Skip to main content

Bacaan berat : Nak saman Sultan Perak la plak…



Oleh : AdukaTaruna

“salam bro.. Nizar dengan Karpal nak saman Sultan Perak. Cane bro? Lu punya pendirian apa. Taip betul2 la, jangan yg lawak2. Wa serius nih.”

Yer la2.. wa taip betul2 la nih. Okeh. Siyes. Bacaan ni berat dan panjang. Pemalas baca baik berhenti setakat ni jer.

Bab 1.

Wa bagi nama Hukum AdukaTaruna 1. Hukum AdukaTaruna 1 berbunyi :

“Setiap permasalahan mempunyai 2 jawapan. Pertama falsafah, kedua taktikal. Taktikal boleh membengkokkan sedikit falsafah, dan falsafah sudah pasti mengawal taktikal semahunya.

Namun begitu, sama ada jawapan falsafah atau jawapan taktikal, kedua-duanya tertakluk kepada larangan Islam.”

Itu hukum yang wa bagi nama diri wa sendiri. Hukum AdukaTaruna 1. Sesiapa yang setuju, gunapakailah dalam setiap masalah korang. Larangan Islam tu bermaksud, hanya yang dilarang sahaja tidak boleh dilanggar, manakala perkara-perkara yang tidak disebut sebagai larangan boleh dilakukan.

Contoh makan babi tidak boleh. Haram. Sentuh boleh tak dosa pun. Kena samak jer. Jadi, tak payah jadi macam ulama Islam jumud yang memberat dan merumitkan keadaan macam ulama Yahudi. Allah pesan itu, itu jer, jangan nak spesifikkan Sapi warna apa, jantan betina ka, 2 marhalah lah, 2 kolah la, air mustakmal la, etc. Lu orang gak yang susah.

Setakat ni, kalau lu setuju, setujulah. Tak setuju, cam biasa hak lu. Nak sembur wa balik ke, hujah balik ke, semua wa siarkan untuk pertimbangan pembaca lain. Pro n smolmeter.

Bab 2.

Sekarang kita belajar bagaimana cara menggunakan Hukum AdukaTaruna 1. Wa try susun format paling mudah untuk level awam nih.

Masalah : Nizar enggan mengalah dalam krisis Perak 09.

Hukum : Hukum AdukaTaruna 1.

Cara guna : Terdapat 2 jawapan. Dengan memastikan kedua-dua jawapan itu tidak melanggar larangan Islam, atau kata lainnya, senaraikan apa sahaja jawapan dalam kedua-dua jenis itu, yakni jawapan falsafah dan jawapan taktikal, seberapa banyak yang mungkin. Kemudian pilih yang terbaik, asalkan tidak melanggar Islam.

Kita ringkaskan. Katakan jawapan paling terbaik (setelah 10 senarai) ialah :

a. Jawapan falsafah ialah Nizar berhak mempertahankan perlembagaan negeri atau negara yang dia perjuangkan. Nizar berhak menggunakan segala cara yang dibenarkan undang-undang dalam menuntut keadilan apa yang dia pertahankan.

b. Jawapan taktikal pula ialah Nizar perlu mengutamakan rakyat dahulu. Perlu dapatkan simpati rakyat, dan berusaha memudahkan rakyat. Itu dahulu.

Mempertahankan perlembagaan yang dicabuli, dalam ruang-ruang kehakiman yang rosak, adalah taktikal yang salah. Cara yang tepat ialah, serahkan kepada BN alam keadaan tidak merestuinya (umumkan), dan bersedia mengubah apa yang rosak di PRU13.

Rakyat bawahan tidak termangsa terlalu lama dalam konflik ini, fokus musuh dikecilkan kepada BN sahaja berbanding menambah istana sebagai musuh baru. Ini adalah antara kebaikan jawapan taktikal ini.

Tamat satu contoh masalah. Kita pergi kepada contoh masalah kedua.

Masalah : Nizar mahu menyaman Sultan Perak melalui Karpal.

Hukum : Hukum AdukaTaruna 1.

Cara guna : Terdapat 2 jawapan. Dengan memastikan kedua-dua jawapan itu tidak melanggar larangan Islam, atau kata lainnya, senaraikan apa sahaja jawapan dalam kedua-dua jenis itu, yakni jawapan falsafah dan jawapan taktikal, seberapa banyak yang mungkin. Kemudian pilih yang terbaik, asalkan tidak melanggar Islam.

Kita ringkaskan. Katakan jawapan paling terbaik ialah :

a. Jawapan falsafah ialah Nizar berhak mempertahankan perlembagaan negeri atau negara yang dia perjuangkan. Nizar berhak menggunakan segala cara yang dibenarkan undang-undang dalam menuntut keadilan apa yang dia pertahankan.

Nizar juga berhak menerima nasihat dari sesiapa. Nizar juga berhak memilih mana-mana peguam mewakili pemerintahannya.

b. Jawapan taktikal ialah Nizar perlu melihat jangka masa depan. Nizar perlu melihat dengan luas dan rata pelbagai kemungkinan. Peluang BR menakluk Perak semula melalui PRU13 adalah cerah.

Tetapi, adakah Karpal memberi nasihat yang betul? (wa seriau dengan orang agama gentik Melayu ni. Jenis lurus-bodoh) Adakah dengan memilih menyaman Sultan Perak, maka peluang PAS menjadi MB Perak semula (PRU13), melalui ketokohan Nizar akan hancur?

Kita sudah melihat bagaimana Shahidan di Perlis dan Idris di Terengganu. Adakah Karpal memberi Nizar nasihat yang betul atau berkepentingan lain? Dan akhirnya yang lain berpeluang meletakkan calom masing-masing setelah ketokohan Nizar tidak lagi berguna.

Ok. Sekian dulu kelas kita bab ini. Wa nak makan jap.

p/s : Kalau lu jenis susah nak fikir, wa syorkan ikut orang tua genius nih. Dia dah fikir untuk lu siap2 dah. Lu ikut jer la. Nama dia Nik Aziz. Dia cakap bagi jer kat BN dulu. Muhasabah. Tu kata dia. Ringkas jer. Tapi percayalah cakap wa, dalam kepala otak orang tua ni, kompleks sebelum dia cakap camtu.

Comments

  1. “Dan janganlah kamu merasa lemah (dalam perjuangan mempertahan dan menegakkan Islam), dan janganlah kamu berdukacita (terhadap apa yang akan menimpa kamu), padahal kamulah orang-orang yang tertinggi (mengatasi musuh dengan mencapai kemenangan) jika kamu orang-orang yang (sungguh-sungguh) beriman. Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu telah (tercedera juga dan) mendapat lukayang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang-orang yang mati Syahid. Dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada orang-orang yang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang-orang yang beriman (dari dosa-dosa mereka) dan membinasakan orang-orang yang kafir. Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad (yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu, dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal had dalamperjuangan)?” (Ali Imran: 139-142)

    Tak paham juga, harhuu....

    PAS-embor

    ReplyDelete
  2. wa ada buat research skit malam tadi.... bagi wa serah jer Perak kat UMNO (bukan BN) dulu.... tak lama bertahan tu... lagi pun ADUN BN n PR sama banyak.... 3 ekor tu bagi wa buat belasahan jer.... paling lama pun hingga PRU13 ni jer 3 ekor tu jadi YB... pasni jadi kain buruk la.... buat lap jamban..... then bagi wa PAS mngkin tambah 10 kerusi lagi PRU13 nanti.... cuma PKR jer mungkin agak susah nak tambah kusi sebab banyak kusi yang UMNO/BN menang ari tu majoriti lebih 1000..... mungkin bertambah pun 2-3 kerusi jer.... kerusi yang dimenangi PAS n PKR baru ni pun mungkin kekal atau mungkin akan dapat kat UMNO dalam 2-3 kerusi.... ni dari research yang wa buat la....kusi DAP kemungkinan akan kekal DAP pegang....

    -abanghensem

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen berbentuk fitnah, ugutan dan ancaman akan dipadam. Segala tulisan komen adalah tanggungjawab pemberi komen. Blog ini tidak bertanggungjawab keatas komen-komen diruangan ini.

Popular posts from this blog

Gambar Mahathir mula diturunkan.

Gambar Mahathir sebagai PM diturunkan bermula hari ini. Admin berharap gambar Muhyiddin sempat dinaikkan. Bukan apa. Penat nak layan drama politik. Ekonomi ke laut. Hutang bertambah. Aset terjual. Penyakit merebak. Perkauman membarah. https://t.co/oYE33fWwpW

Menteri Kesihatan dikritik rakam lagu raya saat negara dilanda wabak Covid 19.

Menteri Kesihatan yang baru, telah dikritik hebat dalam media sosial, angkara sibuk merakamkan lagu raya (untuk kegunaan populariti 2 bulan lagi), ketika negara Malaysia diisytihar wabak Corona Virus Covid 19. Bagaimana pun, ada pihak mendakwa, ianya adalah video 2 tahun lepas. Dan menjadi mangsa serangan politik. https://youtu.be/ttjNU60XdCw

Betul ke Islam yang kau anut?

Betul ke versi Islam yang kau anut sekarang ni? KALAU KAU NAK VERSI PENUH BERVIDEO, KLIK SINI: https://youtu.be/KmJOEreKp6o Sekarang abam nak bagi anti thesis kepada thesis yang dah establish sekarang ini. Bila ada yang kemukakan hujah balas, akan ada spark ilmu yang dapat dikutip dan dinilai. Islam sekarang ni banyak versi. Nak2 pula versi politik parti. Kecilkan lagi skop, Dulu UMNO kafir, kekalkan perlembagaan kafir adalah kafir, tak boleh bayar zakat pada ulul amri yang tak laksanakan hudud. Macam2. Naratif dan kebentukan agama itu bergerak ikut survival parti politik. Kita ambil skop besar. Begitu juga kumpulan Islam selepas Muawiyah-Aishah memerangi ulul amri Ali as. Kumpulan2 berkembang dan terus berperang merebut kaabah. Dapat kaabah, dapatlah pengaruh agama. Dalam proses peperangan, pergaduhan merebut pengaruh itu, kau bayangkan berapa banyak hadis, naratif, kata2 mutiara, kitab2, fatwa2, pandangan2 telah dicipta. Untuk dapatkan pengaruh. Sama macam abam cakap dalam skop n