Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 11, 2009

Gempar! : ‘Bukit Aman’ berpindah ke Bukit Gantang.



Oleh : AdukaTaruna

KUALA LUMPUR, 11 Feb (Reuters) – Ketua Polis Negara, dalam satu sidang medianya, mengumumkan perpindahan pentadbiran PDRM di Bukit Aman ke Bukit Gantang secara berperingkat bermula sekarang. Beliau berkata, perpindahan itu terpaksa dilakukan kerana kerja-kerja ubahsuai yang rumit.

“Bangunan kami di sini terlalu usang. Sejak peristiwa tanah runtuh lepas, semua bangunan di kawasan bukit perlu diperiksa. Oleh kerana PDRM menyimpan data-data risikan dan sulit, maka, kami terpaksa berpindah sepenuhnya bagi menjamin kelancaran kerja-kerja pemeriksaan.”

Beliau bagaimanapun menolak dakwaan sesetengah pihak tertentu yang mengaitkan perpindahan itu dengan keselamatan Najib untuk berkempen di Bukit Gantang.

“Perpindahan ini tiada kaitan dengan pilihanraya kecil atau kebimbangan Timbalan Perdana Menteri untuk berkempen. Ini dakyah pembangkang. Kami pasukan professional.”

Ketika ditanya wartawan Jepun, seandainya perpindahan itu disebabkan kerja-kerja pemeriksaan keselamatan bangunan di kawasan bukit, mengapa PULAPOL dan PULAPAH dipindahkan sekali, Ketua Polis Negara berkata;

“Hanya PULAPOL dipindahkan di Bukit Gantang, manakala PULAPAH dipindahkan di Bukit Selambau. Seluruh kekuatan PDRM akan berkubu di Bukit Gantang kerana fail-fail risikan berada di sana. Ini tiada kena-mengena dengan Timbalan Perdana Menteri.” Tegasnya berulang-kali kepada wartawan.

“Kami telah meminta kerjasama pasukan bomba, rukun tetangga dan Pekida. Owh, Kelab Skodeng Belia 4B skali.”

Ketua Polis Negara berkata apabila ditanya adakah peranan polis di kawasan lain akan lumpuh akibat kerahan tupuan di Bukit Gantang dan Bukit Selambau.-acahjermakenon.

2 comments:

maymot said...

hmmmmm,,tipah hampir2 tetipu nih..
ishh dak duka,,
toksah la wat lawak taim2 siyes neh!!!
:P :P

Anonymous said...

bagi berita ni kat geng karat biru, sbb berita ni sama format dgn berita hairan dan utusan meloya tuh hehe.