Skip to main content

Pinochet Robert nak cakap sikit.

Akhirnya UMNO berjaya merampas kuasa dan menubuhkan sebuah kerajaan haram melalui “pintu belakang” dengan restu pihak istana.

Percayalah semua ini telah dirancang dengan rapi oleh UMNO dengan restu pihak istana kononnya untuk mengembalikan kuasa dan hak orang Melayu yang semakin terhakis akibat tertubuhnya kerajaan PR yang didominasikan oleh DAP.

Walau bagaimanapun, untuk menunjukkan bahawa rampasan kuasa itu bukanlah untuk kepentingan orang Melayu semata-mata maka UMNO menarik sama Yit Foong untuk bersama-sama mereka. Namun mereka gagal untuk menarik sokongan orang India walaupun mereka telah sedaya upaya nak tarik sokongan Sivakumar (speaker DUN) supaya berpaling tadah. UMNO telah gagal untuk menunjukkan bahawa pengambilalihan kuasa ini direstui oleh pelbagai kaum. Oleh itu, PR dan DAP kena siasat sedalam-dalamnya macam mana Yit Foong boleh terjebak sehingga berpaling tadah padahal perbuatannya telah merugikan orang Cina sendiri..

Permainan mereka sungguh licik dan nak menunjukkan bahawa pihak Istana adalah berkecuali dalam isu ini maka beberapa hari sebelum rampasan kuasa berlaku YMM Raja Muda Perak bertitah bahawa istana tidak “bias” dan tidak menyokong mana-mana pihak. Pihak istana telah mengkaji pelbagai aspek undang-undang sebelum membuat keputusan. Maka terpesonalah Nizar seolah-olah pihak istana akan berpihak kepada PR.

Kita lihat sendiri Paduka Seri Sultan Perak sanggup berada di pintu istana menyambut ketibaan rombongan Najib dan ADUN BN. Seolah-olah meraikan kepulangan pahlawan Melayu yang pulang dari medan pertempuran setelah berjaya mengembalikan kuasa orang Melayu di Perak. Selepas ini Jamaludin Radzi dan Osman Jailu akan dijulang sebagai pahlawan yang telah berjaya mengembalikan kuasa Melayu di Perak.

Oleh itu, kita semua patut nasihatkan kepimpinan PR supaya jangan meneruskan tindakan untuk menentang pengambilalihan kuasa secara paksa ini walaupun hati kita semua hancur luluh kerana kuasa rakyat dinafikan. PR patut terima saja apa yang telah berlaku akibat kesilapan dan kelalain kita sendiri. PR tidak berhati-hati dalam tindakan mereka ketika mentadbir negeri. Walaupun MB Melayu tetapi digambarkan sebagai boneka kepada orang Cina kerana banyak tindakan yang diambil seolah-olah menguntungkan orang Cina saja.

Isu tanah misalnya. Orang Melayu cukup sensitif pasal isu tanah sehingga YMM Raja Muda Perak bertitah tentang isu pemberian status tanah ini. Orang Melayu sanggup berparang kalau tanah mereka diambil untuk dimajukan walaupun tanah itu tidak mendatangkan hasil kerana dipenuhi lalang. Kenapa terlalu gopoh nak berikan status tanah tersebut. Tak bolehkah tunggu separuh penggal pentadbiran baru buat. Ini tidak, belumpun sampai setahun dah dah nak bagi status tanah kepada orang Cina di Kampung. Baru. Maka dengan rampasan kuasa ini maka terbantutlah ke arah pemberian status tanah itu.

Mereka menguasai media. Maka dengan media inilah mereka akan tayangkan semula kronologi peristiwa bahawa PR telah menderhaka kepada Paduka Seri Sultan Perak. Mereka akan menarik semula perhatian dan sokongan rakyat bahawa benarlah PKR telah mendalangi rakyat supaya menderhaka kepada Sultannya.

Ini juga seolah-olah sebagai satu balasan atas perbuatan DAP yang cuba memboikot pembentukan Kerajaan Negeri dulu. Peristiwa ini sepatutnya membuka mata orang bukan Melayu sama ada mereka DAP, MIC, MCA dan GERAKAN bahawa sebenarnya UMNO itulah parti yang sangat tebal semangat perkaumannya. Mereka akan merampas dan menidakkan hak orang lain apabila rasa diri mereka tergugat. Bukannya PAS. PAS adalah parti yang bertunjangkan keadilan sejagat. Dalam isu tanah PAS hanya ingin memberikan sedikit hak yang sepatutnya telah diberikan kepada orang Cina yang telah puluhan tahun menduduki Kampung Baru. Sanggupkah mereka terus bersekongkol dengan UMNO yang telah menidakkan hak orang bukan Melayu di tanah air mereka sendiri? Jika hak orang Cina dinafikan maka UMNO telah menganggap bahawa mereka adalah warganegara kelas 2.

Sebab itulah PAS memperjuangkan pembentukan sebuah negara Islam. Ini kerana pemerintahan yang berasakan Islam yang sebenar akan menjamin hak semua rakyat tak kira apa bangsa dan agama yang dianuti. Bukan seperti UMNO kononnya memperjuangkan Islam tetapi undang-undang Hudud yang sudah termaktub dalam Al-Qur’an pun mereka tentang sekeras-kerasnya. Hudud adalah undang-undang Allah S.W.T bukannya undang-undang yang dicipta oleh PAS.

Selepas ini gunalah segala saluran yang ada untuk mencabar keputusan rampasan kuasa ini. Walaupun kita tahu ia hampir pasti tidak akan berjaya. Namun setidak-tidaknya PR gentlemen dan tidak menderhaka kepada Sultan. Pilihanraya ada lagi. Dunia belum kiamat. Rakyat akan terus bersama PR. Kalau menang terpaksa mengadap semula untuk mohon perkenan Sultan untuk menubuhkan kerajaan.

Jangan berkeras lagi. Polis dan tentera bersama mereka. Kalau terus menentang semua kepimpinan PR akan ditangkap dan ke mana rakyat akan pergi? Tak ke mana juga. Jawabnya mereka juga yang menang. Dengarlah nasihat Tuan Guru Nik Aziz supaya menerima saja apa yang telah berlaku. Muhasabah. Buat penambahbaikan. Betulkan semula kesilapan dan kita bertarung semula di gelanggang pilihanraya umum. Suara rakyat suara keramat.

Selepas Perak mereka akan ”menyerang” Selangor. Sebab itulah satu persatu penyelewengan dibongkar dan dipersembahkan kepada Sultan Selangor. Cuma setakat ini belum ada respons daripada istana. Kalau istana sudah mula bersuara maka berjaga-jagalah sesuatu akan terjadi kepada PR di Selangor. Oleh itu, lebih baik berhati-hati dari sekarang jika tidak mahu ”pisang berbuah 2 kali”.

Percayalah.

Pinochet Robert

06.02.2009

Comments

  1. dear mr R.pinochet,,
    Tahniah la pandai speaking melayu,cayalah ekau pinochet..

    Politik melayu pun ekau arif bebona mr pinochet,ontah2 SB ko hapo ekau ko??

    Oklah..calit sket ngan apo yg ekau kata,ado bona eh..
    bab yg ekau tulih kek bawah ni yang se tak tahan sodih..mau se saman ekau atas akta mengganggu kenteteraman jiwo se...

    "Jangan berkeras lagi. Polis dan tentera bersama mereka. Kalau terus menentang semua kepimpinan PR akan ditangkap dan ke mana rakyat akan pergi? Tak ke mana juga. Jawabnya mereka juga yang menang. Dengarlah nasihat Tuan Guru Nik Aziz supaya menerima saja apa yang telah berlaku. Muhasabah. Buat penambahbaikan. Betulkan semula kesilapan dan kita bertarung semula di gelanggang pilihanraya umum. Suara rakyat suara keramat."

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...