Skip to main content

Albanjari makan free di Bukit Gantang



Jumaat di Bukit Gantang, khususnya di zon perang pilihanraya, cuaca pagi cukup berseri. Tiba-tiba petang jadi redup dan kemudian hujan. Lepas asar dah kembali okay semula, cerah dan panas. Bendera parti yang tadi basah, dan boleh lentuk-lentik berkibaran. Semua orang jadi gembira kerana keadaan di sini semakin meriah.

Dalam perjalanan wak dan Perisik Rakyat memenuhi jemputan majlis anjuran DAP di tengah2 bandar Taiping malam tadi, wak terserempak dengan trak ni ditengah jalan, dan wak jamin trak ini kalis cuaca, no hal lah either hujan atau panas. Trak ikan yang diubahsuai menjadi trak perang..hahahaha..perang pilihanraya !

Wak tiba selepas maghrib, setelah selesai tanggungjawab dengan Tuhan wak terus ke tapak majlis. Kehadiran wak yang masih berkopiah putih bersama Perisik Rakyat disambut mesra oleh petugas pertama barisan hadapan ini seorang penyokong DAP lalu memberi salam kepada wak, wak jawablah...salam (w'alaikum sam..!) Makna hangpa cari laa..! Maaf wak jawab salam tu ganas sikit ! Jika ada yg lebih bagus, mohon ostad tolong bagi...cara jawab yg lebih baik !

Keadaan di dalam dewan makan utama yang menempatkan semua exco dan MB Perak yang kini dicalonkan sebagai calon lawan kepada Ismail Sapian.

Ketika menanti Nizar yang akan sampai selepas Isya' ke majlis ini wak sempat berbual dengan seorang ahli DAP yang hanya mahu dikenali sebagai Mr. Loh menyatakan bahawa peluang Nizar dalam pilihanraya ini cukup besar, ini kerana majoriti 95 peratus bangsa cina menyokong kepimpinan Nizar sebagai MB dan calon Parlimen.

Katanya penuh yakin bahawa calon BN akan kalah dengan majoriti besar. Dan dia akan pastikan setiap undi cina akan memenangkan calon PAS dengan majoriti 10 ribu undi. Gerakan boleh balik sekarang. MCA..dah jadi bahan gelak orang cina di kedai-kedai kopi, dan pasar ikan. MCA sudah jadi pertubuhan kain buruk.

Tengah tunggu makanan sampai. Wak tanya tema makan malam ini kepada salah seorang pelayan cun restoran ni..dia kata 'tak tau' selamba ajer. Hahahaa..maka wak tuliskan tema makan malam ini sebagai Majlis Makan Malam 'tak tau'. Hangpa jangan 'tak tau' BN nak bungkus sekali lagi. Hangpa jangan 'tak tau' yang datang ke majlis malam ni lebih dari 6 ribu orang. 'Tak tau' la..apa nak jadi dengan Umno-BN jika begini sokongan padu yang diberikan oleh mereka kepada calon PAS yang bertanding. Apa ?? BN 'tak tau' lagi kaa...MCA dan Gerakan dah jumpa singseh ?

Adik cumel ni tengah dok ushar ngorat wak. Tengah test market la tu sambil layan senyuman mengoda dia..hahaha..wak gurau ajer ! tengah boring tu..makanan tak sampai lagi !

Tengah layan 'starter' dari main menu yang sampai..amboi dik dok belasah 'yam chi' dengan penuh kesopanan dan kesusilaan. Macam sedap ajer...wak belum makan lagi ni !

Hidangan dah sampai. Main menu malam tadi yang rata-rata hanya tinggal talam saja, hahaha..10 orang dok hadap, talam standard kenduri kat surau mana nak cukup yer dak !

Malu la pulak bila berdepan dengan kamera cabuk wak...takpa..malu kat sini ok, tapi jangan pulak malu nak tolak calon Umno-BN, pangkah mesti calon PAS..ingat tu aaaa..Ah Kheik Peng !

Tengah layan perut ! belasah ajer ler..wak tengok saja..lagipun wak hadir atas kapasiti Media dari bloggersNetwork, bukan datang nak makan...majlis korang..korang layan..!

Keadaan luar restoran, di pintu utama, terdapat 6 skrin besar untuk kemudahan orang ramai yang tidak dapat bersama dalam majlis tersebut. Uncle Kim cakap dekat wak, banner PAS kat belakang tu Mr. Loh sponsor 10 keping hanya untuk majlis malam tu.

Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku, kemudian lagu negeri Perak, seterusnya lagu rasmi DAP versi bahasa melayu. Wak dengar lagu DAP lagi sedap dari lagu Umno...pasal apa yer ? Mungkin telinga wak yang gemar muzik cina itu pasal kot ? Tapi betul beb ! sedappp..! Wak nak dengar lagu DAP ni kalau dapat dinyanyikan oleh Jac Victor..mesti lagi terangkat !

Salah seorang petugas DAP yang sedang kontrol ayu, sasaran candid lensa TP, tulun...tulun..pencuri sedang curi gambar maa..klik ! hahahaa..!!

Nizar dan pimpinan Negeri yang disambut dengan cukup meriah. Keadaan jadi gegak gempita dengan jeritan semangat, dan tepukan gemuruh segemuruhnya dari yang hadir, wak dapat melihat keterujaan orang-orang cina ini kepada calon PAS Bukit Gantang. Standing ovation ! Inilah pemimpin rakyat yang terus tersemat dihati semua rakyat tanpa mengira kaum dan agama.

Wajah lembut disebalik kejayaan Nizar di hati rakyat Perak, isteri tersayang !

Wak meninggalkan majlis tersebut pada jam 9.30 malam. Setelah hampir 100 minit berada bersama TP membuat liputan anjuran DAP Bukit Gantang sebagai meraikan calon PAS yang bertanding.

Rumusan ringkas majlis :
1. Undi kaum cina di Bukit Gantang 95% menyokong calon PAS. Gerakan dan MCA boleh tutup pondok panas mulai esok.

2. Undi kaum India yang berjumlah 5 ribu orang di sini, paling dahsyat pun MIC dengan panglimanya si Samy Vellu turut turun kempen, tidak akan melebihi 1,000 undi saja. Samy Vellu boleh balik sekarang.

3. Undi kaum cina , dan ikrar mereka untuk merealisasikan majoriti kemenangan Nizar sebagai calon PAS yang mewakili PR akan menjadi kenyataan, dengan berusaha untuk memberi majoriti lebih 10 ribu. Itu janji kaum cina malam tadi.

4. Sokongan padu orang-orang cina kepada calon PAS di Bukit Gantang dapat diterjemahkan, melalui seruan DAP mengajak yang hadir untuk turut turun esok di hari penamaan calon, dan esok media boleh lihat kehadiran sokongan orang-orang cina melebihi 10 ribu yang akan hadir !

5. Undi mesti bagi PAS.

Cukuplah wak bagi 5 rumusan ringkas, yang lain biar TP pulak tulis...nanti dia habis modal pulak, kawan2 kena ingat jugak. Majlis tersebut merupakan majlis penutup tugas wak malam ini, setelah 2 majlis dibatalkan di saat akhir, di Kuala Sepetang dan di Pekan Trong. Majlis yang dijadualkan dihadiri oleh DSAI, alih2 FRU dan trak Polis yang datang dulu. Siap bawak trak air lagi. Maklumat muktahir wak terima malam tadi ialah DSAI telah diHARAMkan berceramah di PRK Bukit Gantang mulai kelmarin sehingga 8hb. April depan. Sapa punya arahan tu ! Hamid Albar kena jawab betui kaa ?

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...