Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 12, 2009

Laju PAS, laju!


Oleh : AdukaTaruna

Pedulikan dulu siapa calon. Tidak perlu tunggu. Serah kat solat istikarah ulama, serahkan kepada syura. Serahkan kepada mesyuarat AJK Pusat. Jentera PAS perlu laju. Laju!

Mana Cikgu Pa? Pengarah Pilihanraya PAS. Kasi turun Bukit Gantang. PAS Terengganu, kasi bantu Perak pulak. Kalau Bukit Selambau serentak dengan Bukit Gantang, DSAI kena gilir2, TGHA kena gilir2.

Cadangan kepada PAS.

Laju PAS! Laju!! Ni gua ada beberapa cadangan.

1. Orang Melayu pemalas membaca. Jangan beratkan dengan risalah berat, risalah tebal. Cukup guna CD. Ada 55, 471 pengundi. Bermakna RM1 sekeping x 55, 471 = RM 55, 471. Ahli PAS derma sorang singgit.

a. Kandungan CD adalah isu tanah, isu rampasan kuasa, isu assobiyyah, etc. Selitkan petikan penjelasan Nizar dalam beberapa bahasa. (Punch line nih)

b. Bukan CD ceramah. Hanya orang PAS yang tengok sampai habis. Rugi. Tapi buat corak dokumentari menarik. Selang-selikan dengan klip menarik dari youtube sebagai ‘take 5’ (otak Melayu saiz kecik).

c. Ada subtitle India dan Cina dan English.

d. Edaran CD atas nama mahasiswa / NGO yang membuat kajian kefahaman awam mengenai perlembagaan Perak. Jangan sesekali guna nama PAS bagi mengelakkan persepsi negative awal terhadap CD yang diedarkan.

Laju PAS! Laju!! Satu rumah pengundi, satu CD.

2. Kurangkan agreasif panas, banyakkan program munajat.

a. Suasana panas Perak dibimbangi membuakkan darah panas jentera muda PAS. Ini boleh menakutkan atas pagar, pemprotes UMNO dan kelompok bangsa minoriti. Pemimpin PAS harus mengawal keterujaan jentera akar umbi yang kebanyakan golongan muda.

3. Sediakan orang ganti beratur.

a. Bagi golongan wanita, orang tua dan OKU, petugas PAS harus laju menawarkan diri beratur panjang mewakili mereka. Sediakan kerusi lipat untuk mereka menunggu berhampiran barisan. Dan apabila sampai giliran, serahkan kedudukan barisan itu kepada mereka semula.

4. Bendera, poster psikologi.

a. Bendera PAS tidak boleh terlalu monopoli di Bukit Gantang. Jangan wujudkan peluang sentimen rasa terpinggir muncul. Pastikan kuota untuk bendera PKR dan DAP.

b. Tawan psikologi masyarakat muslim setempat dengan turut menggunakan bendera Palestine, poster pembebasan Baitul Muqaddis, etc.

c. Mungkin TGNA atau TGHA boleh lancarkan kempen berpuasa sunat. Pasang banner, poster dan war2kan selagi terdaya mengajak semua muslim berpuasa, bermunajat, etc.

Laju PAS! Laju!!

10 comments:

ciberboron said...

cadangan mantap. terima kasih atas idea baik tu. aku bukan warga bukit gantang, tapi tumpang ambik juga idea ni. boleh kot?

lelaki_ini said...

Cantik & praktikal idea lu.

Cuma pd wa, x smua rumah ada VCD player. Kalo ada pun lu ingat Pak Lang & Mak Jah reti mainkan? Kalo anak2nya x blk Kg mmg x nyentuh la player tuh.

Wa cadang bykkan flyers yg efektif: ringkas, padat, less wording more illustration, colourfull & bole pikat mata org yg skali pandang utk trus m'baca.

Maknanya kalo letak flyers tu sebelah majalah Mangga yg covergirlnya Rita Rudaini, org capai flyers tu dulu (kecuali dak AT la).

Flyers + VCD mmg cantek banget..

Hasbullah Pit said...

PAS tokleh laju sangat.

Aku dah pernah kena.
Aku ingatkan zaman dah berubah, semua org ada DVD.
Aku burn la ceramah dalam DVD.

Bukan setakat penerima tokleh bukak DVD, org PAS sendiri pun ramai tokleh bukak DVD.

Entah apa yang orang Melayu suka sangat VCD tu pasal apa?

POlitik orang Cina dah DVD.
Video Chua Soi Lek takde pun dalam format VCD.

Anonymous said...

dah laju la ni..... lu tu pun kena tolong gak la.... dok ngadap PC jer..... penat dah ni....... adeh...adeh.....

-abanghensem

Xenan said...

cadangan ada marketing value yg sgt high!

Harap dpt dibuat.Pasal cd tuh boleh jer soh petugas2 dr rumah ke rumah bukak kan biler die g umah org.Takpon petugas bawak laptop.

Kalu gua pres PAS, dah lama aku send sorg gi belajar kat amerika camner nak handle kempen pilihanraya.gempak gila kat US ni.Jangan wat cam obama girl dah la:D

AdukaTaruna said...

Bro hasbullah, lelaki_ini suh tanya, DVD Chua tu ada lagi tak?

lelaki_ini said...

oit AT, bkn Chua la, DVD Rita la. Apa la lu..

perunding said...

Aduka bagus sangat cadangan tu semua..
apa kata..buat projek lah..
buat gempak baik punya..lepas tu jual laaaaaa.
sambil kempen sambil buat duit he he.

Aduka, saya cilok idea kau ni,masuk posting aku ekk..

Kujie said...

dah ckp dgn cik abg, t-shirt yg baru beli kat KT baru ni cantek lagi!

mohamad said...

bro..aku sokong idea hg..menarik²..kalau bleh tlg forward idea hg ni kt pihak yg bertanggungjawab..