Skip to main content

Cabaran memanaskan politik sehingga PRK 2 bukit.


Oleh : AdukaTaruna

Pengundi Malaysia, terutama Melayu dan India banyak dipengaruhi oleh sentimen. Kecondongan mereka banyak berdasarkan sentimen. (Sebab tu wa banyak tulisan provok. Hehehe.) Panas, pedih dan gelora menjadi dasar mereka membuat satu-satu keputusan.

Kalau Melayu kampung B membuat keputusan menolak kerajaan BN atas sentimen marah kerana rumah mereka diroboh, Melayu kampung A cool jer. Masih setia kepada kerajaan BN yang sama. Kerana sentiment Melayu kampung B tidak sampai kepada mereka. Mereka tidak mempunyai pembakar sentimen, pembina intelektual, etc.

Tapi, bila giliran Melayu kampung A terkena batang hidung, baru mereka tahu. Tapi Melayu kampung C macam biasa. Cool dan setia. Begitulah perumpamaannya.

Kes Perak.

Dalam kes ini, berdasarkan kefahaman kekuatan-kelemahan pengundi sasaran kita, adalah besar cabaran BR bagi membuatkan elemen hangat-hangat tahi ayam menjadi sejuk. Sejuk dan membuatkan sentimen itu reda.

Dalam hal ini, PAS banyak bergantung kepada PKR. PAS umpama ais, PKR umpama api. PKR sentiasa laju dan panas membakar suasana, membakar sentimen. Cuma, adakalanya, terlalu retorik.

Terbaru, blogger dan aktivis PKR ditahan di Kuala Kangsar. Mereka sudah menyebarkan risalah! Di mana PAS? Zzzzzzz.....

PAS perlu pandai menjadi ais, pandai menjadi api.

Kalau nak membangkang seumur hidup, hanya perlu pasif. Kalau nak menjadi pemerintah dan beruasaha mengekalkan pemerintahan, perlu pandai menjadi pasif, perlu pandai menjadi agreasif.

1. UMNO di Bukit Gantang sudah mula memasang bendera. Pilihanraya lewat lagi. Panaskan sentimen dengan membuat laporan polis, membuat bantahan rasmi kepada SPR atau menaikkan banner 'digeruni' (seperti Najib Altantuya di PRK KT), bertujuan mengundang polis menurunkannya.

Dan ketika inilah sentimen panas boleh dibakar kerana UMNO lebih awal 'berkempen' dan meminta bendera-poster mereka diturunkan sekali. Pengundi akan melihat berat sebelah BN-Polis-SPR.

2. Edar secara agreasif dan meluas risalah penerangan krisis perlembagaan Perak di Bukit Gantang. Biar ditangkap. Ditangkap bermakna membakar sentimen. Pengundi akan tertanya2 mengapa perlu ditangkap. Pengundi akan melihat ini semua, dan meyakinkan keputusan mereka nanti.

Kena pulak edaran risalah dilakukan oleh muslimat. Tudung labuh, An-Nisa yang cun2. Sentimen simpati diperolehi. Semangat inkuri lebih tinggi untuk mendapatkan risalah.

3. Hebatkan siri ceramah penerangan. Permit ketepikan dahulu. Roadblock, sekatan, tangkapan, kerahan pihak Polis, setiap minggu akan memanaskan Bukit Gantang. Sentimen terbakar. Trend menolak pemerintah memuncak.

4. Pemberian stiker kereta percuma. Biar 60% kenderaan Bukit Gantang berlegar dengan stiker ini. Contoh :

Belon Hitam : Jangan mangsakan rakyat. Bubarkan DUN Perak. Serahkan kepada rakyat.

5. Implankan pengundi Bukit Gantang dengan sesuatu mercu. Contoh, guna belon gergasi berwarna hitam, melangit di udara, di beberapa markas PAS, PKR yang mudah dilihat. Ini akan mendatangkan tanda tanya.

Jawapannya ialah pada stiker kenderaan yang diedar percuma, di mana 60% berlegar di sekitar jalan raya Bukit Gantang.

Belon Hitam : Jangan mangsakan rakyat. Bubarkan DUN Perak. Serahkan kepada rakyat.

Jadi, implankan masyarakat Bukit Gantang. Ingat belon Hitam, ingat bubarkan DUN. Ingat bubar DUN, ingat PAS.

Comments

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.