Skip to main content

Barisan lulit PAS

Oleh : AdukaTaruna

Sebab Bahasa Melayu miskin istilah, atau pejuang bahasa terlalu bangang tak tau buat kerja, atau wa sendiri yang bangang tak tau memang dah ada (haha), wa cipta satu istilah baru. Lulit (luar kulit).

Lulit bermaksud sesuatu yang dikaitkan dengan sesuatu yang lain, dengan cara mengelirukan. Ha.. cantik kot definasi nih. Jap wa test definasi ni jap.

Gerakan AT yang melakukan lulit berjaya mengelirukan pertahanan Man U apabila bola tersebut dirembat Zidane tepat ke dalam gawang.
Maksudnya, AT memperdayakan pihak lawanlah. Seolah2 AT ingin menguasai bola itu, sebaliknya membiarkan ia menuju untuk dikawal oleh Zidane. Ngeh2. Kita test lagi.

Seperti sedia maklum, Hezbollah adalah barisan lulit Iran, walau apapun penafian dari mereka.
Maksudnya, Hezbollah adalah barisan hadapan Iran sebenarnya. Yang tiada kaitan dengan Iran secara rasmi atau hitam putih.

Barisan lulit PAS.

So, dalam cadangan wa yang ini, wa ingat PAS perlu ada satu Barisan Lulit PAS beb. Letak la nama apa2 pun. Macam Unit Amal la. Tapi objektif dia ialah politik. Unit Amalkan kerja-kerja aktivis. Sinonim dengan PAS, tapi bukan bawah PAS. Lulit la tuh.

Untuk barisan baru ni :

Objektif : Mengeluarkan kenyataan, tekanan, tindakan2 politik yang mana, belum boleh dilakukan oleh PAS pada satu-satu senario tersebut.

Ha. Cantik kot. Kita test jap.

Contoh dalam kes masalah moral rakan sekutu (sementara) PKR, PAS tidak boleh membelasah. Paling kuat boleh up kan kelebihan kekuatan PAS. Tarbiyah, baiah, etc.

Tapi kalau ada Barisan Lulit nih (NGO ke apa ke), PAS boleh melakukan tindakan2 politik yang tidak boleh dilakukan. Belasah, kritik, pertikai.

"Kami, BarisanLulitABC, mengeluarkan resolusi bersama, yakni, mana-mana kawasan yang dikhianati oleh komponen BR itu, diserahkan kepada rakan BR yang lain.

Contoh. Kalau calon muslim PAS mengkhianati, kawasan itu hendaklah diserahkan kepada calon muslim PKR di masa hadapan. Kalau calon non muslim PKR atau DAP mengkhianati, PAS turut berpeluang meletakkan calon dari Kelab Penyokong PAS sebagai ganti."

Itu antara fungsi Barisan Lulit ni la.

"Kami akan mengumpulkan tandatangan persetujuan dari pengundi 2 kawasan yang dikhianati PKR. Sasaran kami ialah 70% pengundi berdaftar."

Melalui Barisan Lulit ni, jangan bagi can beb. Belasah jer. Cilok negara Islam kiri kanan depan belakang. Jangan memain dengan PAS...

PAS, dengar tak ni?

La... yang dok terkial-kial belek kitab kuning tu pasal apa? Mana ada dalam tuh. Ish...

Comments

  1. tak sedap la lulit jang oii..
    cam selulit@ sembelit jek...
    Luku la ngancam!!

    Contoh: Nyle terpaksa meluku rakannya bagi membolehkan dirinya mengikuti kursus membuat roti yang di adakan bagi masyrakatluar bandar di kampungnya.

    hihi...

    ReplyDelete
  2. bagus gak perkataan lulit ni. hehe.. daripada pinjam aje baik guna sendiri punya.

    ReplyDelete
  3. Salam. Bro, wa masih konpius sket apa maksud 'lulit' ni.. definisi lu tak clear.

    Tapi dengan pemahaman wa, lulit tu boleh disamakan dengan 'lihai' dalam bahasa Melayu

    ReplyDelete
  4. ishhh.... apahal lu ni aduka.... nak buat istilah baru pun biar la nampak kay el skit.... lulit???.... ish.... tak seswai la.....

    ReplyDelete
  5. ala.. lelama ok la tuh. Memola mmg la nampak pelik.

    Macam Yeo's lah. Nama Cina huduh jer. Tapi bila dah biasa? Kan ke normal jer tuh. Hehehe.

    Lg pun wa bg cadangan jer tuh. Lu tulun2 la repair sket istilah tu.

    AT

    ReplyDelete
  6. laju kepala otak lu Farhan.. banyak ma. Pekida ada, Pewaris ada.

    ReplyDelete
  7. baiklah. perkataan lulit akan cuba diserapkan kedalam sistem pendidikan 'bahasa moden' iaitu silibes baru pasca melayu, jika mendapat kesetujuan kabinet. terima kasih atas cadangan saudara Menteri Mentor.

    hihi...

    nyle@Menteri Pelajaran

    ReplyDelete
  8. Lulit? Kalo dlm politik, wa stuju guna istilah 'proxy'.

    Lu ngingatkan wa pd arwah Ust Fadzil. Dulu dia ckp wa x brp faham, la ni baru wa jelas knpa dia beria2 soh PAS bykkan NGO; yg umumnya nampak non-partisan tp sentiasa alert dgn iklim politik di sisi PAS.

    Di kampus PAS, BN, DAP, ABIM, JIM ada proxy memasing. Di sini proxy PAS diajar siir wa hadzar ( rahsia & waspada ), b'gerak illegal x spt proxy lain.

    Bila grad, sebona'eh mrka2 ni dah ada skill & talented sbgi anggota2 proxy PAS yg sesuai banget utk menerajui sbuah NGO ( lulit? ) milik PAS di luar sana.

    So kalo lulit lu ni nak dilaksanakan, wa cadang rekrut je bebudak siswazah ni utk menerajui badan tu. Di mata umum, mrka masih bersih dr rekod politik b'partai. Baru nampak independent. Penasihat halimunan bole letak Md. Sabu, Husam, Dr. Syed Azman, Dr. Dzul, Dr. Lo' Lo' dll.

    Jgn jadi cam GPMS & MBM, Presidennya jelas AJK UMNO. Awal2 org dah cop lu bias.

    ReplyDelete
  9. aisey nama wa cacat sket la atas tuh hehe.

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Permohonan maaf kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh : AdukaTaruna Assalamualaikum kepada muslimin Malaysia dan salam sejahtera kepada bukan muslim Malaysia. Setelah dinasihatkan rakan, dan kemudiannya di atas kesedaran diri sendiri, dengan rendah dirinya, saya (gua) memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia umumnya dan seluruh rakyat Johor khasnya di atas keterlanjuran saya berkenaan dengan artikel di luar norma kemanusiaan ini. Dah mampos buat cara mampos la. Walaupun saya tetap akan memegang idealogi saya, tetapi perbuatan benar tetap benar, dan perbuatan salah tetap salah. Saya mengakui akan kerosakan yang berlaku ke atas kumpulan PAS Reform, masyarakat dan diri sendiri akibat perbuatan tidak bertanggungjawab yang telah saya lakukan. Walaupun berbeza idealogi politik, saya ucapkan terima kasih kepada blogger UMNO kerana membantah dan menekan keterlanjuran saya. Kemudiannya saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan yang telah menegur dan menasihati saya. Apa yang sangat dikesalkan ialah kealpaan saya bahawa sa...

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam sk...

Pendapat dari seorang tentera.

Oleh : Askar Setia Salam Saudara Aduka Teruna. Saya terkedu melihat paparan yang dibuat oleh saudara menerusi posting di dalam blog saudara yang menyentuh maruah ATM. Tidak dinafikan isu-isu sebegini akan mendapat perhatian ramai, namun sekiranya saudara menilainya secara positif, tentu saudara akan merasakan ia merupakan sebahagian daripada latihan mental yang perlu dilalui oleh rekrut-rekrut tentera. Namun, ketahuilah bahawa, tidak semua anggota ATM dipaksa berbuat sedemikian dan saya pasti insiden berkenaan boleh dikatakan amat terpencil dan ia tidak berlaku dimana-mana latihan rekrut yang lain. Justeru, amatlah tidak wajar sekiranya bloggers mempersenda ATM sedemikian rupa. Saya juga kesal tindakan individu yang mempersenda maruah anggota tentera dengan mengambil gambar berkenaan dan menyebarkannya di internet. Ketahuilah bahawa ia telah menjatuhkan maruah ribuan anggota ATM yang lain. Lumrah blogging dan facebooking, ramai pihak akan menyebarkan gambar berkenaan untuk tu...