Oleh : AdukaTaruna
Rujukan : Di sini.
Bro Penarik Beca tanya PAS lembab ke? Dia bertanya. Itu cara orang lama. Steady. Wa pulak cam biasa terus dakwa jer, tak tanya dah. Dah lama wa dakwa PAS lembab. Terus dakwa begitu dan begini. Pepandaila nak caya ke, terima ke, bantah ke. Semua wa siarkan.
Cakap bab PAS lembab, dan memang wa yakini lembab, tapi, bab bersih, PAS lebih bersih dan bermaruah dari DAP dan PKR. PKR paling tidak bermaruah. (Ahli PKR berhak marah wa)
Bila produk berdebah PKR ni buat silap, tajuk Harakah kena sebut exco PKR. Bukan guna nama Perak. Tidak adil kepada PAS, PKR, rakyat Perak. Harakah bukan blogger bebas macam wa. Dia suara rasmi PAS. Walau lembab dan payah nak beli macam nak beli ganja, berbanding Suara Keadilan yang bersepah dijual macam jual jajan, Harakah kena bijak memilih istilah.
Suka-suki lu jer sebut badut Perak pamerkan kebodohan sendiri. Kang kata genetik Melayu bangang kang marah. Bro Penarik Beca pun dah sound wa dah tu. Hehehe. Tapi cane wa tak kate bangang. Mari kita tengok.
1. Harakah suara rasmi PAS. PAS pulak antara kerajaan Perak. So, kena cover Perak lah.
2. Perak diambang bubar DUN. 60% pilihanraya kat Perak.
3. Dalam suasana genting, dalam mode nak pilihanraya, Harakah buat tajuk utama 2 aksi badut Perak pamer kebodohan sendiri.
Kan ke bangang namanya tu. Apa istilah lain lagi wa nak taip ni? Perak dah tentu BR ma. Bukan BN. Dan Perak pula skang tengah nak wat pilihanraya. Lu buat tajuk camtu pulak. Isi pedulikan dulu. Tajuk tu. 10 pembaca tajuk baru dapat 4 pembaca isi. 4 Pembaca isi, baru dapat 2 pembaca dengan teliti.
Alaaaa.... Melayu...
Saya setuju dengan anda. Tajuk berita Harakah tu macam cakap mulut JKKK UMNO je.
ReplyDeleteAdakah ini menunjukkan wartawan atau pengarang Harakah mempunyai tahap pemikiran macam tu ?
Bro, lu ada kontek sesapa kat harakahdaily tu tak?
ReplyDeleteApesal lak banner tu tulih
"Dermalah kepada Tabung Kemanusiaan Harakah - Merdeka Tertawa, rakyat Palestin menderita"
Merdeka mana yang diorg maksudkan tu? Depa ni takde proof reader ke?
Kalau blog Adukataruna takpe la banyak kesalahan ejaan, tu pon wa pernah sound gak... ehehe...
~zaminc~
hahahaha. wa ofkos la. baru2 ni ada org sound fad-up bukan fade-up. wakakaka. tapi poll tu takleh edit plak.
ReplyDeletefade up salah,,fad up pun salah..
ReplyDeleteyg betoi-->>fed up..
>>bak sini upah rm100 juta,muahaha