Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 1, 2009

Kepung ADUN PKR Melayu!



Oleh : AdukaTaruna

“Caner ni bro? PKR plak lompat masuk UMNO.”

1. Apa nak hairan PKR lompat. PAS lompat memang wa terpinga2 sket. PKR adik-beradik UMNO la. Mana ada angkat sumpah, baiah, etc. DAP lebih diyakini dari PKR ma…

2. Apa nak hairan PKR rasuah, skandal seks. Kalau PAS, memang nak terkeluar bijik mata wa. Memang wa maki habis2an. Adun Melor yang sibuk kawin cerai pun wa bantai, ini plak kalau kata seks tu sedekah.

3. 2 PKR yang lompat ke BN tu akan menjadikan BR Perak memerintah majoriti 1 kerusi. Kalau orang kata TGNA selamba jer penggal lepas, wa jawab payah beb. TGNA tu super. Nizar baby lagi. PAS kat Kelantan time tu dah pengalaman dah. BR Perak baru nak bertatih.

4. Kalau si Adun Bota tu buat kelakar lompat balik BN? Pergh…. Dengan sepantas kilatnya, mungkin BR Perak kena bubar Dewan Undangan Negeri. Eh boleh ke? Sapa2 tau law demokrasi Malaysia ni? Kena rujuk Cikgu Pa la, apa lagi.

Tu pasal wa cakap. Kalau kita tak suka orang lompat meninggalkan kita, jangan kita sokong orang lompat ke kita. Falsafah la. Taktikal lain.

Lompat melompat menghuru-harakan. Lubang dan ruang ini menyebabkan si agreasif-jahat bertindak luar batasan norma. Leh culik. Leh ugut. Leh rasuah. Macam2. Sebab ruang2 itu wujud.

Kalau ruang2 itu ditutup dengan undang2, maka, si agreasif-jahat tidak ada jalan. Bila tiada jalan, maka, huru-hara keselamatan, huru-hara kestabilan tidak berlaku. Tidak wujud ruang untuk itu.

Penyelesaian jangka panjang.

Kena wujudkan undang-undang anti lompat. Berhijrah parti dibenarkan. Itu hak asasi dan hak demokrasi. Namun, sebagai MP atau ADUN, jika anda berhijrah parti, maka, automatic PRK baru. Si penghijrah boleh bertanding atas tiket parti baru serta-merta.

Penyelesaian jangka pendek.

BN culik 2 ADUN PKR, lu berkampung, iring, follow setiap ADUN PKR Melayu yang masih ada. Tak payah membazir man power jaga ADUN PAS dan ADUN DAP. Melayu harga maruah dia murah. Boleh dibeli. PKR Melayu jer yang kena jaga.

Melayu PAS tu pun sebab dia gigit Islam jer tuh. Kalau tak, harga dia pun sah murah gak.

1 comment:

lelaki_ini said...

Ezam, Ruslan Kasim, Lokman Adam, Ghani Haron; backbone DSAI pun lompat UMNO blk, lg kan yg biase2 ni. selagi dasar & matlamat parti x de p'talian dgn akhirat, begitulah jadinya.

yg kedua baru cite bab iman & ikhlas individu. Nakhaie tu dulu Naib Pres PAS lg, khalas.. hati kita Allah pegang beb. doalah byk2.