Skip to main content

Krisis Perak 2009 : Catitan dari Atuk.



Oleh : AdukaTaruna

Ni wa taip untuk anak cucu wa. Atuk taip dalam bahasa pasar tahun 2009. Pepandaila lu orang terjemah dalam bahasa pasar tahun lu orang masing-masing. Atau terjemah dalam bahasa buku. Maybe bahasa lu orang dah jadi Bahasa Inggeris kot. Ntah la.

Atuk lu orang semua berumur 28 ketika krisis pemerintahan Perak 2009. Atuk lu orang blogger. Yang menulis ikut pale otak sendiri jer. Lu orang jangan sokong Atuk pasal Atuk adalah Atuk korang plak. Lu ada kepala otak sendiri, lu tapis2 la sendiri. Atuk tak nak ajar lu orang taksub membuta. Kena takub pada yang betul sahaja.

Ketika Atuk tulis ni, kes tak selesai lagi. Pada Atuk, biar jer la BN ambil. PRU13 mesti dapat balik punya. Insyaallah. DUN C. Jering n Behrang tu letak calon PAS sebagai ganti rugi kepada pengundi di situ. Bodoh PKR ni. Sistem agama takda. PAS yang agama pun out gak sikit2, ni pulak yang takda sistem agama.

Ok la. Atuk nak catitkan orang2 yang Atuk respek sepanjang kes Perak ni.

1. Bloggers Perak. Mat Saman Kati, Mat Comot, Topeng Perak, etc. 24 jam depan pc beb. Berkorban habis demi menyediakan laporan alternatif. Bloggers lain pulak leh kutip sumber dari diorang.

2. Team Najib. Atuk respek giler cara diorang bekerja. Memang Atuk tak sokong. Tapi sistem diorang bekerja, memang caya. Najib tu bodoh2 jer muka dia. Cool dan tak nak retorik melampau. Memang pelakon yang baik.

3. Ir Nizar. Atuk nak puji dia bab bekerja. Tak cukup tidur beb. Takperla.. mencegah lebih baik dari berubat. Ambil pengajran ni.

4. Presiden PAS, Hadi Awang. Atuk puji gak ni. Dia memang selamba. Apa pun tak kisah. Nak terlingkup ke, nak terlungkup ke, dia releks jer. Orang lain bertungkus-lumus. Dia ada ke takde ke, serupa je beb. Maybe terlatih kerana dia seorang pengamal poligami kot.

Cukup la setakat ni catitan Atuk. Kim salam kat mak abah korang. Atuk nak siap2 g solat Jumaat nih. Jangan zaman korang tak kenal solat Jumaat tu apa dah.. Mau Atuk bangun dari kubur ni belasah korang semua.

Comments

  1. terima kasih untuk semua blogger2 di perak kerana memberikan infomasi alternatif yg berguna...sama ada yg main kutip ja atau yg buat berabisss buat berita..teruskan demi kebenaran

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.

Tinggal beberapa jam lagi kita akan dapat PM 8. Istana sudah menamakan Tan Sri Muhyidin Yassin merangkap Presiden Parti Peribumi Bersatu Malaysia (PPBM) serta Ahli Parlimen Pagoh. Pada awalnya game politik ini adalah antara pertembungan Tun Mahathir VS Datuk Seri Anwar dan saya taknak ulas game epic tersebut memandangkan tiba-tiba Tan Sri Muhyidin mencelah dalam ketika pertempuran sengit antara Tun M dan DSAI. Akhirnya beliau yang memperoleh kelebihan dan hampir sampai ke garisan penamat.  Ya mungkin TSMY menang esok tetapi saya jangkakan kemenangan itu tidak berpanjangan. Paling awal saya jangka 3 hari TSMY akan bertahan dan paling lama 6 bulan atas beberapa faktor. Tun M pula dilihat sebagai manusia yang paling tenang menghadapi saingan ini. Begitu juga DSAI. Tun M boleh santai bersahaja. Tiba-tiba menghilangkan diri dan hadir resepsi perkahwinan cucunya petang tadi. Begitu juga DSAI nampak tenang di majlis perkahwinan anak YB Xavier.  Tun M sebenarnya hanya m...

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...