Skip to main content

PPSMI tiada hal dengan martabat Bahasa Ibunda!


Oleh :
nyle

Sy nk menyemak jgk kat sini. Sbb bab politik melayu, adalah sgt meloyakan utk disebut. Nak taip 'politik melayu' pun sy geli geleman. Tp sy cukup hangin bila ada orang cuba mempolitikkan PPSMI.

PPSMI ni tak ada kaitan dgn isu memartabatkan bahasa Melayu. Ianya cuma berkait dgn nasib anak-anak kecil umur 6thn-12thn. Budak2 mentah ni, hanya akan faham dan terima apa yang disampaikan dan apa yang dicerapkan dari persekitaran mereka. U all nak ajar kesedaran tentang memartabatkan bahasa kat budak kecik umur begini, u bukak satu topik baru. tambah silibus 'memartabatkan bahasa melayu' dalam sukatan bhs melayu. bukan takat ajar "nasib puteri buluh betung atau nasib pak luncai" time ajar bahasa melayu.

yang pejuang bahasa dok sebok kat PPSMI ni apehal nya? u all takut ke budak2 kecik takmo cakap melayu dah bila kene blaja matematik n sains dlm english? aiyo.. u nk bangkang pun, jgn la atas sebab yg mengarut. nih yg orang kata "carik glemer" je punya isu. u all duduk je tepi. kasi cikgu2 yang bangkit dan suarakan apa yang tak kena dan apa yang baiknya PPSMI ni. if pejuang bahasa ada input yang boleh memberi kebaikan pada anak-anak kecil, bg lah. jgn plak bawak isu memartabatkan bahasa la apa la.. MENGARUT.

skrg ni, isu nya adalah :

ANAK-ANAK KECIL VS PPSMI

kelebihan dan kekurangan PPSMI mestilah dilihat sari sudut kacamata budak2 kecil sekolah rendah. bukan dilihat dari sudut nak memartabatkan bahasa lah, isu perlembagaan lah. tak paham2 lagi ke?? hak untuk mendapat pendidikan yang maksimum dalam matematik dan sains adalah HAK ANAK-ANAK kecil dan pemegang amanah ini adalah ORANG-ORANG DEWASA dan pelaksana Amanah ini adalah pihak Kerajaan Melalui Jentera-jentera yang berkaitan seperti Kementerian Pendidikan. Letak tepi la isu perlembagaan. Budak kecik bukan tahu pasal perlembagaan. Yang dia tahu, dia nak belajar sains n matematik dengan kaedah yang mudah dan senang difahami dalam masa yang sama, dan begitu jugalah untuk subjek BHS MELAYU BHS INGGERIS.

Tapi cuba tgk skarang. Semua orang sebok nak menyebok pasal PPSMI ni. Smpi ke isu perlembagaan. TENGKORAK HANG la. berbulu btol dgn mangkuk2 mcm ni. Budak kecik merangkak-rangkak nk paham sains n matematik, u all tambah lg kekeliruan mereka dgn ajar dlm bahasa inggeris. sedangkan dr lahir budak kecik tu lembik lidah dia ckp melayu je.

bukan payah pun nk paham isu PPSMI ni. tp kalu dah sumer benda pun nak dipolitikkan, sume isu pun nak dicari glemer, mmg payah la. ni la dia 'politik melayu'.

uuwwekk... <---- Dari ganas terus tak ganas dah. Dah bertukar cute pulak gaya tulisan nih. Wakakakaka.

Comments

  1. Ajar lah matematik dan sains dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu supaya anak anak Malaysia lebih pandai dalam dua mata pelajaran ini dan menjadi orang Malaysia yang bijak.Kenapa tak boleh ajar dwi bahasa?Jangan politikkan lah.Cukup lah dengan orang dalam politik yang tak akan jadi ahli politik atau ahli cendiakawan dengan fikiran sempit mereka.Ajar lah matematik dan sains dalam dwi bahasa.Ajar lah dua mata pelajaran ini dalam dua bahasa supaya anak kita lebih memahami dua perkara ini kerana dalam sekaligus, mereka belajar dan ulangi dalam bahasa lain.Ajar lah mereka dalam dua bahasa supaya mereka tingkatkan ilmu mereka dan bukan seperti orang dalam politik.

    ReplyDelete
  2. sekali baca macam betul...
    tapi bila dilihat isunya berkali2, wa rasa pelik pon ada, kelakar pon ada...

    Pelik la sebab masa PPSMI dilaksanakan dulu, kununnya menurut hikayat sebab utama ialah che det malu dan bengang sebab ada pegawai kjaan yang ikut dia masa pi lawatan kerja (shopping) di oversea, tak reti nak tawar menawar dalam bahasa inggeris... (wahaha)...
    maka sesuai dengan sikap pelahap mereka (baca:umno) maka dilaburkan lah bermiliyar rm ke atas prasarana pengajaran (of coz la millions akan masuk kocek mereka (baca:umno)
    Then untuk menjadikan hikayat ini sesuatu yang REAL, maka dicari la sebab musabab... diupah la profesor kangkung untuk mengiyakan segala alasan tersebut.
    So, mau tak mau... asbab benda alah ni dimulakan dengan politik... so kalau lu melalak kata jangan dipolitikkan benda alah ni, maka lu akan kelihatan sangat bangang (pinjam cara AT)...
    Dan disebabkan benda alah ni dimulakan oleh mereka (baca:umno)... maka sebolehnya dengan apa cara mereka (baca:umno) akan mempertahankannya.
    So, sebab dah tau mcm mana cara mereka (baca:umno) buat kerja, dengan kekejiannya, dengan hapraknya, maka wa rasa cara untuk melawannya ialah dengan menggembleng semua tenaga yang ada.
    Kalau sasterawan nak lawan, biar depa lawan...
    kalau parti politik nak lawan, biar depa lawan..
    kalau NGO, JKKK, persatuan rumah pangsa, belia 4B, team futsal kg lenggeng,pak mat cendol nak lawan.... bior depa lawan...
    Kalau cikgu cikgi nak lawan (entah sapa la yang berani nak lawan... kehkeh... lawak sungguh saranan lu) biar depa lawan..
    bior ramai2 lawan... baru umphh...
    kalau boleh buat himpunan mcm Bersih, buat laa...
    Sama sama buat, sama sama tanggung...
    Ni lu nak soh cikgu2 je tanggung???
    Kesian ooo kat depa...

    ~zaminc~

    ReplyDelete
  3. oit.. lu jgn tengok apa yg UMNO buat semua tu busuk je bro. PPSMI ni ada gak baiknya. Lu jgn sapu rata je bro. wa bukan sokong PPSMI ni bukan atas dasar politik, tp wa kesiankan nasib budak kecik. wa pedulik aper lu punya politik. politik u all sama je. hahaha. politik melayu. uwwwekk.

    apa pon sbb che det buat PPSMI ni, itu dia punya hal. skrg, bondo ni dah jadik. if u tak suka PPSMI, bantah secara bijak la. bakpo pejuang bahasa nak masuk hal pasal PPSMI ni plak. nih bab pendidikan la. ada ke bukti kalu ajar budak bhs inggeris bkl memundurkan bhs melayu. itu saje bro. lu jgn lari dr topik.

    wa pon tak setuju PPSMI ni tp wa suruh/sarankan cari sbb yang SAHIH bukan sbb mengarut spt memartabatkan bhs melayu la mengangkat nasib bahasa melayu la. APO KAITAN NYA DGN HAL BUDAK KECIK?? lu paham ke maksud wa bro. haha... kalu lu tak paham, baik lu join je la pejuang bahasa tu angkaat banner tulis beso2 'PPSMI BAKAL MEMINGGIRKAN BAHASA MELAYU'.

    yo bro. if lu hujah atas nama memartabatkan bhs melayu, lu ingat susah sgt ke nak bantai hujah lu orang ni. mesti la UMNO haprak tu jawab balik PERLEMBAGAAN MENJAMIN HAK2 ORG MELAYU BHS MELAYU. aiyoo bro, itu pon tak bleh baca ka??

    skrg ni, kalu u all pakat2 dgn parti politikk, buat kajian secara besar2an, (cara nya u all pikey sendiri la..) sebarkan semua hasil kajian u all tu, (caranya u pikey sendiri la) tak pon tekan pihak kementerian pendidikan buat research ke ape, ini barulah kaedah yg betol. pi luar negara (anwar kan suka pi oversea), bg tekanan kat gomen pasal mintak pertimbangkan balik isu ni habis2. if u main politik dgn PPSMI ni, politik melayu yang b o d o ni musti lah u all akan kena balik sepak terajang politik UMNO.

    ini nasib anak-anak kecik la. wa bkn kata pejuang bahasa tak payah menyibuk pasai pa, tp sbb HUJAH mereka yang mengarut. HUJAH MACAM itu orang tak pedulik dah la. orang CINA INDIA pedulik ape ngan bahasa Melayu korang. tp if u SANDARKAN HUJAH U ALL DGN MENGAITKAN 100% NASIB MAJORITI ANAK2 KECIK TAK KIRA LA BANGSA MELAYU KE BANGSA INDIA KE CINA, baru lah DINAMAKAN MENGGEMBLENG TENAGA. ini u masih nak mengangkat bahasa Melayu konon lah sngt bhs melayu ni hebat. udah2 ler bro. bhs melayu ni bkn hebat mana. kalu bhs melayu dah hebat sgt, syed muzaffar tu tak pyh susah2 blajar bahasa russia la..

    wa sokong kalu sumer pihak membantah PPSMI ni atas dasar mengutamakan nasib budak2 kecik, bukan sbb nak mengglemerkan dan mengatasnamakan kepentingan parti politik. lu jgn korner sana sini la bro, if parti politik turun tanah berdebuk2 ckp pasal PPSMI ni lu ingat diorang betol2 pedulikkan nasib budak2 kecik ni ke. haha..

    melayu melayu....

    hahaha.. (evil laugh)

    nyle

    ReplyDelete
  4. Salam...
    Hmm wa malas nak tulis panjang2...
    Lu baca e-book di link yang wa lampirkan dengan kepala yang dingin... esp mukasurat 36...
    Nanti lu tau kenapa pejuang bahasa pon bersungguh2 bantah PPSMI...
    Lu jangan tengok secara mikro jer.. benda ni lebih besar dari apa yang tersurat...
    Betul la lu kesian kat anak2 tu...
    wa pon kesian gak, dan wa lebih kesian terutama pada bangsa dan negara wa...
    Lu takpe la sebab dok kat Ostolia...
    ~zaminc~
    http://www.kongresbahasa.org/wp-content/uploads/2006/11/ebook-mengapa-kami-bantah.pdf

    ReplyDelete
  5. hihi.. rilek ler bro. lu jgn la kasi hot2 lak. kat ostolia ni musim panas, 42 deg woo ari nih. wa dah bc ebook tu bro, gud point but dia masih terbelenggu dlm ruang lingkup fighter ala melayu.

    fight ala sentimental value ni akan membuka ruang sentimenal sentimental yg lain. tp wa paham, malays are so sentimental. yer la, "Jgn kacau sentimen perkauman, jgn ganggu hak kami, jgn persoalkan kontrak sosial bla bla bla.." pergh... tak ada kaum atau bangsa kat dunia ni yg paling jiwang mcm melayu bro. wa kagum ngan malay.. salut pronto. usik skit org melayu nih, perghh, kuar bunga silat beb :D

    mari wa kasi u satu tagline..

    "a cause for a cause..."

    point a finger to ur forehead... repeat after me....

    "a cause for a cause..."

    p/s: AT, lu bleh stop senyum sekarang.. :D

    nyle

    ReplyDelete
  6. Relakslah brader. Takkanlah jumpa dengan hanya satu 'gu kita' yang tak reti tawar-menawar dalam bahasa Inggeris, riuh satu Malaysia. Yang tak tahu langsung bahasa Melayu, bersepah-sepah di negara ini tak kecoh pulak tu. Apa jenis pemimpin macam ini. Mana fekah keutamaan yang dipelajari selama ini.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...