Sahabat

Iklan




Tabung Guaman





3. Maybank 155014038030 (Khairul Nizam Bin Abd Ghani)

Feb 27, 2009

Berak tak sempat basuh beb...

Oleh : AdukaTaruna

Pening kepala cakap pasal politik nih. Meh kita citer pasal kehidupan asrama. Dulu wa duduk asrama beb. Kat asrama, stendet la.. citer hantu memang popular punya. Port2 hantu yang sinonim dalam minda bebudak asrama ialah tandas. Hahaha.

Tandas kat asrama besar dan panjang beb. Deretan janban bertentangan dengan deretan bilik mandi. Bilik2 dan jamban2 tu dinding paras kepala jer. Tak tutup habes. Lampu suram. 2-3 jer elok, yang lain kontraktor UMNO rosakkan. Ek eleee.. masuk gak bab politik.

Lampu tu dah la 2-3 jer hidup, siap ada yang kelip2 lagi. Pergh... memang seram beb. Dah la berkelip2, dengar gema bunyi air menitik lagi. Memang seram. Dah la ada sound effect air menitik, ada cermin besar keliling kat sinki. Pergh.. bayangkan Altantuya muncul belakang korang dalam cermin tu.. Ek eleee.. politik jugak.

Pendek cerita malam tu, wa sakit perut. Dalam kul 10-11 gak la. Takder la tengah malam sangat. Cam biasalah wa g tandas nak buang hajat nih. Sebab wa pon takot2 berani gak, wa mesti target jamban yang paling awal nih. Dekat dengan pintu la.

Tapi, lampu yang elok, jamban yang hujung. Gelap la plak. Takper la, suram pun suram la. Hahaha. Wa masuk jamban pertama. Paip plak rosak. Ek elee.. Masuk jamban kedua. Elok. Ha cantet.

Tengah melabur, wa dengar suara bertekak.

"Tunggu la kejap. Ari tu masa kau aku tunggu, kan."

"Yerla.. aku tunggu kat luar nih."

"Kau jangan blah plak."

"Yerla... aku tahu la."

Siapa pulak mangkuk 2 ekor nih. Kacau konsentrasi wa jer beb. Lepas tu wa dengar jamban pertama yang sebelah wa tu dimasuki orang. Eh, kan ke paip kat situ rosak. Ni mesti penakut gila amat nih. Wa pun releks, cool dan sambung mengelamun.

"Yet! (nama wa lupa, tp wa ganti dgn lain la)"

"Ader ni ha..."

Selang 3 minit..

"Yet!"

"Ade la...."

Ek eleee... wa dah berbulu beb. Memekak la plak 2 ekor nih. Dah la pilih jamban paip rosak. Dia tak tahu gangster UMNO tengah berak kat sebelah dia nih. Kah kah kah.

"Yet.. tunggu tau."

"Yerlah! Ak a laaaa..."

Wa dah berbulu beb. Wa bangun capai penarik pam kat sebelah jamban tu, dan pam.

WWwuuuuussshhhhhhhhhhh!!! Flush air tu keluar.

"Hantuuuu!!!!"

Dum! (bunyi pintu kena hempas).

3 comments:

Anonymous said...

oi lu buat gua terasa ah...haha
tapi tu xcukup ekstrem bro...
ade je org masuk berdua satu toilet..hahaha
dah tu yg tggu kena mengadap pintu, tau plak segan..kahkah
jgan tanya mcm mana aku tau...lalala~

orang jauh

AdukaTaruna said...

kah kah kah.. jap wa bygkan.. kah kah kah..

dah takder alternatif lain ko apo lu bro? wakakakaakaka

lelaki_ini said...

Hahahaha.. siot la lu Duka. Wa kalo baca cite santai lu x sah kalo x guling2 atas lantai.

Org jauh, kalo member yg menyangkung tu melepaskan angin2 cerit di antara ketulan2 yg kuar b'salut aromaterapi, ape kata member yg ngadap pintu tu? Dia tahan gelak @ tahan takut, hahaha.. siot la lu org, wakaka..