak la. Melayu kureng sket. Siapa dapat Russia ke US ke, power la.

Ini adalah teori gua la. Wa berbeza sket dengan ulama. Afrit power beb. Leh terbang sampai ke kaki langit dan mengintai percakapan dan perbualan malaikat. So, kalau kantoi, kena lempar tahi bintang.

Ini idea buku terbaru wa nanti. Cita2 nak wat filem. Tapi byk sgt masalah, wa buat buku jer lah. Hahaha. So, khadam akan bagitau bomoh apa yang didengar. Sebab tu bomoh leh ramal Musa akan lahir, Sultan sekian dah nak mampos, etc.

Ulama cakap itu dulu, skang dah tak bleh. Itu tafsiran ulama. Tapi wa tafsir lain. Dulu dan sekarang sama kaedah. Sebab itu sesetengah manusia cerdik, meramalkan ada peristiwa besar dunia akan berlaku seandainya terdapat lintasan api di langit.

Tahi bintang = Peristiwa kecil.
Komet = Peristiwa Besar.

Bomoh AdukaTaruna.

Tapi bomoh yang ni lain sket. Ilmu2 kebatinan ni habuk pun takda. Ari tu wa ada cerita pasal bilik berhantu kat rumah member gua. Setelah mendapat tunjuk ajar dari moundweller, lelaki_ini dan web Haron Din, langsung takda lagi dah hantu tu. Hahaha.

Apa tak nya. Takot2 berani punya pasal, dari rumah gua dah baca macam2 tak henti2. Kah kah kah. Tunggu hantu siap masak megi ni beb. Hahahaha.

So, sebagai menguji ilmu kebomohan wa, wa nak ramal apa kenyataan Ali Rustam esok. Kalau fail, kena bertapa balik la. Kui kui kui.

Ali Rustam.

Ali Rustam pada gua bukan pejuang beb. Dia tak seberani Anwar. Intelek pun out. Wa rasa la, tak pernah satu kenyataan dia pun wa ulas. Kalau lu nak baca ulasan tahap camtu, lu baca blog Roslan sms. kuang3... Kalau suruh adik gua pun mesti dia juih bibir. Hahaha.

So, Ali Rustam hanya dibatalkan bertanding sahaja. Tidak digantung 3 tahun, dilucutkan jawatan ADUN, MB Melaka dan sebagainya. Jadi, dia akan menjadi seperti Isa Samad. Terima dengan hati terbuka (konon).

Sebab dia takda pengikut ramai, tiada aura yang boleh mengumpul puluh ribu orang, intelek rendah. Dia tahu akan itu.

Sebab dia tahu intelek dia bodoh, tidak pernah berdebat, dia memilih tidak menjawab soalan media dan menanti hari esok. Pasal apa? Pasal dia harapkan panduan penasihat2nya. Hahaha. Wa tahu la, sebab wa selalu nampak sekor tokoh berpengaruh UMNO ni kat opis member gua.

Dia ada beberapa penasihat. Kalau dia one by one.... emmmmm...

So, ini maybe antara kenyataan dia.

"Saya terbuka dan redha dengan keputusan ini. Namun saya tetap akan berjuang bersama-sama UMNO."

atau

"Saya terkejut. Ini pengajaran buat saya. Di masa hadapan saya akan memastikan pegawai saya tidak melakukan sesuatu yang salah seperti ini. Saya terima dan ianya tidak akan mematahkan semangat saya untuk terus memberi sumbangan pada parti."

Wa rasa la kan.

Wa ingat la, memang ada sesuatu yang besar akan berlaku ma. Pasal, kenapa semua yang kena orang Paklah? Mesti bentuk pelaburan ni. Kena korbankan untuk raih sesuatu yang lebih besar. Wa rasalah.

Meh sini bomoh AdukaTaruna nak hasut lu orang. zaminc, lu kaber line sket.

Gua ingatla kan... kantoikan Ali macam satu umpan kepada Muhyiddin supaya berterima kasih kat Paklah ma. Ni otak gua tengah menyelinap pada semua arah ni.

Bila Muhyiddin mendapat laluan mudah, lawan Taib Tadika tu, mesti dia jadi TPM. Jadi, kalau berlaku sesuatu pada Najib, kerusi PM menghala kepada Muhyiddin la.

Jadi, Najib akan kehilangan Muhyiddin kalau sesuatu berlaku pada Najib. Atau kata lain kem Muhyiddin tidak akan sokong Najib.

Apa peristiwa yang berlaku pada Najib.

Bomoh AdukaTaruna meramalkan... (kalau salah, padan muka lu orang kena tipu dengan gua. hahahaha), Najib dijatuhi hukuman bersalah pasal salah guna kuasa ma. Sebab :

1. Orang Paklah berderet2 kena.
2. Tiba-tiba Najib kena. Salah guna kuasa kes pembunuh Altantuya.

Nak cakap apa ma. Orang Paklah pun kena. Khairy pun kena. Muhyiddin pulak on the track PM.

So, sila bayar pengeras pada gua. Penat gua tilik ni. uma, uruskan pembayaran kejap.

Comments

  1. ini bukan tok bomoh lagi dah boleh jadi ahli nujum negara....siap2 kahwin anak raja lu aduka...

    fanatik..A

    ReplyDelete
  2. bab ali rustam tu,
    wa rasa memang mcm tu kot
    dia kan kata.
    tindakan pon x kena kot.
    just x leh btanding aje.

    ntahlah, umno ni
    bg wa kuat dgn individu
    mahadir & anwar aje.
    yg lain tu, wa rasa leh makan...haha

    apa2pon..minta tolong bg pgeras yea.bukan senang aduka mau menurun...hahahaha penat oooooo...haha

    ReplyDelete
  3. gua sebagai pengikut setia aduka rasakan
    1.ali rustam ada pilihan hukuman.
    2.Paklah ada buat trade barter dengan Najib.
    i nak ni,
    u bayar dengan pengikut u.

    ReplyDelete
  4. seperti aku cakap..... perkara pertama najib buat bila jadi PM ialah.......... MAGERAN........

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.