Skip to main content

Berita baik untuk Nizar!

Berita baik untuk rakyat!

Hahaha. Utusan punya corak tulisan. Dah macam iklan jual murah guna van tu beb. Memekak lalu kat taman2 perumahan. Hahahaha Siap letak tanda seruan nih. Terdesak ke evolusi nih? Kah kah kah. Lawak pepagi la plak. Terpesona makcik pakcik kg Melayu.

Ini ada satu cerita lawak. Mase wa kekecik la. Satu kampung wa kena kencing beb. Dengan wa sekali kena kencing. Van iklan pusing keling kampung wa. Dengan kerjasama JKKK UMNO. Hahaha.

"Pertunjukan ular! Pertunjukan ular!"

"Datanglah beramai-ramai. Bertempat di padang balai raya! Malam ini!"

Malam tu separuh kampung datang beb. Penuh padang. Hahaha.

"Terima kasih kerana sudi datang melihat pertunjukan kami. Kami akan tunjukkan persembahan bermain ular dan demo ubat dari syarikat kami."

"Baiklah. Tanpa membuang masa lagi, mari kita tanya kepada tuan-puan sekalian, anda mahu pertunjukan ular atau tidak?!!"

"Mahu!!!!!" Sebut org kampung dengan teruja sekali.

"Mahu pertunjukan ular dulu atau demontrasi ubat dulu?!!"

"Ular dulu!!!!"

"Mahu pertunjukan ular dulu atau demontrasi ubat dulu?!!"

"Ular dulu!!!!"

"Ok. Kita tunjuk demo ubat dulu." Kah kah. Melayu memang senang kena kencing beb. Termasuk wa la tuh.

Pendek cerita dia jual ubat. Time jual ubat pon ada lawak gak.

"Sekarang ubat telinga. Siapa2 ada masalah pendengaran, sila tampil."

Ada satu makcik tampil. Telinga dia pekak beb. Kurang dengar.

"Ok. Makcik duduk di sini." Prof tu suh duduk kat tengah2 padang. Kami semua macam bulatan la.

Prof ubat tu pun buat demo. Semua suspen nih. Lu orang yg baca pon kena suspen gak tau. hahaha.

"Ok. Makcik. Saya ucap salam, makcik jawab ya. Kalau kurang dengar, tak perlu jawab. Kita nak tengok."

Makcik Melayu tu pun angguk2. Prof tu pun duduk sebelah, pembantu ambil mic. Prof try bagi salam tanpa mic.

"Assalamualaikum." Suara normal kuat la.

"Waalaikumussalam."

Semua orang kampung angguk2. Prof tu bergerak jarak jauh sikit dari tadi, tapi merapati wa lah. Nak test bagi salam dari jarak camtu. Orang kg suspen.

"Assalamualaikum." Suara dah perlahan sket. Wakakaka. Time ni wa dah tergelak sket dah. Tapi kena siku dengan member n kena jeling dengan pcik2.

"Waalaikumussalam."

Prof tu makin jauh. Dah berdiri depan wa dah.

"Assalamualaikum."

Makcik tu tak jawab beb. Mana nak jawab, jauh mcm tu kalau bagi salam macam cakap tepon dengan awek, lintah pon tak dengar. Hahahaha.

"Ya. Makcik ni mempunyai masalah pendengaran ya." Si mc tiba2 bersuara.

Melayu kg semua tepuk beb. Wakakaka. Belum apa2 lagi dah tepuk. Ini baru masalah, belum penyelesaian. Hahahaha.

Lepas sapu minyak ubat tu, prof tu buat proses yang sama, cuma kekuatan suara tak macam tadi lah. Hahahahaha. Laku beb, laku. Kena borong ubat2.

Lepas selesai stok ubat kena borong (yang beli banyak siap ada free gif gambar makam nabi lagi), tibalah masa pertunjukan ular.

"Sekarang tibalah masa pertunjukan ular!!"

Semua Melayu tepuk. Wa punya teruja nak tgk. Ni jer motif bebudak kecik macam wa.

Sekali keluar ular sawa besar lengan budak. Hahaha. Siap ikat tali kat perut dia plak tu. Hahahaha. Tak pernah wa tgk. Sampai umo wa skang pun, cari kat youtube belum jumpa lagi pertunjukan ular ikat tali kat perut jgn kasi lari. Warghhh hahahahahahahaaha. Kira bertuah la wa beb. Warghhh hahahahaha. Dah macam kambing pulak main tambat2. Warghhh hahahahaha.

3 minit jer tunjuk ular tambat kat perut, persembahan habis. Satu kampung kena kencing. Lu tak caya, tanya ahmad_garang member wa. Dia pon ada malam tu. Wakakakaka.

Comments

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Ulasan gua PRK Kajang

Try ulas buat kali terakhir untuk PRK Kajang. Ini pendapat gua atas premis perbahasan yang boleh ditolak. No prob. Small matter. 1. Gua menolak logik MB, Putrajaya, Mahathir vs Najib, tangisan Rafizi, bla bla sebagai alasan PRK Kajang. Sebenarnya, pendapat gua, kehadiran Anwar secara rasmi dalam DUN Selangor adalah satu mandat tanpa rasmi mengambil Pengerusi PKR negeri Selangor dari Azmin. Di Selangor, wujud ketidak selarasan kuasa. MB vs pengerusi negeri. Seumpama MB Kelantan adalah Nik Amar. Tapi PJ Kelantan adalah Husam. Anwar tak berani mengambil pengerusi negeri dari Azmin secara rasmi. Sebabnya banyak spekulasi. Azmin ada 12 orang yang akan lompat / bebas, Azmin ada video, Azmin ada fail, anak Azmin ada DNA Anwar (hujah seks UMNO) bla bla bla. Sidang media Azmin pun menyaksikan kenyataan berunsur sinis. Seperti Anwar bukan sahaja diperlukan di Kajang, tetapi dunia seperti Timur Tengah (Malaysiakini). Dengan Anwar di dalam DUN Selangor, maka pengimbangan berlaku antar

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n

E wallet rupanya voucher potongan harga.

Abam setuju imbuhan wang bagi galakkan rakyat buat sesuatu. Macam download app untuk mudahkan kerajaan. Untuk kesejahteraan rakyat sendiri. Ianya sama macam paksa bayar wang (saman) bagi galakkan rakyat JANGAN buat sesuatu. Tapi pundek apakah imbuhan dalam bentuk potongan harga ini?   Ada si bangang kata e wallet PH dulu bangang sebab ada tarikh luput. Tarikh luput la sebab nak galakkan download dan guna e wallet. Pengguna dan peniaga. Bukan suh simpan RM30 tu dalam almari macam Armada. Tapi, ini lebih bangang. Imbuhan dalam bentuk potongan harga. Bagi jer la terus. Dia beli barang apa pun bernilai RM50.