Skip to main content

Himpunan Bantah PPSMI.



Oleh : AdukaTaruna

Nama gua ialah ::
Email gua plak ialah ::
Wa nak tanya lu ni :: Bro, PAS pun bantah PPSMI
Wa taip jap kat sini :: Apa pendirian lu

Pembaca blog wa email wa guna system email yang kak jie ajar wa nih. Wa ingat pembeli novel wa tadik. Kalau tak, dapat la lu enovel free dari wa. Hahaha.

PAS nak join, sila la. Member wa pun ramai bantah PPSMI. Blogger otai2 pun bantah gak. Demokrasi ma.

1. Ada yang bantah kerana PPSMI melanggar perlembagaan. Nak buat PPSMI kena panda perlembagaan secara demokrasi dulu.

2. Ada yang bantah kerana belum tiba masanya. Tidak adil untuk pelajar luar bandar, pendalaman, kepakaran, kualiti pengajar, etc.

3. Ada yang bantah secara falsafah. Secara total.

Terpulang la. Tapi pada wa, atas falsafah pegangan wa, wa tidak akan menghadirkan diri himpunan tersebut. Kerana wa bukan pejuang bangsa, dan bukan pejuang bahasa. Ini pendirian wa. Pendirian yang lain, cam biasa, itu hak mereka.

Dan wa tidak akan hadir kerana pendakwa pejuang bahasa adalah golongan ilusi. Golongan yang hidup dalam fiksyen. Tidak berpijak di bumi nyata. Siyes beb.

Diorang dakwa jer akulah pejuang bahasa. Tapi cer lu tgk bagaimana dia fight untuk itu. Apa bukti dakwaan mereka. Bagaimana dia keluar dari khayalan idea-idea penulisan diorang untuk berpijak secara reality. Hancuss beb. Kompom punya.

Program yang kelihatan tidak tersusun itu menyebabkan orang ramai yang hadir terpinga-pinga dan tidak terarah, termasuk wartawan yang berkeliaran mendapat komen daripada beberapa tokoh yang hadir.

Ala.. macam wa la. Tulis sekian, sekian. HAMAS pun wa belasah. Sebab wa penulis. Cuba turun tengok… Mesti terkial-kial punya. Macam tu la pendakwa pejuang bahasa ni. Dia hidup dalam dunia penulisan. Sekali turun di alam reality memang huru-hara.

Tu pun nasib baik PAS dan PKR support. Kalau tak? Ia akan jadi macam ni la :

Kumpulan tokoh bahasa dan sastera itu kemudiannya hanya duduk di sebuah restoran di hadapan kompleks berkenaan.

Hahahahaha. Tulis boleh beb. Tapi nak ‘grab’ sentiment rakyat, supaya bangkit berjuang, hampeh. Last2 berborak sesama sendiri. Jumpa kat kedai kopi. Lepas tu claim lu pejuang bahasa. Hahahaha. Macamana wa nak respek. Lu dengan wa sama jer tahap. Ngeeee…

So, takpa lah. Demokrasi ma. Kerja wa bantai orang jer. Hahaha. Cakap dengan diorang, jangan sombong bodoh. Jangan takut nak dikaitkan dengan PAS. G bodek Mat Sabu tu. Suruh dia handle massa ni. Expert tuh.

Pakar jalan raya tuh. Bab-bab jalan raya bagi kat dia. Kena tangkap kat lampu isyarat pun dah beribu turun dah.

Comments

  1. utk wat demo smlm, GMP amik kira sentimen mutakhir rakyat. La rakyat makin condong kpd PR & anti-BN. ni kesempatan yg baik utk GMP meluahkan rasa diiringi dgn gerombolan rakyat yg mula b'ubah slps PRU lalu (mrka pikir begitu). padahal rakyat keseluruhannya (walaupun menentang PPSMI) x teruja pun nak join demo tu. ngadap TV3, paper & internet je nak tau progress.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...