Skip to main content

PAS perlu ada pasukan khas bela awek2.

Oleh : AdukaTaruna

Memang PAS itu sendiri membela wanita dengan tafsiran yang universal. Dan memang PAS ada Dewan Muslimah dan An-Nisa. Tapi wa ingat la, PAS perlu ada satu pasukan yang lebih spesifik. Maybe boleh bagi kat An-Nisa tugas ni. Kasi ada aktiviti tunjang sket.

Wa bergaul dengan dunia kebanyakan. Wa orang biasa jer beb. Wa perhatikan, wanita-wanita muda ni, tiada perlindungan ma. Awek Sarawak, awek Sabah, awek felda2, datang semenanjung, bandar2 besar sorang diri, ada yang ikut kawan. Cari kerja. Menyewa. Nak survive. Boleh tumpas ma. Sedih wo. Ikhlas ni. Jangan gelak wa pulak.

Jadi, wa ingat, kalau PAS promosikan satu Kelab, bawah An-Nisa contohnya, siap ada talian hotline sehenti, siap ada di semua bandar besar, wa ingat boleh selamatkan awek2 ni.

Selama ni wa memang tak puas hati la. Sedih beb. Awek2 ni bukan orang senang. Datang bandar nak cari kerja, kena sapu kat geng2 Pekida. Sorang jaga ni, sorang jaga tu. Dah macam barangan plak. Yang awek2 mana ada pilihan lain? Mak ayah kat kg. Bukan org senang.

Ada satu kes. Sedih beb. Awek Sarawak. Datang sorang diri. Berdasarkan surat khabar. Kerja restoran. Memang betul la kerja restoran. Tapi, sebab dia ni lawa, anak pompuan tokey restoran pecat dia. Sebab takut suami dia terpikat. Mana awek ni nak pergi? Apa pilihan yang ada? Cuba korang bayang adik2 lu orang. Pusing punya pusing, dah kena pegang kat budak Pekida sial ni. Kan ke tak celaka namanya tuh.

So, wa ingat, kalau setiap awek Malaysia ni tahu no hotline pasukan khas ni, boleh gak dia kol. Then centre akan bagitau pusat terdekat. Pusat terdekat dengan di iringan Unit Amal leh pungut awek ni. Bagi dia tempat tinggal sementara, dan usaha carikan dia kerja. Tak ke lega hati rakyat Malaysia ni.

Kalau kena caranya, setiap wanita pasti ada no hotline ni. Setiap awek2 yang nak berhijrah, mesti dapatkan no hotline ni dulu. Ingat masalah, ingat no ni. Sedih beb.. tapi cam biasalah. Cakap dengan PAS macam cakap dengan papan rehal ma.. last2 team Kristian gak yang laju. Susah kalau Melayu pegang Islam ni. Serba lembab.

Comments

  1. Bernas juga ide ni... boleh diketengahkan...

    Orang atasan nak dengar ke bro..

    ReplyDelete
  2. sangat baik.
    idea mesti dilaksanakan.
    fungsi boleh dikembangkan.

    ReplyDelete
  3. masalah org atas ni pekak, udang oi.

    Apo kate wa lantik lu Ketua Puteri amno. hahaha

    ReplyDelete
  4. yang jadi masalahnya.... apa keuntungan politik yang boleh dapat ngan buat camtu...... biasanya budak camni tak bleh mengundi lagi... buek abis boreh jo ado la..... wa bukan apa bro..... tengok la sekarang.... MP² pas pun dah tak bertaring dah sekarang.... maklumlah dah selesa..... apa sangat nak selesaikan masalah camni.....

    -abanghensem

    ReplyDelete
  5. JIM ada buat tapi takda la talian hayat tu.mereka juga yg beri ceramah kat sekolah2, ziarah r ppesakit di hospital, ajar pesakit solat, ziarah rumah org tua.
    Aktiviti mereka berterusan, tidak ikut event.
    JIM juga ada tempat utk gadis terlebih akhlak ni.
    tempatnya terhad n dana juga terhad.
    jadi sesapa ada tanah yg terbiar, offer lah kat JIM, bagi org ramai, hulurlah walau RM1.

    JIM juga aktif dengan GMI.

    Ada satu masjid di Subang Jaya juga ada buat macam ni , gilir2 gi hospital ziarah n ajar solat.
    ab saya kurang berg
    PAS pula saya tak pasti

    Masa belajar dulu, yg aktif buat usrah adalah JIM . ABIM tak nampak begitu juga PAS.
    JIM rajin cari pelapis di kalangan student n aktivitinya sesuai remaja.

    Oppss.. cuma promosi percuma utk JIM bagi meramaikan orang mnyumbang dana n memberi info.tiada kepentingan peribadi.
    JIM-Jemaah Islah Malaysia

    ReplyDelete
  6. Nisa' ada talian hotline dia sendiri ..tapi taktau pulak sejauh mana kegunaan talian tu....

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.