Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 2, 2009

Susah parti tak jejak akhirat nih.

Oleh : AdukaTaruna

Wa bukannya alim beb. Wa bukan budak PAS. Ahli PAS pun bukan. Walau budak2 dan ahli PAS tak maksum, tapi secara majority, secara generalnya diorang baik2. Siyes. Member wa si usen tu budak PAS. Buat web untuk syarikat MLM pun dia tolak. Sebab apa? Sebab elak syubahat. Kalau wa? Wa sapu jer. Duit tu beb.

Tapi, walau wa tak alim, tak baik, wa sedar yang wa kena bagi amanah kat orang2 baik. Orang2 yang leh caya. Kalau wa yang offer diri wa pegang amanah, alamat lingkup la. Setahun 2 boleh tahan. Seribu dua boleh tolak. Kalau dah menggunung, kompom tewas punya.

Ni yang wa nak membebel nih. Realiti wa pendiam jer. Kat penulisan jer wa membebel. Apa motif PKR? Lepas bersihkan Malaysia, tamatkah perjuangan mereka? Tamatlah. Sebab selain mempertahankan kebersihan Malaysia, apa lagi yang mereka perjuangkan?

Inilah susahnya parti atau jemaah yang tidak menjejakkan kaki ke akhirat. Calon PAS pun bukan semuanya maksum. Tapi kita bercakap soal general atau keseluruhan. Wa bukan nak lagakan PKR-PAS, Cuma wa nak belasah PKR ni supaya siyes sket terhadap alam kekal.

Time PRU. Kalau dengar UMNO-BN menang free, mesti PKR. 99% PKR. PKR yang Melayu punya. Dah la gen bodoh. Parti pulak parti matlamat terhad. Kalau DAP ke Likud Israel ke lain. Memang parti matlamat terhad gak. Tak jejak akhirat. Tapi gen dia bukan gen murahan Melayu beb. Ada harga diri punya.

Ni kes lompat2 ni. Tak lain tak bukan, mesti PKR. Orang pekak dan buta pun tahu. Boleh agak. Tolak DAP, tolak PAS. Mesti Melayu PKR. Kompom. Pasal apa?

Pasal lu tak jejak alam akhirat. Sama tahap dengan wa. Bezanya wa, wa memilih orang yang paling berkelayakan, dalam senarai yang ada untuk memegang amanah. Tak memandai2 dakwa wa boleh memegang amanah.

Bodoh melantun2 PKR nih. Sistem tarbiyah tiada. Sistem pembentukan disiplin ghaib, tak wujud. Berpaksikan cita-cita dunia secara total. Camni la jadinya. Menyusahkan. 100% masa dihabiskan dalam 24 jam Allah kasi sehari nak berpolitik bangang ala Melayu.

Ni masalah rakyat melambak nih. Yang Selangor tu. Mangsa setinggan yang diroboh BN dulu tak settle lagi tuh. Wa tunggu jer Khalid Ibrahim bersuara kes Perak jer ni. Suara jer memang wa maki kaw2 punya. Sibuk focus negeri orang.

Dah la ahli PKR. Walau wa hormat pilihan lu secara demokrasi, tapi tulisan wa juga di bawah tajuk yang sama. Lebih baik maki orang-orang agama yang memegang amanah dari memaki Melayu bodoh yang konon boleh pegang amanah.

Kerja sia-sia. Maki A, si B pulak wat hal. Maki B, si C pulak. Parti gen Melayu tanpa matlamat akhirat inilah tipikalnya. Ibarat lu maki daun keladi yang tak nak basah.

So, sebab PKR dah wujud. Sokonglah sampai matlamat Malaysia bersih. Lepas tu, mari sama-sama sokong golongan agama. Berbaloi maki orang yang takut dengan Allah secara majority dari maki penjahat yang tak percaya Allah wujud.

3 comments:

lelaki_ini said...

PKR dulu Parti Keadilan Nasional, pecahan UMNO. Qiblat, acuan, cara & budaya masih UMNO cuma b'alih pimpinan. dr Mahathir yg zalim kpd Anwar yg dizalimi.

Penentangan kpd rasuah, kronisme, nepotisme & penyelewengan mgkn hnya rencah. Realiti, pemimpinnya sendiri msh b'gelumang dgn benda2 tu.

Ketika tu, mgkn wa bole kategorikan yg mrka ni adalah UMNO Anwar dan 1 lg tu adalah UMNO Mahathir. Both are still UMNO, same product.

So x heran la roh politik duniawi x dpt dipisahkan dr jasad mrka. Rasuah seks pun dianggap sedekah.

PRU 2004, calon PAS Parlimen Kota Tinggi tarik diri lps dpt RM 300K, Hamid Albar menang free. Cabaran politik bro. Tetap ada. Gigit Islam kena kuat. Kalo lemah walaupun lu dok dlm parti akhirat, khalas gak. Apa lg parti dunia.

Parti kena betul, individu pun kena betul.

Anonymous said...

sokong jer la sekarang ni.... bila dah dapat kuasa nanti tau la macamana nak genggam batu PKR ni.....

to lelaki_ini - lu agak² duit RM300,000 yang calon PAS dapat tu dah abis ke blom.... wa rasa cam dah abis dah..... pastu tak dapat apa² la..... padam muka..... terima la rsuah lagi.... ingat duit rasuah ni boley bertahan lama ke....

-abanghensem

lelaki_ini said...

abghensem,

RM 300K beso maa bg org PAS. iman org tua tu dah diuji, iman kita lom tentu hehe