Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 22, 2009

Panduan untuk awek2. Kalau korang eksiden.

Oleh : AdukaTaruna

Memola, takziah kat akak memot. Sebab kemalangan kete. Se dah koba an. Se darah rajo. Ado ketulahan. Sapo suh tak ajak se nengok upin-ipin. Hahaha.

Selepas ucap takziah, wa nak bagitau pembolehubah panduan wa nih.

1. Kalau eksiden sikit2 jer. Korang tak pengsen ke, tak cedera parah ke. Maknanya, leh bertindaklah.

2. Untuk awek2 jer.

3. Lepas tu sila rujuk komen. Mana tau wa tersilap bg panduan. Hahaha. Mesti ada yang tulun tambah nanti.

Kefahaman asas.

1. Sebagai driver, awek2 kena tahu konsep asas kalau eksiden. Bila eksiden, kena claim insuran. Insuran siapa yang salah akan kena claim. Siapa yang tak salah, insuran dia tak kena claim.

Bila sebut pasal claim insuran, siapa yang insuran dia kena claim, akan hilang bonus (NCB ke NCD camtu la nama bonus tu lebih kurang). Bermakna, nanti, bila renew insuran, mahal balik la. Diskaun dah takder.

Kalau lu orang yang salah.

1. Kalau lu orang yang salah, bermakna lu orang kena 2 kali denda.

a. Insuran lu orang kena claim nanti. Satu untuk repair kereta lu orang sendiri, satu untuk kereta mangsa.

b. Kena saman. Hahahaha. Wa gelakkan lu orang dulu.

2. Fisrt step bila eksiden, kena pulihkan panik. Terus tarik nafas dalam2 dan lepas dengan tenang. Ini untuk awek2 jer. Kalau lelaki, cecepat tgk persekitaran. Kalau kenderaan berisiko kena sapu kat kenderaan lain, atau berisiko kena belasah, jgn tunggu lelama. Start kete, terus parking tempat selamat atau chow ke balai polis berhampiran.

3. Lepas pulihkan panik, tepon waris terdekat. Takder henpon, pinjam henpon mangsa. Pakcik polis pun boleh pinjam gak. Ini paling mudah dan selamat. Kalau takda pilihan lain, terpaksa bertindak sendiri, sila baca lagi.

4. Kalau persekitaran selamat, dah alihkan kete, dah hilang panik, sila lihat nisbah kerosakan kete lu dengan kete mangsa.

a. Kalau rosak tak teruk, calar cat yang boleh dihilangkan dengan polish, mohon maaf jer. Paling kurang hulur duit RM30. Buat muka comel n sedih sket. Lu kan awek.

b. Kalau rosak tak teruk. Kemik sikit2 jer, tak payah claim insuran, tak payah report. Rugi dan leceh. Lu pon tak kena saman. Lu cakap jer lu ganti dan minta datang ke bengkel kereta yang lu kenal. Jangan sesekali setuju kalau mangsa nak hantar ke bengkel dia kenal. Memang lu kena sembelih punya.

c. Kalau rosak teruk, memang kena claim la. Gile lu nak bayar. Kena pulak langgar BMW. Alang2 mangsa claim insuran lu, claim terus dengan kete2 lu skali. Jangan memandai2 pulak kete lu, lu repair n bayar sendiri. Seronok gile pihak insuran.

5. Selalunya, selepas anda eksiden, 'longkai2' akan datang kepada lu. Muka pecah rumah punya beb. Muka tarik kete pon ade. Longkai ni agen bengkel kete. Kita masuk bab longkai pulak.

Longkai kete.

1. Dia untung persen kete yang berjaya dibawa ke bengkel.

2. Dia akan uruskan lu dari A sampai Z dengn janji2 manis. Dia akan bawa lu ke balai polis trafik, dia akan ajar lu buat report cane dan nasihat2 berkaitan la.

3. Kalau lu tiada pilihan lain, terpaksa guna khidmat longkai, pastikan lu tak ikut report dia 100%. Contoh, dia akan suruh lu buat report rosak yang teruk dan umum. So, dalam report, lu kena spesifikkan kerosakan kete lu. Sebut satu2. Jangn sebut umum.

Bila lu sebut umum, kete lu nanti kena dilanggar sekali lagi. Dibelasah secukup rasa. Sebab nak claim banyak ma. So, nanti kete lu dah tak sedap.

Wa akan sambung nanti la. Pastikan lu jangan eksiden dulu. Tunggu lepas panduan ni siap.

2 comments:

maymot said...

ni dak duka,kalao nak wat panduan utk aweks,guna la bahasa cun utk aweks...
jangan la guna bahasa mat rempit,terkehel pale otak se nak maham eh..

--->>cess,tingin gaks nak ngaku ada darah raja,kengkunun sedare soltan azlan hampeh yg ada MB haram ngan mufti harus tu..??
se sombah ngan simbah derhako yo kek korang!!!

Anonymous said...

oit duka..... ni lu bagi nasihat kat minah rempit mana ni..... alah lu ni..... kalau nak bagi nasihat kat aweks² pun biar la bahasa tu romantik skit..... biar aweks² baca terbayangkan muka lu ni cam Brad Pit ke Tom Cruise ke... dak pun cam Jehan Miskin.... baru nampak macho skit....

-abanghensem