Skip to main content

PPSMI lagi..

bro.. lu tulis la serius sket. Memain la. Dah banyak berubah dah lu. dulu lu tulis sungguh-sungguh. Jelas. Sedap jer baca.


Oleh : AdukaTaruna

Adeh... sekali kene sound la plak. Bukan apa bro.. pada wa, isu PPSMI ni tak penting. Tu yang wa memain jer tuh. Mansuh pun ok, teruskan pon ok pada wa. Kalau ikut peratus, 51% lebih kepada mansuhkan lah.

Apa yang kengkawan, pembaca bahaskan kat sini betul. Peribadi wa setuju. Kecuali falsafah jer. Falsafah wa tetap tak setuju. Professionalnya, pendirian falsafah itu bertembung lah. Sama ada bertembung secara serius, bertembung secara sindir, bertembung secara memain, itu soal lain. Soalnya, professional. Semua leh baca, semua bebas, semua berhak memilih.

Lu nak join himpunan bantah PPSMI, silakan. 51% kecondongan wa setuju ianya dimansuhkan. Lu tak nak join, wa takde hal beb. Sama cam wa. Lu nak lantang bersuara supaya rakyat hadir? Silakan. Blog wa siar semua. Lu nak seru supaya semua jangan hadir, silakan. Selain blog wa, medium seperti TKO dan UO tersedia untuk anda.

Lu masuk blog lain, lu kutip mana yang sesuai dengan fikrah lu. Lu masuk blog wa, lu buang mana yang lu rasa mengarut. Jangan ajak bertumbuk dah. Hahahaha. Jangan jadi fanatik Anwar beb. Bodoh tahap superb. Kita asing2kan sesuatu itu mengikut tempatnya.

bro. PKR mintak maaf kat PAS bro. Wa kat Gedung Lalang nih.
Sms member wa. Baguslah macam tu. Salah ngaku jer salah. Itu satu sudut. Sudut lain plak, biasalah, Anwar beb. Ego tahap cipan gunung. Kenyataan media mohon maaf kepada rakyat atas kesulitan yang dialami mustahil dibuat.

PAS selamba jer mohon maaf. TGNA mohon maaf kat TDM beb. Mahfuz mohon maaf kat pengundi. Tak main kat ceramah der beb. Kat media tu ha. Tak timbul soal ego. Allah atas sekali beb, bukan taktikal atas sekali.

Ego Anwar.

Ego Anwar ni, kalau ianya gagal dibuang, lu peganglah kata2 wa hari ini. Anwar akan menjadi Anwar ketika dalam UMNO dulu. Penyokong low IQ dia akan membuatkan dia besar kepala. Membenarkan segala tindak tanduk dia.

Tapi takper. Kena jatuhkan BN dulu. Kemudian, bila dah berlaku revolusi politik, Anwar pulak perlu dijatuhkan sekiranya perlu.

Walau tak mustahil tersilap, lu peganglah bacaan wa untuk masa depan ni.

Comments

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...